Sunday, April 19, 2015

Paracetamol @ acetaminophen



Dengan mempunyai pelbagai trade name banyak contohnya paracil, panadol,  uphamol, pamol dan lain-lain, ubat ini cukup sinonim dengan kita, contohnya masa demam, dan sakit kepala. Bahkan ada mak kawan bagitau ubat ni boleh dimasukkan ke dalam gulai melembutkan keliatan ayam atau daging. Kalu doktor, dia biasa tulis PCM je sebagai singkatan pracetamol tu

Paracetamol tergolong dalam kumpulan ubat ‘non-narcotic analgesic’. Analgesic bermaksud tahan sakit. Ia bukan seperti kumpulan ubat ‘non-steriodal anti-inflammatory drugs’ (NSAIDs) kerana paracetamol tidak mempunyai atau mempunyai amat sedikit sifat anti-inflamatori atau anti keradangan. Ia juga bukan seperti kumpulan ubat ‘narkotic analgesic’ sebab ia tidak menyebabkan ketagihan dan tolerans. Di samping bersifat analgesic, ia juga bersifat ‘anti-pyretic’ iaitu ‘anti-suhu panas’. Maka ia sesuai untuk pesakit sebagai ubat tahan sakit yang ringan dan demam.

Bagaimana ia bertindak sebagai analgesik dan anti-piretik? Mai kita belajar sikit. Ia berdasarkan tindakannya pada metabolisme prostaglandin. Panjang ceritanya kat situ ye. Skip dulu hal metabolisme progtaglandin tu. Ada masa kita sentuh balik.

Tindakan analgesic
Dipercayai prostaglandin E2 (PGE2) menyebabkan hujung saraf sensitif kepada bradikinin, histamin dan bahan kimia lain yang dirembes semasa proses keradangan. Dengan mengurangkan sintesis PGE2, maka ia boleh merendahkan sensitiviti sakit.

Tindakan anti-piretik
PGE2 juga boleh menyebabkan setting pada pusat kawalan suhu di otak terjejas iaitu jadi meningkat. PGE2 meningkat kerana ransangan daripada agen pirogen (agen penyebab suhu tinggi) iaitu cytokine yang dikeluarkan semasa jangkitan kuman, hypersensitivity, kanser, dan inflamasi. Dengan mengurangkan PGE2, maka setting pada pusat kawalan suhu boleh disetkan semula.

Ubat yang kita makan akan diserap dengan cepat oleh sistem penghadaman dan akan dimetabolisme kan di sel usus kecil dan sel hati. Dalam dos terapeutik, paracetamol sempat di’conjugate’ (secara mudahnya dinyahtoksikkan). Jika dalam dos berlebihan ia boleh menghasilkan bahan kimia yang berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian sel pada buah pinggang, hypoglicemia, dan kerosakan hati.

Maka jangan ingat kita boleh telan paracetamol dengan sewenang-wenangnya. Kita dinasihatkan untuk tidak mengambil daripada 8 biji paracetamol sehari atau dari mana-mana kumpulan ubat tahan sakit yang lain...bukan paracetamol je ye.Lazimnya doktor akan nasihat untuk makan 2 biji je 3 kali sehari, atau ketika perlu sahaja.

No comments: