Thursday, June 20, 2013

Pil slim la sangat!!






Sudah menjadi fitrah semulajadi setiap wanita ingin kelihatan cantik dan memiliki bentuk tubuh yang menarik. Bukan wanita sahaja, bahkan kaum Adam dewasa ini mengimpikan hal yang sama. Kebanyakan wanita beranggapan bahawa tubuh yang langsing melambangkan kecantikan dan kejayaan seseorang individu. Dengan penampilan sebegitu mereka lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.

Telah banyak kes dilaporkan di media cetak tentang kesan sampingan pil pelansingan badan. Banyak juga siaran berita tentang rampasan ubat tiruan yang kebanyakan adalah pil untuk kecantikan termasuk pil pelansing. Namun semua itu tidak membantutkan hasrat golongan berkenaan untuk terus dan terus mencuba produk berkenaan. Apakah ini satu trend wanita masa kini, sanggup bergadai nyawa untuk memiliki tubuh yang langsing? Walau apapun persoalannya, amalan ini bukan sahaja merugikan malah tanpa disedari boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri.

Banyak pil langsing telah dikesan mengandungi “fenfluramine” dan ‘nicotinamide” yang telah diharamkan penggunaan dan penjualannya hampir di seluruh dunia.




Apakah itu Fenfluramin?

Fenfluramin tergolong dalam kumpulan ubat anoretik yang bertindak mengurangkan paras serotonin di dalam otak. Ia merencat selera makan dan seterusnya mengakibatkan pengambilnya mengalami penyusutan berat badan. Serotonin ialah sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai pengutus saraf di dalam otak.

Ia juga bertindak menghalang serotonin di dalam plasma darah daripada diserap ke dalam platelet (sel-sel pembekuan dalam darah) menyebabkan paras serotonin di dalam darah meningkat.

Apabila kandungan serotonin terlalu tinggi dalam darah ia boleh merosakkan salur darah terutama pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi, strok serta gangguan mental. Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan. Sekiranya diambil secara berterusan dalam jangkamasa yang lama, ia boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis).

Pada kebiasaanya fenfluramin digunakan untuk merawat kes kegemukan melebihi 20 peratus berat badan yang dicadangkan. Ia boleh menurunkan sebanyak 10 peratus berat badan manakala dalam sesetengah kes sehingga antara 15 dan 20 peratus. Ia juga disyorkan kepada pesakit diabetes yang gemuk bagi membantu menurunkan berat badan mereka untuk mengelakkan risiko lain.

Kesan sampingan akibat mengamalkan pil langsing antaranya ialah cirit-birit, mual mulut menjadi kering, hipertensi, sukar hendak tidur, rasa panas badan, berdebar-debar, sakit dada, berpeluh dan kerap membuang air kecil.

Walaupun kebanyakan jenama pil pelangsing telah diharamkan di negara kita, tetapi masih ada lagi yang boleh diperolehi secara haram. Pengambilan pil-pil ini hanya akan mengundang bahaya kerana kebiasaanya ia tidak dilabel dengan lengkap dan pengguna sukar untuk mengenalpasi kesan akibat penggunaannya.

So moral of the story, elakkan diri daripada menggunakan pil pelangsing. Sebaliknya jika ingin menguruskan badan lakukannya dengan cara yang selamat dan sihat, iaitu dengan bersenam, bersukan atau apa-apa aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh. Cuba jauhi penggunaan pil pelangsing kerana ia mendatangkan pelbagai kesan mudarat kepada kesihatan dalam jangka masa panjang malah boleh membawa maut. Pengguna mungkin berpuas hati dengan berat badan yang hilang tetapi risiko jangka panjangnya juga perlu diambil kira sebelum sesuatu yang buruk berlaku.

BERFIKIR DI LUAR KOTAK





Semasa rompakan, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank, "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

Ini dipanggil "Berfikir di luar kotak" iaitu berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya, "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

Ini dipanggil sebagai "Profesional"  iaitu perompak hanya fokus pada apa yang dia dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja), "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata, "Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita nonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

Ini dipanggil "Pengalaman". Dunia sekarang memandang pengalaman adalah lebih penting daripada sijil di kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya, "Tunggu. Mari kita ambil  RM10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada  RM70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

Ini dipanggil "Inovatif" iaitu menukar keadaan tidak menguntungkan kepada yang lebih menguntungan!

Pengurus berkata, "Alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"
Ini dipanggil "Berpandangan Jauh" iaitu merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa RM100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya mengira RM20 juta sahaja. 

Perompak sangat marah dan mengadu, "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat RM20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil RM80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

Ini dipanggil "Pengetahuan Atau Ilmu" dimana pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

Ini dipanggil "Menyelam Sambil Minum Air" iaitu mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!


Wednesday, June 12, 2013

Me..latest condition

╔══╗
║██║
(O)
╚══╝

Playlist : Music

Min- – - – -● – Max

Play. Stop
Now playing > Sastera Kupu-kupu by Mimie Haris


I’m Baim, xy y/o Malay gentleman fr. K. T’ganu currently at Gong Bdk, c/o lonely and cough 1/52.

o/e: Conscious alert and orientated to time place and person. Dry cough exacebate by emotion. Medium body built with 165 cm height 62 kg weight correspond with BMI 22.8 and body fat 23.7%. Loss of height 2 cm??

Dx: Phycological cough??


Rx: Cont. Rx as planned

LELAKI HENSEM vs LELAKI TAK HENSEM

LELAKI HENSEM vs LELAKI TAK HENSEM

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


ADOIIII.....DUNIA!!!!!!!!!!!!
(p/s tima kaseh kawan. lame dok jupe. arapnye sihak sokmo la eh)