Sunday, May 10, 2015

Dilema lapor diri



Maah nok kabor sining jugok. Untuk pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia..maybe lebih spesifik kepada yang menerima Hadiah Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)..mungkin boleh dijadikan pedoman.

Kalu saya attach document kat sini, nanti bimbang kata saya mengeluarkan document rasmi. So sini saya kabor jelah kot.
  1. Saya menghadapi viva exam pada 20/1/2015
  2. Saya lapor diri bertugas (seperti dalam perjanjian cuti belajar) pada 8/3/2015
  3. Saya terima dan hantar borang lapor diri bagi staf yang baru tamat cuti belajar pada         8/3/2015…status menunggu kelulusan senat.
  4. Senat USM memperakukan keputusan akademik dalam mesyuarat senat pada 19/3/2015.
  5. Saya terima surat kelulusan senat pada 9/4/2015
  6. Saya serahkan surat kelulusan senat kepada tempat kerja pada 12/4/2015
  7. Saya terima borang lapor diri bagi staf yang baru tamat cuti belajar pada 15/4/2015…dikehendaki isi sekali lagi.
  8. Saya serahkan borang lapor diri 16/4/2015.

Lastly pejabat pendaftar maklumkan bahawa gaji hanya dikira bermula dari tarikh 16/4/2015. Maknanya tarikh lain tidak relevan sama sekali dalam penentuan permulaan gaji dikira. Bukan tarikh lapor diri mengikut perjanjian cuti belajar. Bukan tarikh kelulusan senat. Yang diterima adalah tarikh pejabat pendaftar menerima borang lapor diri yang disertakan surat kelulusan senat (maknanya status lain tidak diterima). Ini juga bermakna dari 8/3/2015-15/4/2015 (2 bulan lebih saya adalah staf tidak bergaji). Sedih bebenornye rasanya. Penantian saya sia-sia selama 2 bulan lebih tu.

Jadi pedoman saya mungkin boleh diteladani di sini mungkin..JANGAN lapor diri ke tempat bertugas selagi belum mendapat surat kelulusan senat dari tempat pengajian. Maknanya ia mungkin 4 bulan, atau setengah tahun atau waktu yang tidak diketahui sebab kita mungkin tak tahu bila senat akan bermesyuarat. 
Yang menjadi kemusykilan saya sepanjang tempoh ‘penentuan’ itu;
  1. Kenapa sebarang perubahan polisi yang berkaitan tidak dimaklumkan kepada staf?
  2. Apa nasib staf yang tiada gaji sepanjang tempoh itu kerana mereka pun ada komitmen untuk bayar itu ini contohnya loan kereta, loan rumah dll?
  3. Kenapa tidak maklumkan kepada staf bahawa status ‘dengan kelulusan senat’ sahaja diterima?
  4. Adakah pembuat polisi sedar bahawa selepas viva, bukan serta merta senat bermesyuarat untuk meluluskan keputusan itu, dan pasti ada urusan pentadbiran lain yang melambatkan surat itu diterima?
  5. Adakah salah staf jika surat kelulusan senat lambat diterima?
  6. Kenapa lambat maklumkan/beri borang lapor diri yang dikehendaki diisi semula buat kali kedua?
  7. Adakah pembuat polisi atau staf di pejabat pendaftar  betul-betul faham masalah ini?
  8. Adakah prosedur ini dipakai oleh pejabat lain?

Kedai makan (Klinik Kesihatan Bukit Payong, Selera Kampung Mydinmall Gong Badak, Kampung Banggol Pak Ali)..tajuk panjang ni!!!



Kak sining nok kabor due tige keda makang hok harge maha..rasanye macang dok munosaboh dengeng bende. (Nak beritahu di sini ada dua tiga buah kedai makan yang mengenakan harga mahal..rasanya seperti tidak munasabah).

1.   1.  Kedai makan di dalam kawasan pagar Klinik Kesihatan Bukit Payung. Harge maha ge bede (Harga mahal)

Nasi lemak (1 cawan) + telur goreng mata lembu (1)..xde ikan bilis, xde timun.
Nasi lemak (1 cawan) + ayam goreng biasa (1 ketul saiz ½ tapak tangan) + telur goreng mata lembu (1)…pun xde ikan bilis, xde timun.
Air suam (1 gelas)
Air teh o panas (1 gelas)

Senarai harga kat kedai takde. Ce teke berape ringget kene?

RM 9.00. Agaknya camne mereke kire.

RM 3 + RM 5 + RM 0 + RM 1? Camtu ke?

Saye nasihatkan pengunjung hok gi klinik kesihatang situ jangang gi situ la. Ade keda kat luar seberang jalang hok lain. Pakkak jangang gi keda maha tu.

2.    2. Kedai Makan Selera Kampung di Mydinmall Gong Badak

Nasi kosong (1 cawan)…RM 1.60
Sayur kangkung goreng (3 sudu)…RM 2.00
Ayam goreng masak pedas (1 ketul kecil)…RM 4.00
GST…RM0.40
Harga tertera dalam resit.

So kene baya RM 8. Yang tak logiknya..sayur  kangkung 3 sudu tu..kangkung je pun..3 sudu je pun..RM 2.00.

So kepada mereka yang nak merasa makanan di Mydinmall Gong Badak, takyah la gi situ juga. 
                                                             (sekadar gambar hiasan)

3.    3. Kedai makan (tak ingat nama apa) tepi Balai Orang Ramai Kg. Banggol Pak Ali

Roti canai kosong (2 keping)..RM 1 sekeping
Roti canai telur (1 keping)..RM 1.80 sekeping
Air teh o panas (1 cawan)..RM 0.70 secawan
Air neslo ais..(1 gelas)..RM 2.00 secawan

Harga tu adalah harga yang tertera pada senarai harga yang tersergam di kedai. Tapi tahu ke berapa kena bayar??

RM 8. Sepatutnya RM 6.50 je.
So apa cite sebenarnye ni. Tak reti kire ke? Bengong ke? Saje cekik darah ke?? Tak cukup darah dalam badan ke hape??
                                                              (sekadar gambar hiasan)

Yang lebih malangnya semua kedai makan tu kedai makan milik orang kita. Minta maaf nok kabor, saya cuma gi kedai orang melayu je atau yakin halal je. Tapi kalu tau awal-awal la kedai jenis hisap darah macam 3 kedai contoh ni, baik tak yah gi kedai tu.

Sebenarnya lama dah orang luar sering war-warkan bahawa harga makan minum di Terengganu ni mahal. Bukan setakat makan minum, tapi sewa bilik, rumah dll. Bahkan ada yang lebih mahal berbanding bandar-bandar besar lain di Malaysia ni. Kalu itu la bahana status ‘bandaraya’ yang dimiliki oleh Kuala Terengganu, baik takyah ada nama bandaraya pun.

Malu saya jadi orang Terengganu kalu ni rupanya nilai sara diri yang perlu dibayar!

p/s: leni nampak muncul kedai makan ‘bajet’..ada serendah RM2.50, RM 3.00 dan RM3.50 untuk makan tengah hari..bahkan ada yang termasuk air sekali. Camtulah baru betul.

Sunday, April 19, 2015

Paracetamol @ acetaminophen



Dengan mempunyai pelbagai trade name banyak contohnya paracil, panadol,  uphamol, pamol dan lain-lain, ubat ini cukup sinonim dengan kita, contohnya masa demam, dan sakit kepala. Bahkan ada mak kawan bagitau ubat ni boleh dimasukkan ke dalam gulai melembutkan keliatan ayam atau daging. Kalu doktor, dia biasa tulis PCM je sebagai singkatan pracetamol tu

Paracetamol tergolong dalam kumpulan ubat ‘non-narcotic analgesic’. Analgesic bermaksud tahan sakit. Ia bukan seperti kumpulan ubat ‘non-steriodal anti-inflammatory drugs’ (NSAIDs) kerana paracetamol tidak mempunyai atau mempunyai amat sedikit sifat anti-inflamatori atau anti keradangan. Ia juga bukan seperti kumpulan ubat ‘narkotic analgesic’ sebab ia tidak menyebabkan ketagihan dan tolerans. Di samping bersifat analgesic, ia juga bersifat ‘anti-pyretic’ iaitu ‘anti-suhu panas’. Maka ia sesuai untuk pesakit sebagai ubat tahan sakit yang ringan dan demam.

Bagaimana ia bertindak sebagai analgesik dan anti-piretik? Mai kita belajar sikit. Ia berdasarkan tindakannya pada metabolisme prostaglandin. Panjang ceritanya kat situ ye. Skip dulu hal metabolisme progtaglandin tu. Ada masa kita sentuh balik.

Tindakan analgesic
Dipercayai prostaglandin E2 (PGE2) menyebabkan hujung saraf sensitif kepada bradikinin, histamin dan bahan kimia lain yang dirembes semasa proses keradangan. Dengan mengurangkan sintesis PGE2, maka ia boleh merendahkan sensitiviti sakit.

Tindakan anti-piretik
PGE2 juga boleh menyebabkan setting pada pusat kawalan suhu di otak terjejas iaitu jadi meningkat. PGE2 meningkat kerana ransangan daripada agen pirogen (agen penyebab suhu tinggi) iaitu cytokine yang dikeluarkan semasa jangkitan kuman, hypersensitivity, kanser, dan inflamasi. Dengan mengurangkan PGE2, maka setting pada pusat kawalan suhu boleh disetkan semula.

