Dok tau nok describe camana. Bace bende hok tertulih kat sini, then baru tau kot. Rasenye ie lebeh kepade coretang peribadi.ade la sikit bende ilmiah sikit orang kate..camtulah. Blog ini sekejap ada sekejap takde. Camna nak wat buku kalu malas nulis ni??
Thursday, April 9, 2015
Kroni
Ada benda lain nak cite. Sambil menunggu tesis yang belum siap jilid tu, sempatlah sembang dengan penjaga kedai tu. Saya pun tak pasti dia jawatan apa dia kat kedai tu tapi yang pastinya Y/M kedai itu ketika itu. Katanya dia pernah nampak saya sebelum ni kat situ tapi lupa bila. Memang pernah jumpa pun sebab pernah baiki jilid tesis 2 bulan lepas rasanya. Pastu saya bagitau la yang saya ni staf di universiti awam (UA) dekat area tu. Dia kata bertuah dapat kije gomen..susah nak masuk gomen leni. Dia dah banyak kali apply jawatan kosong kat beberapa UA area sini dan kije gomen yang lain. Minta jawatan pembantu awam je pun, dan dah interview beberapa kali tapi satu pun tak melekat. Maknanya dia tak dapat la tu. Katanya susah masuk gomen. Aduhai....deme semua guna kroni. Iklan kat web atau paper cuma wat syarat je.. padahal memang mereka dah ada calon di kalangan kroni mereka untuk jawatan tu. Sian sungguh saya dengar. Ada betul ada tak betul juga cite tu. Saya masuk gomen dulu bukan sebab ada kaum kerabat kije situ. Tapi memang banyak dengarlah kalu satu department atau bukan satu department sekalipun, anak beranak warih warah dia saje kije situ. Banyak sangatlah dengar hal gini. Teringat masa pektikal kat spital terengganu dulu-dulu, semua jawatan kosong kerajaan kena published at least dalam 2 akhbar utama negara, ikutlah nama apa pun asalkan akhbar utama. Benda tu molep. Tapi bukan setakat published, sebab kita perlukan ketelusan dan merit dalam pemilihan. Hok layak tu layaklah, jangan dinafikan hak mereka. Semua kena lalui proses yang adil dan takdop pilih dan kasih. Cakap senang tapi benda gitu la susah nak buat kan? Gini la kita zaman leni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment