Sunday, May 10, 2015

Dilema lapor diri



Maah nok kabor sining jugok. Untuk pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia..maybe lebih spesifik kepada yang menerima Hadiah Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)..mungkin boleh dijadikan pedoman.

Kalu saya attach document kat sini, nanti bimbang kata saya mengeluarkan document rasmi. So sini saya kabor jelah kot.
  1. Saya menghadapi viva exam pada 20/1/2015
  2. Saya lapor diri bertugas (seperti dalam perjanjian cuti belajar) pada 8/3/2015
  3. Saya terima dan hantar borang lapor diri bagi staf yang baru tamat cuti belajar pada         8/3/2015…status menunggu kelulusan senat.
  4. Senat USM memperakukan keputusan akademik dalam mesyuarat senat pada 19/3/2015.
  5. Saya terima surat kelulusan senat pada 9/4/2015
  6. Saya serahkan surat kelulusan senat kepada tempat kerja pada 12/4/2015
  7. Saya terima borang lapor diri bagi staf yang baru tamat cuti belajar pada 15/4/2015…dikehendaki isi sekali lagi.
  8. Saya serahkan borang lapor diri 16/4/2015.

Lastly pejabat pendaftar maklumkan bahawa gaji hanya dikira bermula dari tarikh 16/4/2015. Maknanya tarikh lain tidak relevan sama sekali dalam penentuan permulaan gaji dikira. Bukan tarikh lapor diri mengikut perjanjian cuti belajar. Bukan tarikh kelulusan senat. Yang diterima adalah tarikh pejabat pendaftar menerima borang lapor diri yang disertakan surat kelulusan senat (maknanya status lain tidak diterima). Ini juga bermakna dari 8/3/2015-15/4/2015 (2 bulan lebih saya adalah staf tidak bergaji). Sedih bebenornye rasanya. Penantian saya sia-sia selama 2 bulan lebih tu.

Jadi pedoman saya mungkin boleh diteladani di sini mungkin..JANGAN lapor diri ke tempat bertugas selagi belum mendapat surat kelulusan senat dari tempat pengajian. Maknanya ia mungkin 4 bulan, atau setengah tahun atau waktu yang tidak diketahui sebab kita mungkin tak tahu bila senat akan bermesyuarat. 
Yang menjadi kemusykilan saya sepanjang tempoh ‘penentuan’ itu;
  1. Kenapa sebarang perubahan polisi yang berkaitan tidak dimaklumkan kepada staf?
  2. Apa nasib staf yang tiada gaji sepanjang tempoh itu kerana mereka pun ada komitmen untuk bayar itu ini contohnya loan kereta, loan rumah dll?
  3. Kenapa tidak maklumkan kepada staf bahawa status ‘dengan kelulusan senat’ sahaja diterima?
  4. Adakah pembuat polisi sedar bahawa selepas viva, bukan serta merta senat bermesyuarat untuk meluluskan keputusan itu, dan pasti ada urusan pentadbiran lain yang melambatkan surat itu diterima?
  5. Adakah salah staf jika surat kelulusan senat lambat diterima?
  6. Kenapa lambat maklumkan/beri borang lapor diri yang dikehendaki diisi semula buat kali kedua?
  7. Adakah pembuat polisi atau staf di pejabat pendaftar  betul-betul faham masalah ini?
  8. Adakah prosedur ini dipakai oleh pejabat lain?

2 comments:

pensil said...

Assalamualaikum..

Sy pula diberitahu pendaftr universiti saya, kalau lapor diri menunggu surat senat, kita diberi elaun sptmana universiti bagi kita semasa dpt slab. Dgn syrt, kita sudah submit thesis yg dijilid. Ini dari unimap. Boleh sy tau,saudara dari universiti mana?

rahim said...

salam

Saya salah seorang Rlka scholar usm. boleh saya tau berapa lama tempoh lantikan ke pensyarah universiti ds51 apabila selesai pngajian phd dengan klulusan
senat? terima kasih