Sunday, January 31, 2010

Trip

 Minggu ni boleh dikatakan minggu trip je. Ke situ ke sini..bermusafir

27hb lepas ke Kota Bharu. Lebih tepat lagi ke Pasir Puteh. Bertolak malam ke sana. Selesaikan urusan di sana, dan malam tu 28hb terus balik Alor Setar. 2 hari tdo dalam bas. Mana la nak lena. Mata merah kuyu dan layu. Sleep debt la katakan.

Then malam esok 1/2 plannya balik KT. Pun balik hari juga sebabnya malam tu 2/2 dah nak balik Alor Setar semula. Ada lagi urusan kat Alor Setar ni yang belum settle. Ikutnya tak nak dah mai sini.

2/2 malam tu pulak plannya nak ke Kelate lagi. Tapi kali ni…pindah terus di sana. So dekatlah Kelate dengan Tganu pahni. Boleh balik kampung sokmo. Dan bila dah di Kelate nanti, aku akan terperuk di kawasan dalam sikit. Maybe peluang ber-uzlah kot…haha. Masa kali pertama pergi hari tu pun dah rasa macam duk kat Sabah Sarawak je…padahal lalu ikut hutan sikit je.

Moga tugas-tugasan ku sebagai salah seorang warga pendidik di sana diberkati Ilahi. Aku akan menimba pengalaman baru…salah satu cita-citaku masa kecil dulu. Kan kini aku dapat merealisikannya….syukurlah…

Apa skop tugasku nanti? Next posting….

Unexpected person

-sigh-

Banyak perkara berlaku. Dalam setiap detik macam-macam boleh berlaku. Kalau la saya boleh coretkan semua, saya ingin kongsikan. Tapi dalam banyak benda…biarlah ia rahsia. Untuk sesetengah perkara, kalau nak hilang biarlah hilang selama-lamanya.

Saya masih ingat gurauan kawan-kawan saya dulu. Katanya saya seorang ‘unexpected person’. Orang yang sering membuat ‘unexpected unfamiliar decision’. Benda yang amat jarang orang buat, saya buat. Sekali fikir rasa nak gelak, sekali fikir rasa macam menyesal, sekali fikir rasa itu kelebihan, sekali fikir rasa macam kesunyian, bukan sekali fikir dah kalau berkali-kali camtu. But by the end the day, saya sendiri yang berdepan semua benda tu, maka saya mesti berani dengan keputusan saya.

Dan minggu ini saya buat keputusan diluar jangka lagi. Apa keputusannya? Saya keluar separuh kaki di bidang saya sekarang, dan masuk sebelah kaki ke bidang lain. Minggu depan, formally khamis ni 4/2/10, saya akan masuk ke dalam lapangan pendidikan.

Banyak pertimbangan diambilkira, dan akhirnya inilah keputusannya. Sepuluh jari saya ini saya susun andai ia tidak dapat memenuhi impian sesiapa. May God bless us. Mak ayah...i'm sorry...doakan saya ye. 

Laman sosial...

Artikel: Utusan Online Jan 20, 2010

Bahana 'kemaruk' laman sosial
by Mohammad Ismail

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini.

Blogger: Kalu nak tau keburukannya, baca la kat paper ye. Sama-sama la kita pikir

Saturday, January 23, 2010

Murah-murah...

Hari ni bangun macam biasa. Yeke macam biasa. Dah tak menentu waktu bangkitnya. Apa nak jadi Ibrahim ni. Bangun kul 6.30 pg. Subuh lambat dah sikit kat alor setar ni. Kat-kat kul 6.10 baru dengar azan.

Bangun-bangun basuh baju baju 3 helai then mandi then sembahyang. Then panaskan bubur nasi..makan-makan sat sambil buka tenet. Buka la laman apa yang patut.

Motif hari ni nak kemas umah sikit…sikit je. Masa masih ada. Yang penting..ada orang nak mai umah..tengok barang yang nak dijual. Ada la 2 3 barang yang tak perlu dibawa pindah..so nak jual la. Hajat hatinya nak pindah umah cukup dengan satu beg je.

Yang nak jual 1-almari sliding door…comel lagi tu!! 2-rak dapur masak 3-oven 4-tv  5-blender. Hahaha…ada la lagi. Semua barang ok ok lagi. Baru dalam 5 hingga 7 bulan guna. Jual murah-murah je. Harga adik beradik la kata orang. Uhu….

Banyak juga la col /SMS..YM pun ada yang Tanya dan runding pasal barang-barang tu. Publish kat Mudah.com semalam. Tapi yang tak syoknya…abis kredit balas mesej-mesej depa semua. Takpelah…

Harapnya terjual la semua. Baru senang hati nak pindah.  Doakan ye

Cuaca panas

Kul 2 ptg lebih tadi keluar jap. Panas betul cuaca bandar alor setar. Orang terengganu panggil ‘panas ketik-ketik’. Suhu mencecah 35 – 40 C. Panas!!. Pulau haba dah jadinya. Awan la juga...nipis-nipis awan sirus.. Awan komulunimbus pun ada 1 2 tapi pakat tiup di angin je

Ni la pemanasan global yang diwar-warkan dalam persidangan dunia Copenhagen baru-baru ni. Tapi hampeh…takder resolusi konkrit. ‘Political will’ berbelah bagi antara pemimpin dunia…apatah lagi nak ikat resolusi secara legal. Sori la. Cakap je reti ‘secara dasarnya bersetuju untuk atasi fenomena ini’..tapi..ermmm..tak tau la nak kata camna.

Kalu sesapa yang nak jaga kulit la kata kan, ketika ni bukan masa yang sesuai la nak mai jalan-jalan sini. Sori ye Kementerian Pelancongan. Lebih-lebih lagi golongan yang mempunyai sel melanosit yang aktif kat kulit macam saya ni. Dengan selaran haba, memang jadi ‘masak’.

Macam biasa la..dari segi diet…minum la air kosong banyak-banyak ye. Senang kata…8 lapan sehari memang tak cukup dah time gini. Buah-buahan sayur-sayuran bagus sebab ada air juga, mineral yang boleh replenish nutrient yang hilang. Juga banyak anti-oksidan yang tolong jaga kulit juga. Time-time camni juga eloknya makan ulam lagi bagus, dan  masak simple simple tapi sihat. Kurangnya penghasilan haba la katakan. Kurangkan juga penggunaan elektrik. Jimat apa yang patut. Kalu nak gi pasar tu, gi la time pagi-pagi waktu cuaca molek lagi, atau keluar time malam. Best juga gi pusing-pusing kat Tesco ke Giant ke malam-malam…sejuk gitu

Tu la citer nak kongsi pasal panas punya cuaca. Ok 

Friday, January 22, 2010

Rakyat Malaysia hampir 30 juta

Utusan Online – Jan 22, 2010

Saya tertarik dengan artikel tu.

KAJANG 21 Jan. - Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.

''Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini. Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.

''Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu," katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.

Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak.

Komen:
  1. Agaknya ramai mana pendatang asing dengan izin mahupun pendatang asing tanpa izin kat Malaysia kita nih
  2. Agaknya kek ekonomi Malaysia seimbang ke komposisi kita
  3. Agaknya banyak ke Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak didaftarkan
  4. Agaknya golongan ‘productive age’ wat apa sekarang
  5. Teringat kat pola pertumbuhan seperti dalam lecture time muda-muda dulu

Puji-puji sikit

Ni nak beri compliment sikit. Cepat p1 wat keje. Tengah malam tadi p1 hantar e-mail untuk atasi masalah kelembapannya..hehe. Dia suruh ikut arah dalam manual tu dengan ubah tenet i.d. Bagus-bagus. Sekarang rasa laju dah nak guna tenet. Tima kasih ye. Kalu servis camtu, baru la client tak complaint. Jangan tunggu masuk paper ke masuk tb ke baru nak bergerak.

Pun sama nak ucap kat JKR atau kontraktor atau sub-nya. Jalan kat area Alor Setar dah banyak diturap. Tapi kalu nak turap tu, turap la rata-rata. Dan kalu bolehnya wat la keje time orang tidur macam kul 2 3 pagi ke. Boleh? Time orang tengah sesak berhenti la dulu ke sat. Nanti kena hamun di orang len pulak. Jalan dari pecan ke simpang kuala belum ok lagi ye. Jangan duk pandang tak da mata pulak.

Kebersihan nampak ok la sikit. Nampak macam ada syarikat konsesi baru. Lori angkut sampah pun siap cat lain. Lawa la jugak mata nak tengok. Tapi ada tempat tu sampah tak kutip juga macam kat tepi sekolah sebelah Sekolah Muhammadi. Jaga la imej kerajaan negeri sikit. Ok?

Bab anjing-anjing yang merayau tak tentu pasal pulak, hari tu nampak ok dah tapi lani macam membiak la pulak. MBSA tolong la tengok-tengok semula.

Tu la 2 3 benda yang saya komen dulu-dulu. Dalam bab komen ni, saya suka sangat la. Kita komen buka sebab kita marah. Tapi kita sayang. Supaya ada perubahan. Baru la Kedah kita comel. 

Thursday, January 21, 2010

Potong tak potong macam tak potong je

Potong..potong..potong. Iklan bukan main. Aduh. Masa mula-mula guna dulu bulan 11, sebulan tu, laju je guna tenet. Ofis p1 kata..maklumlah..servernya betul-betul kat area umah ni. Tapi bila makin guna ni, ntah kenapa, jadi lembab bangat tenetnya.

So apa cite sekarang wahai p1. Dah komplen berkali-kali kat phone. Jawapannya akan dibaiki dan baiki dah. Tapi hasilnya sama je..lembab gitu la juga. Nak kata saya je yang kena tak la juga. Kat hotel tempat kawan keje pun sama. Sib baek la tenet ni ada orang sponsor. (Uhu…tima kasih). Kalu tak, tak gunanya p1.

Sori la ye p1. Biasa la customer complaint. Ofis bukan jauh sangat pun kan. Kat jalan pegawai je. So tolonglah buat apa yang patut. CEO p1 kata nak luaskan network kat Sabah dan Sarawak sedetik dua lagi. Tapi baiki la dulu hal-hal kat sini ni. Ok tu je

Tb dan kipas

Malam ni malam Jumaat. Pah bulletin 3 kul 8.00 malam, tengok cite korea macam bisasa pulak kul 8.30 malam tv8. Then sekarang nih cite Jangan Tegur Lagi. Haha…apa la. Tapi bukan benda tu nak citernya

Sambil-sambil tengok tv, update la apa yang patut kat laptop dan tenet ni. Time tu juga la anak tuan rumah sewa mai ke umah, bersama dengan kawannya kot. Dah la umah kurang terurus mana..malu rasa ada tamu time malam-malam gini. Mai sini sebab nak baiki kipas syiling yang rosak. Kebetulan kot lepas saya mesej petang tadi kata nak pindah ke KL.

Emh..saya duk sini masa start bulan 10. Masa tu kipas dah rosak. Sampai sekarang, time kata nak pindah baru la kipas ok. Uhu…tapi apa-apa pun terima kasih la kat tuan umah. Boleh juga la merasa kipas umah mungkin sedetik dua lagi.  

Tapi respect kat anak muda tu. Muda-muda lagi dah pandai baiki kipas..maybe belajar kat mana-mana kot. Kejap je wat keje..then kipas jadi molek. Tapi ada la kurang sikit-sikit kat mana-mana tu. Amatur la kata kan. Terima kasih ye. Senang-senang mai la lagi. Boleh rasa kipas camna…

Tazkirah Channel C

Bila Channel C send mesej pada Jan 2, 2009; jam 1925, saya dah dapat agak akan keputusan tu. Tapi saya masih simpan harapan tu dan teruskan doa macam biasa. Namun perancangan dan ketentuan Ilahi sememangnya mendahului apa jua perancangan makhluknya. Mahu tak mahu saya kena la terima. Saya bukan bimbang akan ujian yang diberikan, tapi saya amat bimbang adakah saya masih mampu lagi bertahan pada masa depan.

Message Channel C: Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerah dan diberikan (nikmat). 

Rokok lagi...

Masih tak puas hati dengan perokok ni. Kepada perokok aktif je (Active smoker). Kena mereka semua ni, perokok pasif juga yang kena bahananya. Apa la. Time harga rokok dah naik ni, masih ramai lagi yang nak isap benda alah tu. Katanya ada cadangan nak naikkan lagi harga rokok jadi RM 50 sekotak. Pada saya, buat la apa yang patut. Tapi seboleh-bolehnya biarlah ia datang dari sendiri untuk berhenti rokok.

