Hari ni bertolak
awal dari rumah dan terus menghala ke kampus di bandar. Pukul 7.06 pagi dah log
in dalam sistem. Kat sini ok je biasanya kalu sistem on atau internet ok.
Senang kalu datang awal pun sebab boleh log in awal-awal. Kalu kat kampus
utama, jangan haraplah boleh log in awal..walaupun datang awal. Pintu pejabat kat
blok fakulti tu pun belum buka lagi. Pernah sekali tu, pukul 8.00 pagi lebih
baru pejabat buka. Pelik betul la. Camna la kije kalu mai kije lepas pukul 8.00
pagi. Siapa yang log in masa untuk yang datang lewat tu? Jeng jeng jeng.
Hurmmmm..camtulah. Kalu guna sistem log in pakai internet pc, camtu pulak
jadinya. Maybe kawan yang tolong log in. Kalu guna thumb-print log in, mesti
tak boleh ‘aku tolong kau, kau tolong aku’ camtu. Tapi keburukannya pulak kena
beratur panjang macam sistem yang dipraktikkan di tempat kije pertama dulu,
Putra Medical Centre dan attachment kat Hospital Sultanah Nur Zahirah. Bazir
masa pulak beratur panjang. Tapi bila sistem dah dipermudahkan, staf buat lewa
pulak. Alahai....
Mai ke kampus sini hari
ni sebab nak gi library sini...wat rujukan sikit. Bila buka netbook, amik cabel
charger...tengok-tengok charger laptop lain. Tak boleh la nak menaip guna
netbook ni hari ni. Bateri tinggal 15% je lagi. Terpaksa guna pc library la kot
pasni bila library buka. So now guna pc library la ni..bereh..
No comments:
Post a Comment