Artikel: Utusan Online Jan 20, 2010
Bahana 'kemaruk' laman sosial
by Mohammad Ismail
LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.
Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.
Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.
Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.
Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.
Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.
Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini.
Blogger: Kalu nak tau keburukannya, baca la kat paper ye. Sama-sama la kita pikir
No comments:
Post a Comment