Tuesday, April 28, 2009

Meniti hari-hari akhir di sini

Insya Allah, ni minggu last aku kan berada di kampus ni
Dah lama benar aku di sini
Aku masih ingat ketika menjejak kaki di kampus ini pada Julai 2000
Dan minggu ini, April 2008 aku akan meninggalkan jejak itu
Banyak kenangan dan coretan telah dipahatkan atau terpahat di sanubari
Sayang rasanya untuk melepas saat ini
Namun masa tetap berlalu
Terima kasih pada kenangan walaupun bukan semuanya manis
Terima kasih pada yang sudi ada bersama
Tiada cenderahati yang boleh ku titipkan kepada semua
Tapi percayalah semua yang bersamaku akan terkandung dalam ingatan dan doaku
Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi;
kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi

-Tiada potret seindah kenangan-

2 comments:

tronx013 said...

salam..

my name is as u can see above.. huhuh.. jangan tinggalkan kami..!!! hahah... semoga berjaya menaikkan Islam pada tahap yang selayaknya.. jadilah hamba Allah yang Allah kasihi.. may Allah bless us..

wearelearningparents said...

selamat berjuang di medan yg penuh mehnah n tribulasi...BE CLIMBER FOREVER..