Tu la sekeping dua picture (ada lagi sebenarnya..tapi
personal reserve jelah) semasa viva yang sempat di’snap’ oleh jurugambar. Tak
perasan pun jurugambar tu amik gambar sebab time tu segala fokus hanya pada
viva. Sape tak gerun bila berada dalam sesi tu. Tapi tawakkal jelah. Walaupun tu cerita hampir 3 bulan lepas, tapi ia masih segar bugar fresh dalam ingatan.
Topik research saya entitled “Evaluation of cognitive
function by using visual oddball paradigm in mild traumatic brain injury
patients: An event-related potential study”. ...faham ke dok tu? Lebih
kurangnya kajian saya berkaitan nak menentukan nak menilai fungsi otak dari
segi kognitif dengan guna teknik ‘visual oddball’ tu di kalangan pesakit yang
mengalami kecederaan otak trauma yang ringan. Kajian ni guna alat EEG yang
tengok gelombang otak beserta beberapa ujian neuropsikologi.
Alhamdulillah viva tu berlangsung dengan keputusan “PASS
with MINOR correction”. Dengar je result tu..lega bebenar rasa hati..walaupun
correction kena buat sikit pastu. Terus bersalam dengan panel of interviewer.
Huhu.
Nak wish terima kasih banyak-banyak kat beberapa key
person. Pertama kat Prof. Nordin (pakar ortho merangkap dekan fakulti) kerana
membuka ruang untuk saya sambung belajar.
Then kepada supervisor and co: Dr. Tahamina dan pasangannya Dr. Faruque
yang banyak meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar. Then offcourse kepada
penaja pengajian iaitu kementerian dan universiti sendiri. Pastu kepada Fizzi
Kolla...sabahat seperjuangan yang banyak membantu, caring person dan individu
yang ada ketika orang lain takde... sedap dia masak tu. Dan tak lupa kat mak
saya sendiri sebab menyokong saya belajar walaupun dia berat hati nak saya
sambung balajar lagi. Dia lebih suka saya kerja daripada belajar lagi sebab dah
lama masa belajar dulu-dulu.
Ramai lagi la sebenarnya.tak tersebut tak terbilang kat sini. Semuanya...saya amat menghargainya.
So. next haluan camna???
No comments:
Post a Comment