Wednesday, April 15, 2015

BR1M



Alhamdulillah..dapat juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk tahun ni. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tak dapat...alasannya dah dapat BB1M. Tapi tahun ni, BR1M dah RM350, BB1M masih RM250 je..beza RM100 tu. Kalu gitu, baek beri brim je. Tapi dengar kabor, ada yang dapat dua-dua, BB1M DAN BR1M. By the way..terima jelah bbim tu..orang dah beri kan. Tok guru pernah cakap lebih kurang katanya kalu orang beri kain kita amik, orang beri baja kita amik, orang beri duit kita amik..tapi pangkah pilihan sendiri-sendiri.

Antara kriteria penerima BR1M tahun 2015 ni ialah ia mesti rakyat Malaysia dan menjadi pelajar berdaftar di IPT serta berstatus aktif pada 31 Disember 2014. So sebab tu la saya layak dapat BR1M sebab tamat pengajian  informally pada akhir bulan Jan 2015.

Saya amik baucar di Institut Pengajian Siswazah (IPS) Kampus Kesihatan pada hari Ahad (22/3/15)..empunya badan kena tuntut sendiri baucar tu. Kalu tak, hadaplah proses birokrasi yang panjang..nak surat itu ini...orang lain complaint camtulah.

Pergi ke pejabat IPS waktu pagi, sekitar pukul 11.00 pagi. Masuk pejabat, tekan loceng sebab takde staf di kaunter. Bila staf datang menyapa, terus saya ajukan soalan dengan baik...”boleh amik baucar buku tak?”. Jawabnya..”tak boleh waktu ni. Boleh amik waktu petang antara 2.30-5.00 petang je”. Camtu pulak. Saya yang datang dari jauh...Terengganu..datang ke Kubang Kerian..rasa macam tension sungguh. Kena tunggu petang pulak... time tu baru 11.00 pagi. So kena melepak dulu 2 ½ jam. Bazir masa je. Benda senang je pun, boleh je staf tu uruskan. Hurmmmm...

Petang pukul 2.30 petang gi menghadap semula di IPS. Lepas sign satu tempat kat borang, diberi 5 keping baucar..setiap satu bernilai RM50. Settle!!! Senang je kan..  Yang tadi susah sangat nak beri tu kenapa? Dah la sakit kaki time tu. Terhenjot-henjot berjalan. By the way, terima kasih daun keladi...


No comments: