Wednesday, April 15, 2015

Isu probiotik - muqaddimah



Baru-baru penggunaan probiotic dalam bidang kesihatan menjadi bualan di Whatapps dan media sosial di kalangan netizen. Saya fikir ia melambangkan masyarakat kini semakin mengambil berat tentang kesihatan. Mereka mendapat info daripada pelbagai sumber sama ada bertauliah mahupun tidak bertauliah. Dengan kebanjiran info di dalam internet, pengguna menjadi serba tahu dan serba keliru. Dan jangan terkejutlah kalu pesakit lebih tahu tentang sakit dan rawatan yang perlu diambilnya berbanding pengamal bidang kesihatan walaupun pesakit tiada kelayakan akademik dalam bidang kesihatan. Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, jangan ingat pengguna cuma membaca gosip sahaja di internet...bahkan ramai juga yang membaca jurnal, artikel kajian, temu bual online dengan pakar di serata dunia dan lain-lain lagi. Itu menjadi salah satu cabaran bagi warga kesihatan untuk sentiasa up-to-date dengan pengetahuan dan kemahiran.  Bersediakah kita? Ilmu kesihatan bukan milik orang yang belajar kesihatan secara formal sahaja ok. Sesapa sahaja boleh ok.

No comments: