Adikku nak kawin dah 13/3 ni, Jumaat depan. Plan dah lama dah. Dah sampai jodohnya. Orang kat umah panggil dia 'Mat Ju'. Orangnya simple, berusia 2 tahun lebih muda dari ku. Bakal teman hidupnya pun orang Terengganu juga, tapi area KT utara. Famili aku duk kat KT selatan. Kenal2 kat tempat keje.
Aku merupakan saksi pada majlis yang akan dilangsungkan. So semalam aku pergilah bandar KB nak cari tiket balik. Masalah public transport dalam bandar KB masih tak berubah sebagaimana aku comment dalam blog yang lepas.
Malang sekali, tiket balik waktu petang suma dah abis. Cuma ada 3 syarikat bas je ke KT. Pertama SP Bumi. Aku panggil bas tu sebagai bas bumi je. Bas langit belum ada. Bas ni cuma bergerak ke KT waktu siang je, trip selang 2 jam dari kul 8 pagi sampai 6 petang. Kedua bas Transnasional. Dulu aku biasa naik bas ni. Tapi sekarang bila dah ada bas bumi, aku lupakan bas Trans. Bas bumi lagi selesa. Bas Trans dah lama, pahtu bau hapak dan kekadang bau asap sebab tak servis. Tak suka betul. Bas trans pun abis. Ketiga bas Mutiara. Bas ni cuma gerak ke KT kul 10 pagi. Pun tak guna.
Aku nak bas petang atau malam. Nampak gayanya aku terpaksa balik umah dengan teksi la kot petang khamis ni. Khamis ni pulak ada case presentation. Ada turn aku bentang. Nampaknya lepas bentang, teruslah ke bandar KB, then amik teksi ke KT. Ntah berapalah tambang teksi sekarang. Rasanya RM 25 dah sekepala.
Papepun kena balik umah juga. Mat Ju nak kawin. So kena balik. Majlis ni akan dibuat kat umah bakal pengantin pompuan tu. Plannya kul 10 pagi akad nikah. Mudah-mudahan Mat Ju akan berbahagia dengan pasangannya sampai bila2.
Yang belum kawin adalah aku dan kakak aku. Yang adik-adik yang lain tunggu dululah. Kawin? What do u think?
-Tiada potret seindah kenangan-
3 comments:
kalau adik abang dah nak kahwin, abang ibrahim bile lagi???
haaaaaaaa...........
Kawin?
Hoho.. tu adalah antara perkara paling besar dalam hidup
Apabila tiba masanya, kawinlh si abg ibrahim tu.
Ok tak jawapan ni? Ada macam jawapan politician?
hehe..
kahwin?? lifetime responsibility tu...
Post a Comment