Beberapa hari lepas, lepas mak saya balik dari surau berdekatan, dia bawa la temannya sorang. Masuk rumah, jemput kawan duduk, then mak terus meluru ke dapur amik penimbang kecil. Lalu dibawa penimbang masuk ke rumah. Kawannya keluarkan satu plastik kecil berisi macam kulit kayu. Ditimbangnya kulit kayu tu, then dibahagi dua. Satu bahagian untuk mak saya...
Esoknya saya tengok kulit kayu atas meja dalam rumah. Baunya wangi..macam bau coklat+kopi. Tanya mak benda apa ni. Jawabnya tak ingat. Huhu...minta maaflah mak saya bagitau dia memang sering lupa leni. Tanya lagi, kawan beri ke ni? Jawabnya..tak lah...beli ni..mahal..RM30 sepelastik kecik. Saya kira-kira dalam RM15 untuk 75g benda tu sebab benda tu adalah sebahagian daripada timbangan malam tadi. Mahal bebenor sebab lebih kurang RM200/sekilo. Perghhh...senang je penanam pokok herba ni berniaga.
Lepas tanya itu ini, mak saya nyatakan claim dari penjual tu bahawa kulit tu bagus kesihatan. Umum sangat statement tu. Caranya rendam dalam 5 keping benda tu dalam air suam, then minum. Camtu....
2 hari lepas, lepas cuba recall nama benda, then baru mak saya teringat yang nama kepingan kering tu adalah mahkota dewa...kulitnya....surf dalam internet..jumpa la nama mahkota dewa walaupun 1st time dengar time. Sesapa berminat nak tau benda apa tu...try la google. Macam-macam claim ada. Namun ada beberapa jurnal yang describe finding tu...contohnya sebagai agent anti-cancer, anti-inflammatory, anti-oxidant etc.
Namun secara konklusifnya tidak diberitahu cara penyediaan/amalan untuk menjadikan ia terapeutik atau berkesan
No comments:
Post a Comment