Wednesday, June 23, 2010

Orang gila

Dalam pertengahan nak balik dari pantai irama, dekat-dekat area Gunong, terserempak dengan seorang lelaki yang nampak berusia lebih 50-an berbogel di tengah-tengah jalan. Kesian kat pak cik tu. Sebenarnya saya pun tak sure sama ada dia ada bipolar disorder atau tidak. Tapi gaya nampak macam tu. Dia cuma tutup kawasan perineumnya dengan kain yang digumpal.

Agaknya camna la hidup dia ye? Tapi hidupnya tak lagi ditaklifkan dengan dosa kan. Bebas sebebas-bebasnya. Kalu buat salah dan dibicarakan di mahkamah dunia pun, tak kan sabit kesalahan kan.

Pantai Bachok

Hari ni cuti. So memang plan nak keluar. So kul 7.30 pagi keluar ke kedai makan tempat biasa. Makan nasi berlauk. Rutin makanan kat kelate ni pagi-pagi. Pekena nasi lauk ayam gulai dan air teh o.

Pas makan, terus menghala ke Pantai Bachok. Lalu ikut simpang dekat makmal keselamatan makanan peringat. Rupanya jalan lalu ikut situ jauh. Kena masuk jalan yang bersimpang-simpang. Masuk Bekelam, masuk Jelawat then baru boleh sampai Pantai Bachok.

Pantai Bachok nampak lawa dah sikit dengan bangunan kedai makanan baru yang lebih tersusun dan tempat duduk yang lebih banyak. Jalannya pun lebih selesa. Ada la 2 3 orang duk man kat pantai tu. Saya malas nak turun, cuma lalu-lalu tengok-tengok je. Lagipun takde teman. Nanti orang kata jiwang jalan sorang-sorang pulak

Lepas pusing-pusing kat bandar bachok (bandarnya kecik je, rasanya lebih besar Jelawat lagi), nak balik lalu ikut jalan Jelawat, straight sampai ke Gunong. Rupanya jalan ikut sini lagi dekat walaupun banyak selekoh tajam. Masa tak sampai 30 minit berbanding lalu ikut jalan masa nak pergi tadi yang makan masa sejam.

Jalan ni tembus kat Melor, then terus menghala ke tempat chatting macam biasa

Jeram Linang

Dah lama tak gi jalan-jalan lebih-lebih lagi kat jeram. Teringin nak gi macam dulu-dulu masa belajar dulu. Kerana kesuntukan masa, selalu je tertangguh. Alhamdulillah hujung minggu lepas, pagi sabtu juga gi sekejap tengok jeram linang.

Ajak seorang student sebagai teman. Dalam sekitar kul 8.30 lebih bertolak, lalu ikut pasir putih, then masuk simpang depan Gaal, lalu jalan kampung, then tembus ke jeram linang.

Jeram linang nampak macam sama dengan dulu. Nampak kurang terurus dengan sampah dan fasiliti yang tiada maintenance. Tapi ramai juga la orang gi situ. Saya cuma duk lepak kat kedai makan depan jeram tu. Order meehun goreng, mee goreng, air teh o beng and air milo...untuk 2 orang. Makan sambil tengok-tengok orang.

Pas makan, malas nak naik atas jeram. Macam tak menarik je. Lagipun student tak nak naik. Maybe nak jaga pandangan mata daripada melihat orang yang mandi....nanti terlupa pulak Quran yang dah dihafal.

So balik la semula, lalu ikut Jalan P.Puteh-Machang, then masuk simpang ke Labok. Dah lama tak lalu jalan situ. Masih teringat program dulu yang pernah di buat kat sebuah masjid kat dalam area tu. Then masuk ke jalan depan Sek Sains Machang, pecut sampai balik ke tempat asal

Saturday, June 12, 2010

Laptop

Emh..banyak benda tergendala bila laptop dah takde. Nak tulis tangan...malas. Dah dekat 5 bulan laptop tu ada kat dia. Lagipun banyak benda penting dalam tu. Lani kena gi lab komputer..taip. Tak pun gi cc sat. Mana dia ni?

Friday, June 11, 2010

Dah lama....

Assalamualaikum wbth....

Dah lama benar tak buka blog. Masa kemas-kemas bilik tadi, terpandang buku 'lama' Oxford Handbook of Medicine. Then terus teringat kat blog ni. Belek-belek jap buku tu, refresh balik benda-benda lama. Pada masa sama terimbas kenangan lama....