Wednesday, June 23, 2010

Pantai Bachok

Hari ni cuti. So memang plan nak keluar. So kul 7.30 pagi keluar ke kedai makan tempat biasa. Makan nasi berlauk. Rutin makanan kat kelate ni pagi-pagi. Pekena nasi lauk ayam gulai dan air teh o.

Pas makan, terus menghala ke Pantai Bachok. Lalu ikut simpang dekat makmal keselamatan makanan peringat. Rupanya jalan lalu ikut situ jauh. Kena masuk jalan yang bersimpang-simpang. Masuk Bekelam, masuk Jelawat then baru boleh sampai Pantai Bachok.

Pantai Bachok nampak lawa dah sikit dengan bangunan kedai makanan baru yang lebih tersusun dan tempat duduk yang lebih banyak. Jalannya pun lebih selesa. Ada la 2 3 orang duk man kat pantai tu. Saya malas nak turun, cuma lalu-lalu tengok-tengok je. Lagipun takde teman. Nanti orang kata jiwang jalan sorang-sorang pulak

Lepas pusing-pusing kat bandar bachok (bandarnya kecik je, rasanya lebih besar Jelawat lagi), nak balik lalu ikut jalan Jelawat, straight sampai ke Gunong. Rupanya jalan ikut sini lagi dekat walaupun banyak selekoh tajam. Masa tak sampai 30 minit berbanding lalu ikut jalan masa nak pergi tadi yang makan masa sejam.

Jalan ni tembus kat Melor, then terus menghala ke tempat chatting macam biasa

No comments: