Apa yang tak hepinya. Lepas je short 'class' pagi tadi kat lib, aku dapat mesej via e-mail dari General Manager PMC. Katanya aku diterima kerja di hospital tu (depend kepada beberapa negotiation yang akan dibuat nanti). Aku sujud syukur lepas zuhur td. Mana taknya. Belum abis belajar, dah dapat tawaran kerja. Tu pun dengan satu interview je, dah lulus. Gembira sangat2. Lagipun bukan senang nak cari kerja zaman ni. Tepon umah, bercakap dengan mak. Mak pun hepi. Aku pun rasa hepi je kalu mak aku hepi. Thank you my mum. You're my lover. Thank you juga kat Major Teh, GM kat PMC tu
Namun....baru je sat tadi bergaduh dengan seseorang hamba Allah. Sakit hati pun ada, sedih pun ada, kecewa pun ada. Aku cuma berterus terang je, tapi dikatakan pulak sebagai mengungkit. Aku cuma ingatkan tolong jangan lupa janji. Kalau boleh, langsaikanlah hutang. Seribu lebih aku pinjamkan kepada dia untuk tujuan karier dia. PTPTN banyak abis ke situ je. Kerana dialah sahabat, aku pinjamkan juga kat dia. Aku sendiri terpaksa jimat cermat menampung itu ini. Aku tak kan sesekali menyusahkan keluargaku walaupun mereka sentiasa willing membantu. Semua benda yang aku nak, aku belikan sendiri dengan duitku sejak sekolah menengah. Tak ada nak itu nak ini. Duit poket pun tak amik. Economy management is very vital. Walaupun aku disayangi, aku tak amik peluang tu.
Tapi takpelah. Mungkin ini dugaan. Aku dah tak mengharap mana hutang tu. Kalu aku mengharap pun, aku bimbang aku akan kecewa. Sedih tetap sedih. Air mata bertakung je bila kenangkan perkara ni. Tapi aku mesti kuat. Kalu bukan aku yang perlu kuat, siapa lagi yang nak kuatkan aku. Tak guna menangis pun, bahkan membazir air mata je. Tapi sekuat mana pun, kadang2 ada juga rasanya.
Cara aku senang aje. Aku akan duk mandi lama-lama. Biar air mata bersekali dengan air mandi. Biar air mandi sejukkan hati yang mungkin panas. Ya Allah, permudahkanlah urusan ini sebagaimana aku sentiasa mohon dalam doaku kepada-Ku
Hari yang paling hepi dan paling sedih kot
-Tiada potret seindah kenangan-
1 comment:
wah..PMC tu katne? huhu.
Post a Comment