Monday, April 13, 2015

Bila tarikh lapor diri yang sebenar/sah? Dan Gaji!!!!



Saya yang dah lama tak print slip gaji telah buka web e-gaji majikan pada 25/3/15. Ingat nak tengoklah gaji saya bulan ni (March 2015) berapa ringgit dapat. Bila dah masukkan log in ID dan password, terpampang slip gaji bulan Mac 2015. Terkejut beruk jadinya. Gaji bersih cuma RM441.xx. Apa benda ni??

So saya pergi ke Pejabat Bendahari bertanyakan hal tu. Kenapa cuma nilai itu? Jawabnya.."tuan perlu rujuk ke Pejabat Pendaftar..mereka yang menentukan camtu". Pulak! Kena gi Pejabat Pendaftar pulak...

Jumpa staf yang in-charge gaji di Pejabat Pendaftar. Dia kata..."oleh sebab tuan belum terima surat senat tentang tamat belajar, maka gaji tuan tiada sepanjang tempoh itu. Maka pengiraan gaji dikira sehingga tarikh lapor diri sahaja iaitu gaji pada 1/3/15-7/3/15 (saya lapor diri pada 8/3/15)..tu la sebabnya jumlah hanya RM441.xx yang bersih". Kalu tau camtu awal-awal, tak perlu la saya lapor diri lagi. Uh!!

Pastu dia cakap lagi.."tak perlu lapor diri selagi belum dapat kelulusan senat..tu dasar baru". La..camtu pulak. Kalu tau awal-awal, tak perlulah saya lapor diri mengikut tarikh perjanjian cuti belajar. Dia siap bagitau.."tak perlu masuk kerja..boleh buat hal atau kerja lain". Senang je cakap camtu!!!

Dia kata dia keliru tentang beberapa terma dalam proses lapor diri bagi staf baru tamat belajar. Dia berjanji akan betulkan kesilapan itu pada gaji bulan April 2015. Masalahnya saya nak makan, bayar loan kereta, belanja rumah, untuk mak saya, dan lain-lain camna? Mereka tak fikir ke masalah tu?

Ingatkan masalah tu settle la bila dia kata akan masukkan bayaran ‘tertunggak’ bulan Mac ke dalam bulan April. Tapi lepas tu staf berkenaan call semula keesokan harinya.. katanya bos dia mengesahkan polisi itu..iaitu tiada gaji selagi belum terima kelulusan senat. Maknanya saya datang kerja semenjak 8/3/15 hari tu sia-sia la takde gaji langsung.

Kepada orang yang buat polisi ni, fikir betul-betul sebelum buat polisi. Ingat masalah orang lain. Cuba la fikir.. selepas sesorang tamat belajar katakan 7/3/2015, bukan hari tu juga senat universiti keluarkan surat tu. Mesti amik masa juga untuk masuk record la, untuk meeting la, itu la ini la. So tu salah student ke? PANAS!!!

No comments: