Wednesday, March 1, 2017

Masih di sini



Saya masih di sini. Ye..masih sama.. tetap di sini. Orang lain dah ke situ ke sini, tapi saya masih di sini. Rasa macam lama dah berada di sini sebab macam tiada perubahan kerana saya masih di sini. Apa cerita sebenarnya ni?

Saya masih menunggu mesyuarat kementerian pendidikan tinggi berkaitan sambung belajar untuk peringkat seterusnya. Dah hampir setahun rasanya. Lepas tangguh, tangguh lagi. So bagaimana nak move on kalau urusan besar ni belum settle? Besar la kot sebab ia melibatkan duit. Takde meeting maknanya takde kelulusan untuk elaun itu ini...maknanya takde duit. Takde elaun tak boleh ke? Aduh la...memang perlukan duit elaun untuk banyak benda! Dah la sara hidup sendiri dah tenat..makin parah la kalu takde elaun. Besar sungguh impak atau ketenatan kewangan negara kita sampaikan pembangungan sumber manusia bidang akademik ni jadi terbantut. Hurmm..

So sebagai alternatif, majikan benarkan sambung pengajian walaupun tanpa kelulusan KPT. Sambung belajar tanpa elaun dari KPT tu. Wah! Elaun KPT akan dibayar backdated katanya. Cuma guna kelulusan majikan je. Kelulusan KPT akan dipohon kemudian. Bila dah dibenarkan, nak la daftar sebagai pelajar siswazah sebab dah terima surat tawaran belajar. Tup tup...pun kena tunggu lagi sebab keizinan sambung belajar perlu disahkan dulu dalam meeting yang lain. Then meeting tu pun ditangguhkan juga. So camna kita nak move on?

Setiap tugasan kita ada dateline. Kita tahu bila tarikhnya. Lain la tarikh mati...yang tu memang kita tak tahu tarikhnya. Please la adhere and follow date berkenaan. Kelewatan satu pihak boleh menyebabkan pihak lain pun bermasalah. Kalau timbul masalah kemudian hari, dikatanya kita tak usaha ikut dateline, padahal pihak deme yang melengah-lengahkan. Kalu tak cukup bajet, janganlah desak itu ini. Pahtu gebang-gebangkan kata ada peruntukan itu ini padahal takde atau ciput je pun. Sebab tu bertangguh dan bertangguh. Kan sakit camni. Kesimpulannya saya masih di sini kerana masalah ini. 

Friday, February 17, 2017

#ruu355


Saya cuma insan kerdil..orang kebanyakan..marhaen..tidak memberi kesan apa-apa kepada keadaan geo-politik negara tetapi saya ummat Islam yang mahu melihat Islam dimartabatkan dalam apa jua lapangan. Islam yang tidak direndahkan diperlekehkan oleh mana-mana juzuk lain di alam semesta apatah lagi di bumi yang kecil ini. Sebagaimana hadith hassan yang menyatakan "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam".

Wahai seluruh ummat Islam di Malaysia (yang meyakini dirinya Islam) marilah kita sokong apa jua usaha yang memartabatkan Islam. Amalan saya mungkin dan memang tidak banyak tetapi moga Allah menerima amal ini iaitu menyokong RUU 355 sebagai amal kebajikan saya. Akhir kalam, saya tinggalkan pesan sebagaimana nukilan di dalam al-Qur'anul Karim surah Ali Imran ayat 139 "Janganlah kalian beraasaa lemah hati padahal kalianlah yang lebih tinggi kedudukannya jika kalian beriman"