Ubat yang kita makan akan diserap dengan cepat oleh sistem penghadaman dan akan dimetabolisme kan di sel usus kecil dan sel hati. Dalam dos terapeutik, paracetamol sempat di’conjugate’ (secara mudahnya dinyahtoksikkan). Jika dalam dos berlebihan ia boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian sel pada buah pinggang, hypoglicemia, dan kerosakan hati.

Maka jangan ingat kita boleh telan paracetamol dengan sewenang-wenangnya. Kita dinasihatkan untuk tidak mengambil daripada 8 biji paracetamol sehari atau dari mana-mana kumpulan ubat tahan sakit yang lain...bukan paracetamol je ye.Lazimnya doktor akan nasihat untuk makan 2 biji je 3 kali sehari, atau ketika perlu sahaja.

Kritik susu untuk tulang?



Harga produk tenusu A, 600g, ialah RM20.95. Dengan GST jika dikenakan harganya mungkin RM22.21 (pertambahan RM1.26. perghhhh!!!). Mengikut syor, serving size atau saiz hidangan ialah 4 sudu besar @ 30g. Maksud saiz hidangan saiz atau kuantiti makanan/minuman untuk sekali makan sebagaimana yang disyorkan oleh produk itu. Dinasihatkan untuk mengambil 2 kali hidangan sehari @ 8 sudu besar @ 60g. Itu saranan produk berkenaan.

Oleh sebab produk mempunyai berat bersih 600g, maka jika seseorang minum susu berkenaan sekali sahaja mengikut saiz hidangan yang disyorkan (30g), maka produk berkenaan boleh digunakan selama 20 hari @ RM1.05 bagi setiap hidangan. Jikalau mengambil 2 kali sehari mengikut saranan, produk berkenaan boleh habis dalam masa 10 hari @ RM2.10 sehari.

Nilai pemakanan jika minum 1 gelas sehari (4 sudu besar) ialah;
1.       tenaga (kalori) 100kcal (104 kcal jika mengikut pengiraan berdasarkan nutrien)
2.       karbohidrat 17.9g @ 68.9% daripada tenaga hidangan.
3.       protein 6.3g @ 24.2% daripada tenaga hidangan.
4.       lemak 0.8g @ 6.9% daripada tenaga hidangan.

According to Dairy Council of California, by weight, fat content for product A is 3.2%, nearly to 3.5% which may still considered as whole milk. So the product is not low-fat or skimmed milk!!!

Manakala kandungan Calcium dalam 1 hidangan @ 1 gelas ialah 500mg iaitu lebih kurang separuh daripada keperluan Calcium sehari.

Kritik
1.      Dengan nilai RM1.05 segelas untuk susu tersebut berbanding segelas air teh O yang waktu sekarang dijual lebih kurang RM1.00 segelas, maka harga susu itu boleh dianggap berpatutan. Dicadangkan janganlah minum air teh kecuali teh yang dibancuh sendiri dengan amat kurang/tiada gula. Teh pun ada khasiatnya.
2.       Dari segi kandungan makronutrien, ia jelas menunjukkan ia sihat sebab ia mengandungi kandungan protein yang agak tinggi iaitu lebih kurang 1 pertukaran protein (1 exchange). Maka ia mungkin boleh menggantikan sebiji telur (pada hospital tertentu) kepada pesakit yang memerlukan “high protein diet”. Mungkin boleh ganti menu minum petang teh kosong dengan susu ini.
3.   Kandungan mikronutrien kalsium adalah tinggi. Dengan hanya minum 2 hidangan sehari sudah boleh mencapai keperluan harian kalsium bagi kebanyakan orang. Jika hanya minum 1 hidangan sahaja pun, dengan syarat mengambil sumber kalsium lain, maka ia sudah memadai bagi individu yang menjaga bajet.
4.       Ia juga dibekalkan dengan inulin dan fruktooligosakarida yang mana penting bagi penyerapan calcium yang lebih baik. Ada kajian menunjukkan bahawa penyerapan calcium badan hanya 40% daripada di’consume’.
5.       Produk tidak menyatakan kandungan gula ringkas/gula yang mungkin dimasukkan ke dalam produk. Tidak dinyatakan bukan bermakna tiada gula. Saya fikir ramai yang tahu signifikan kandungan gula.
6.      Produk tidak menyatakan kandungan mikronutrien fosfat. Kandungan fosfat amat penting bagi menilai nisbah kalsium dan fosfat. Nisbah yang sesuai seharusnya lebih kurang 1.5:1. Ratio ini penting sebab ia boleh memberi kesan kepada proses biokimia dan fisiologi badan. Maybe suatu hari nanti kita akan bincang perkara ini.