Wednesday, April 15, 2015

Calorie requirement for traumatic brain injury patient


Dalam bahasa melayu topiknya adalah keperluan kalori kepada pesakit kecederaan otak traumatik. Sebenarnya ni subtopik dalam plan sambung belajar akan datang. Belum finalize lagi pun. Tapi topiknya ada kaitan dengan topik tesis terdahulu.



Traumatic brain injury (TBI) tu bukan kecederaan otak yang simple camtu je definitionnyer. Dia ada kriteria yang perlu dipenuhi. Physician dan scientist dah banyak bersidang bermeeting untuk tetapkan definition Saya ada terang sedikit sebanyak dalam tesis. Maybe next time saya hurai nape dia tu.

Semua orang nak makan sebab makan adalah perbuatan asasi dan makanan adalah keperluan asas kita. Kita lepas-lepas lahir ke dunia ni pun...kua kua nangis..maybe nak lapar...nak makan. Bahkan dalam kandungan ibu lagi pun, kita memang makan dah..cuma bukan nasi, ikan, ayam la. Makanan kita time tu terus directly from placenta ibu..pakai masuk nutrient terus ke dalam tali pusat kita. Kat sini kita boleh belajar 3 benda dalam bab pemakanan iaitu,

1.       makanan adalah keperluan asas kita. Tanpa makanan, kita boleh 'kiok' (mati la tu).

2.       makanan tak semestinya dari benda yang nampak macam makanan...contohnya nasi, ayam, ikan,  dll.. makanan boleh dalam bentuk lain seperti cecair. Maka sebab leni ada banyak produk pemakanan enteral seperti Ensure, Glucerna, dan banyak lagi la.

3.       makan tak semestinya melalui mulut sebab dalam kandugan kita 'makan' melalui tali pusat. Maka sebab tu leni ada banyak cara pemakanan masuk ke dalam badan kita contohnya tube pemakanan melalui hidung, mulut, terus dari perut, usus dan lain-lain lagi la.


Panjang melebar ke situ pulak. Gi ke topic asal. Orang yang sakit TBI pun kena makan. Kesian la dia kalu tak makan. Kita tak makan sehari dua pun boleh naik angina. Apatah lagi orang sakit. Mesti rasa terseksa sangat. Tapi pemakanan mereka mempunyai prosedur yang perlu diikuti. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa bahawa initiation of feeding kena start dalam masa 24-48 jam after haemodinamically stable. Nak bincang pasal term-term tu pulak panjang.

Lepas belek-belek baca beberapa kajian sebelum ni, setakat ni saya boleh rumuskan ada 2 cara kita nak nilai keperluan kalori mereka. Hok pertama kalu ada alat, try teknik indirect calorimetry..sebab ia portable. Tapi bukan semua tempat ada alat ni. Kalu ada pun, kena belajar guna alat tu. Hukhuk.

Kalu takdok alat tu atau tak reti guna, guna cara hok senang sikit iaitu calculation. Ada rumus yang boleh digunakan. Saya tepek kat bawah nama rumus apa nok guna. Camna rumusnya, try cari dulu ye. Ke nok saya tepek juga?


Camtulah sedikit sebanyak untuk kita hok nok belajar ni. Sekian

No comments: