Wednesday, April 15, 2015

Probiotik - 2






Probiotik secara umumnya boleh dianggap sebagai mikroorganisma atau mikrob yang dalam kuantiti yang secukupnya yang di ‘consume’ oleh manusia yang boleh memberi manfaat kesihatan. Terdapat 4 kata kunci kat sini iatu;

  1. ia adalah mikrob atau mikroorganisma.
  2. kuantiti mikrob mesti pada bilangan yang mencukupi.
  3. ia perlu di’consume’ atau dimasukkan ke dalam badan manusia.
  4. ia mesti memberi manfaat kesihatan.

Jika sesuatu produk itu cukup syarat-syarat di atas, itu baru dipanggil probiotik.

Maka, sesuatu produk BUKAN dipanggil probiotik jika;

  1. ia bukan mikrob contohnya semut. Semut bukan mikrob kan. Simple.
  2. bilangan mikrob adalah tidak mencukupi, contohnya dalam produk cuma ada katakanlah 100 ‘ekor’ je mikrob tu. Bilangan tu tidak mencukupi untuk memberi manfaat kesihatan. Jumlah yang mencukupi bergantung kepada jenis microb yang digunakan. Dan saya boleh katakan, kalu setakat minum 1 botol minuman berkultur seminggu, ia tidak mencukupi untuk beri manfaat yang dikehendaki.
  3.  ia tidak di’consume’ oleh manusia, contohnya, cuma sentuh je minuman tu. Dalam konteks semasa, yang dimaksudkan ‘consume’ ialah ia mesti memasuki sistem penghadaman manusia. Kalu setakat sentuh dengan jari, adakah ia masuk ke dalam sistem usus kita? Tidak kan. Dan harus ingat, ada mikrob yang memang dah semula jadi kat pada/dalam badan manusia, contohnya, bifidus. Bifidus ada dalam usus kita secara normal. Maka bifidus yang memang ada dalam usus tu bukan probiotik. Yang bifidus yang baru nak minum itu adalah probiotik. Clear? Tak clear, kena angkat tangan ok!
  4. ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia contohnya bila makan bila minum produk tu, ia menyebabkan masalah kesihatan, contohnya keracunan makanan, allergik, dan lain-lain.


    Ok? Bereh. Akan datang...penemuan research tentang 'safety of probiotic'

No comments: