Wednesday, March 11, 2009

Kenyang dan nikmat rasa

Ada orang tanya camna nak diet? Nak kurus camna? Macam2 usaha dah buat tapi badan tak slim2 juga. (Betul ke dah usaha macam2?) Sekarang saya nak kongsi atau perturunkan satu petua

Perkara yang pertama yang kita perlu tahu ialah kenyang adalah persepsi fikiran kita. Dan persepsi ini datang daripada pelbagai stimulus yang sampai ke otak kita.

Camna kita boleh rasa sakit apabila kita terpijak batu atau sebagainya? Sebabnya kerana stimulus batu itu telah dikesan oleh saraf kita di kaki dan dihantar ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit

So camna nak mewujudkan persepsi kenyang. Kajian mendapati stimulus iaitu makanan yang kita makan agak lambat dihantar ke otak untuk ditafsirkan. Ia berbeza dengan stimulus sakit, yang disampaikan dengan segera atau cepat ke otak. Maka kalau kita makan cepat-cepat, kita akan masih rasa lambat kenyang walaupun pada hakikatnya kita dah makan dengan banyak sebab makan cepat-cepat.

Maka adalah disarankan kita makan pelan2. Kunyah makanan pelan2 dengan kunyah secukupnya sebelum telan makanan. Dengan kita memanjangkan masa makan walaupun dengan makanan yang sikit, kita telah dapat meransang saraf untuk ditafsirkan sebagai kenyang di otak.

Tuntutan agama pun menggalakkan kita berbuat demikian. Makan dengan penuh sopan dan tertib. Nikmati rasa, aroma, tekstur makanan seluruhnya bila ia berada di dalam mulut kita. Nikmat rasa ini amat besar nilainya. Tanpa nikmat rasa, kita dah tak boleh membezakan, menilai dan menghargai rasa makanan.

So untuk diet penurunan berat badan, satu tipsnya ialah nikmati makan dengan pelan2. Makan sikit tapi dah berbaloi kerana stimulus kenyang akan disamapaikan kepada otak. Dengan makan yang sikit, maka kita mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan perlahan-lahan.

2 comments:

hafiz diet said...

asmlkm...mintak izin salin artikel ni paste kt buletin frenster...ramai gak duk tanya tips2 nk slim tu...tp x sempat nok menaip lg..hafiz

chanz said...

assalamualaikum~~bagos nih..hehe. rajin2 melawat le blog saya..hoho