Meh kita tengok apa kata American Lung Association jika berhenti rokok. Bagus sangat. Baca betul-betul.

Lepas 20 min
  • Tekanan darah akan turun
  • Degupan jantung akan turun
  • Haba di tangan dan kaki akan meningkat

Lepas 8 jam
  • Aras gas karbon dioksida dalam darah akan turun kepada normal
  • Aras gas oksigen dalam darah akan naik kepada normal

Selepas 24 jam
  • Risiko untuk serangan jantung akan turun

Selepas 48 jam
  • Saraf hujung akan bertumbuh normal sedia kala
  • Kemampuan untuk menghidu dan merasa bertambah baik

Selepas 2 minggu hingga 3 bulan
  • Peredaran darah akan meningkat
  • Fungsi paru-paru akan meningkat
  • Aktiviti arobik seperti berjalan semakin lancar

Selepas 1 hingga 9 bulan
  • Gejala seperti batuk, resdung, lemah-lemah badan, dan susah bernafas semakin berkurangan

Selepas 1 tahun
  • Risiko sakit jantung berkurangan kepada separuh berbanding jika merokok

Selepas  5 hingga 15 tahun
  • Risiko strok akan turun sama seperti orang yang tidak pernah merokok

Selepas 10 tahun
  • Risiko kanser paru-paru berkurangan kepada separuh berbanding orang yang berterusan merokok
  • Risiko kanser mulut, kerongkong, esophagus, pundit kencing, buah pinggang, dan pancreas menurun
  • Risiko ulser menurun

Selepas 15 tahun
  • Risiko sakit jantung menurun sama seperti orang yang tidak pernah merokok
  • Risiko kematian komplikasi rokok menurun kepada hampir sama seperti dengan yang tidak pernah merokok

Tengok! Kan sihat gitu. Duit pun jimat!

Isap barang toksik

Saya sampai sekarang rasa pelik. Kenapa la ada orang sanggup isap segulung kertas kecik yang disumbat dengan bahan-bahan toksik? Musykil gitu. Semua mak nenek toksik ada dalam tu, tapi benda tu la yang nak diisapnya. Dalam banyak-banyak benda boleh diisap, benda tak guna tu la yang ditagih

Rokok

Ada yang kata kalu berhenti rokok, berat badan naik. Scientifically, ye memang ada research yang buktikan camtu. Tapi tak kan nak merokok untuk nak control berat badan. Punya la banyak cara, rokok juga la jadi pilihan

Dari segi orang sains, meh kita tengok apa apa kaitannya...

Ada beberapa sebab mengapa berhenti rokok boleh menyebabkan kenaikan berat badan

  1. merokok meningkatkan metabolisme. Maka kadar kalori dibakar dalam badan meningkat. Bila berhenti rokok, maknanya, turunlah metabolisme
  2. bila berhenti merokok, apa benda nak gantinya. sesetengahnya menjadikan amalan makan tak sihat pulak sebagai pengganti
  3. lazimnya rasa 'pahit' (bitter taste) rokok boleh dihilangkan dengan makan banyak


Ala..banyak je cara nak atasinya. Gi je kat klinik Quit Smoking. Kat klinik kesihatan tertentu pun ada. Free lagi tu. Ada la jalannya yang diberi sebagai alternatif nicotine tu

Then sental lidah dan oral cavity tu supaya bitter taste ilang sikit-sikit. Ni kerak lama duk melekat kat situ.

Then makan secara teratur. Banyak buah dan sayur yang boleh dimakan kalu nak makan banyak pun. Banyak sayur yang berperisa yang boleh mengembalikan seri deria rasa..macam pudina, serai, banyak ulam..nama apa ntah. Kat umah saya melambak-lambak ulam tepi umah.

Then, naikkan semula metabolism badan dengan exercise. Tak susahnya. Paling tidaknya gi la pusing-pusing window shopping kat mana-mana. Jalan kaki banyak sikit. Pastikan berterusan. Jangan hangat-hangat tahi lembu. Sebolehnya ada planning gitu

Boleh sangatnya nak buang rokok tu. Geram betul orang isap rokok. Sabar jelah....