Sunday, April 12, 2015

Breakfast

Rasanya ramai yang tahu dah breakfast tu asalnya dari dua perkataan...'break' dan 'fast' iaitu kalu dalam bahasa melayu maksudnya..berhenti dan laju... ye dop??? Haha...check semula la ye. Kata ramai yang tahu dah tadi kan.

Sehingga sekarang dalam 1/52 dengan kekerapan 4-5x/seminggu, rutin sarapan pagi saya amat super ringkas sebab mak saya jarang sediakan sarapan pagi awal-awal dah sekarang. Mak saya memang patut berehat dah sekarang pun. Sekarang mak saya biasanya 'ngurut' kaki guna mesin urut kaki time pagi-pagi lepas semayang subuh.

Ishh..nak cite pasal 'bekfes' je tadi.. makan cuma;
3 keping roti lapis (tak dibakar) yang disapu dengan 1/2 Tbs marjerin setiap satu
+ air kosong 3 gelas


....mintak maaflah..saya kurang suka roti yang dibakar. Kekadang terfikir la juga kenapa la perlu bakar roti tu kalu tiada keperluan untuk bakar pun.

Ok dok gitu? Kalu hari kije, jumpa pulak makanan time lunch la pulak. Gitu la buat masa sekarang. Susu untuk saya dah lama dah tak beli. Beli susu ke mok je.

No comments: