Monday, October 26, 2009

Glucerna SR vs Nutren Diabetic

Kita tidak melihat persaingan Abbott dan Nestle. Tapi saya cuba nak tampilkan pengalaman di PMC tentang penggunaan kedua-dua produk khas untuk kawalan gula darah ini.

Seselum itu, dalam 'folder' pesakit atau berbincang dengan Consultant, saya lebih suka guna istilah 'glycaemic control product/diet' berbanding 'diabetic product/diet' kerana 'glycaemic control' lebih meluas maksudnya dan lebih tepat. Ini kerana bukan semua pesakit yang mengalami hyperglycaemia adalah diabetes. So adalah kurang tepat jika kita katakan kita educate patient dengan diabetic diet, atau kita cadangkan diabetic product. Pada saya istilah yang tepat ialah glycemic control diet atau glycemic control product. Tambahan pula glycaemic control diet / product bukan digunakan untuk kes hyperglyceamia sahaja, bahkan boleh digunakan sebagai maintenance untuk pesakit yang biasa hypo

Berbalik kepada persoalan glucerna SR dan Nutren diabetic, pengalaman di PMC menunjukkan glucerna SR sesuai digunakan untuk pesakit yang 'mild'. Jika aras glucose masih tidak terkawal, nutren diabetic lebih sesuai digunakan. Namun apabila aras glucose kembali tidak terkawal selepas guna nutren diabetic, produk glucerna RTD adalah paling sesuai.

Saya fikir response ini berbeza kerana 'modus operandi' bagi produk berkenaan adalah berbeza.
Glucerna SR menekankan tindakan serat dalam kawalan gula, dan ia 'slow release'. Nutren diabetic pula menekankan tentang pengambilan high fat terutamanya MUFA boleh suppress glucose level. Namun Glucerna RTD turut menekankan tentang pengambilan high fat terutamanya MUFA boleh suppress glucose level.

So maybe kita boleh simpulkan bahawa untuk kawalan gula yang paling effective ialah dengan tinggikan pengambilan fat. Namun ada kontranya juga.... di mana?

Adakah insulin resistance akan meningkat nanti? Bagi pesakit yang educated, mereka mungkin bertanya kenapa dia diberi produk tinggi fat. Nak jawab apa?

Di situlah kebijaksanaan dietician perlu diserlahkan. Fikir2kan.

Pandangan peribadi saya, boleh gunakan mana2 produk untuk permulaan kes. Jika aras glukos masih tidak terkawal, guna nutren diabetic, then untuk kes critical atau fluctuating, guna glucerna RTD. namun ada persoalan lain yang perlu difikirkan...1. availability, 2. kos, 3. general BUSE result dll.

Agaknya faham tak ni? Mana2 yang tak faham, sila angkat tangan!

4 comments:

chanz said...

sy tak faham abg ibrahim.....online le gt abr ibrhim..huhu

Unknown said...

TQ for explaining the difference between Glucerna and Nutren! I am not diabetic, but due to ovarian problems I became insulin resistant and started to gain alot of weight in a very short period of time. I am currently on Glucerna SR and I can see my condition improving. I was wondering if I should change to Nutren but from your post I think sticking to Glucerna will be just fine for me... Thanks :) I think Glucerna is abit more expensive? Rm 80++

Anonymous said...

Ayah saya pengidap diabetis,darah tinggi dan jantung baru ini dia menjalani pembedahan menbuang batu karang disebabkan jangkitan kuman dia telah diberi medical induse coma...alhamdullih semua ok dan sekarang masalahnya dia makan melalui hidung 3 jam sekali sehari itu sahaja diet dia(glucerna) dan tidak mengeyangkan dan sentiasa cirit birit selepas feeding...soalan saya adakah nutren diabitik akan lebih mengeyangkan atau saya perlu camtur myotin (protein) untuk mengeyangkan dia?ke2 bagaimana untuk mengelakkan dia tidak cirit birit selepas feeding?

Anonymous said...

🙋🏻‍♂️🤭