Monday, October 26, 2009

Glucerna SR vs Nutren Diabetic

Kita tidak melihat persaingan Abbott dan Nestle. Tapi saya cuba nak tampilkan pengalaman di PMC tentang penggunaan kedua-dua produk khas untuk kawalan gula darah ini.

Seselum itu, dalam 'folder' pesakit atau berbincang dengan Consultant, saya lebih suka guna istilah 'glycaemic control product/diet' berbanding 'diabetic product/diet' kerana 'glycaemic control' lebih meluas maksudnya dan lebih tepat. Ini kerana bukan semua pesakit yang mengalami hyperglycaemia adalah diabetes. So adalah kurang tepat jika kita katakan kita educate patient dengan diabetic diet, atau kita cadangkan diabetic product. Pada saya istilah yang tepat ialah glycemic control diet atau glycemic control product. Tambahan pula glycaemic control diet / product bukan digunakan untuk kes hyperglyceamia sahaja, bahkan boleh digunakan sebagai maintenance untuk pesakit yang biasa hypo

Berbalik kepada persoalan glucerna SR dan Nutren diabetic, pengalaman di PMC menunjukkan glucerna SR sesuai digunakan untuk pesakit yang 'mild'. Jika aras glucose masih tidak terkawal, nutren diabetic lebih sesuai digunakan. Namun apabila aras glucose kembali tidak terkawal selepas guna nutren diabetic, produk glucerna RTD adalah paling sesuai.

Saya fikir response ini berbeza kerana 'modus operandi' bagi produk berkenaan adalah berbeza.
Glucerna SR menekankan tindakan serat dalam kawalan gula, dan ia 'slow release'. Nutren diabetic pula menekankan tentang pengambilan high fat terutamanya MUFA boleh suppress glucose level. Namun Glucerna RTD turut menekankan tentang pengambilan high fat terutamanya MUFA boleh suppress glucose level.

So maybe kita boleh simpulkan bahawa untuk kawalan gula yang paling effective ialah dengan tinggikan pengambilan fat. Namun ada kontranya juga.... di mana?

Adakah insulin resistance akan meningkat nanti? Bagi pesakit yang educated, mereka mungkin bertanya kenapa dia diberi produk tinggi fat. Nak jawab apa?

Di situlah kebijaksanaan dietician perlu diserlahkan. Fikir2kan.

Pandangan peribadi saya, boleh gunakan mana2 produk untuk permulaan kes. Jika aras glukos masih tidak terkawal, guna nutren diabetic, then untuk kes critical atau fluctuating, guna glucerna RTD. namun ada persoalan lain yang perlu difikirkan...1. availability, 2. kos, 3. general BUSE result dll.

Agaknya faham tak ni? Mana2 yang tak faham, sila angkat tangan!
Oct 26, 2009: 0950

Aku menatap laptop dalam umah sewa yang baru pindah. Sebenarnya tak lah baru sangat....dalam 3 minggu dah. Dulu duk kat pekan di-Raja, Anak Bukit...sekarang duk kat persimpangan.... Pasang wimax seminggu lepas sempena iklan 'potong...potong..potong'. Asyik tengok tenet je. Lagipun masih cuti panjang...panjang la sgt tu

Aku pun tak tau nak describe diri aku sekarang. Lagipun dah lama tak update blog ni. Dalam tempoh itu banyak benda yang dah berubah. Dan rasanya yang terpenting mungkin....aku bukan aku lagi... mungkin juga title blog ni kena ubah jadi "Aku bukan aku"

Diet recall sat...until now:
Nescaffe 1 cup....1 Tbs sugar
Cream cracker.... 8 pieces
Apple....1 no.

Calorie intake until now app. 300 kcal...18% of requirement
[Calorie requirement app. 30 kcal/kg BW ....app 1700 kcal/day (aim to maintain wt.)]