Dah lama tak gi jalan-jalan lebih-lebih lagi kat jeram. Teringin nak gi macam dulu-dulu masa belajar dulu. Kerana kesuntukan masa, selalu je tertangguh. Alhamdulillah hujung minggu lepas, pagi sabtu juga gi sekejap tengok jeram linang.
Ajak seorang student sebagai teman. Dalam sekitar kul 8.30 lebih bertolak, lalu ikut pasir putih, then masuk simpang depan Gaal, lalu jalan kampung, then tembus ke jeram linang.
Jeram linang nampak macam sama dengan dulu. Nampak kurang terurus dengan sampah dan fasiliti yang tiada maintenance. Tapi ramai juga la orang gi situ. Saya cuma duk lepak kat kedai makan depan jeram tu. Order meehun goreng, mee goreng, air teh o beng and air milo...untuk 2 orang. Makan sambil tengok-tengok orang.
Pas makan, malas nak naik atas jeram. Macam tak menarik je. Lagipun student tak nak naik. Maybe nak jaga pandangan mata daripada melihat orang yang mandi....nanti terlupa pulak Quran yang dah dihafal.
So balik la semula, lalu ikut Jalan P.Puteh-Machang, then masuk simpang ke Labok. Dah lama tak lalu jalan situ. Masih teringat program dulu yang pernah di buat kat sebuah masjid kat dalam area tu. Then masuk ke jalan depan Sek Sains Machang, pecut sampai balik ke tempat asal
No comments:
Post a Comment