Thursday, July 29, 2010

Pesanan senior..

Seorang guru berpesan kepada saya....
Saya selalu jumpa dan sembang-sembang dengan dia
Maklum orang dah berusia mesti banyak ilmu dan pengalaman
Setiap hari mesti jumpa dia
Seronok sembang dengar cerita dia

Dia pernah pesan kepada saya
Katanya kalu suatu hari nanti anta ada anak...
jangan hantar atau sekolahkan anak anta ke sekolah yang sama dengan anta mengajar
apatah lagi kalu anta ada sekolah anta sendiri, jangan sekolahkan anak anta di sekolah anta tu

Saya tanya kenapa?

Sebab kekadang kita tak sedar, bahawa kita mungkin marah kat guru kepada anak anta tu
Anta kena ingat, ibu bapa kena hormat kat guru, bukan murid saja kena hormat kat guru
Mungkin anta dengan tak sengaja marah kat guru berkenaan, tapi anta lupa sebenarnya dia adalah guru kepada anak anta
Bahaya tu
Anta boleh menyebabkan hilang redha guru terhadap anak anta
Guru tetap guru...kena hormat guru

Saya renung panjang....betul tu!

Cerita 1

Zaman dulu, dulu-dulu la..ada seorang musafir...
Musafir untuk tambah ilmu di dada
Jauh punya jalan untuk tambah ilmu di dada

Satu ketika dia berhenti kat satu tempat...
Pantai yang indah lagi damai
Ada banyak burung kat situ
Dia tertarik kat kehebatan sejenis burung yang pandai tangkap ikan dengan paruhnya
Burung tu terbang di angkasa, matanya tajam
Sekali riak di air, dah tau ikan ke apa
Burung tu menjunam ke permukaan laut dan hebatnya boleh tangkap ikan dengan cepat
Subhanallah...hebat

Lama-lama, musafir tu perhatikan dengan teliti dan akhirnya dapat menghasilkan teknik 'persilatan' baru
Tangkap lembing atau pisau dengan mulut...jurus baru

Pengembara tu terus mengembara...
Dan sampai kat satu tempat
Kebetulan tempat tu adakan pertandingan menangkap lembing dengan mulut
Dan dalam pertandingan tu dia menang dengan bergayanya....

Namanya makin masyhur sebagai penangkap lembing
Sohor serata buana

Suatu hari, ada pertandingan besar-besaran
Pada peringkat final cuma dia je calonnya
Penguji pertandingan tanya kat dia....saudara belajar tangkap lembing dengan mulut dengan siapa?
Si musafir tu termenung fikir...then jawabnya takda guru...belajar sendiri

Penguji tu tanya lagi untuk kepastian
Musafir tu jawab sama....takda guru yang ajar pun...belajar sendiri

Penguji tu kata...it's ok (cakap orang putih tu!)
Then tiba masa penguji tu nak uji kehebatan si musafir tu tangkap lembing
Penguji tu amik lembing....halakan lembing kat si musafir, dan ....

Malangnya si musafir tu tak dapat tangkap lembing tu...
bahkan lembing tu menembusi rulang rahang muka
Abis berdarah mulut si musafir tu
Musafir di usung ke balai sakit

Sekali lagi penguji datang dan bertanya...siapa guru saudara?
Cuba fikir betul-betul!
Si musafir tak dapat beri jawapan
Bukankan burung-burung kat tepi pantai tempat saudara singggah dulu adalah guru saudara?

Ceritera....

Tengah hari tadi kelas cam biasa. Khamis 12.20 hingga 1.30 noon.
Hajat nak sambung tentang Quadrat Sampling dan Nitrogen Cycle
Tapi cancel nak sambung sebab student ada seminar kul 1.
Nak sambung dalam masa yang pendek tak sedap
Kalu nak berilecture, baik lecture panjang-panjang
So gantinya...bercerita tentang 3 benda.....

Wednesday, July 28, 2010

Cuti raya

Kita dah masuk penggal kedua bulan Syaaban. Jap lagi puasa...then raya...
Tarikh cuti raya dah tau dah. Kalu ikut planning asal, tak beraya kat kampung kali ni.
Balik raya memang la balik tapi 1 Syawal bukan di kampung halaman.
Tahun lepas cuma sehari raya kat umah. Raya kedua terus balik Alor Setar.
Tahun ni camna pulak?

Rokok lagi...

Orangnya dah cute, hensem, dan bergaya. Tapi bila merokok, aiiiii.....
Isap rokok makin nampak macho ke? Tapi isap rokok daun bergaya juga ek?

Tak faham betui la kenapa depa-depa ni asyik duk isap rokok. Kalau tak sayang nyawa sendiri atau secara kasarnya nak bunuh diri, jangan la ajak orang lain terbunuh sama. Kamu tu perokok aktif. Kalu nak mati, patut la kot. Tapi kesian la kat perokok pasif. Perokok pasif terhidu asap rokok kamu tu je, tapi bahana lebih azab dari kamu.

Lagi satu, kalu nak sangat isap rokok, isap la rokok berfilter, jgn la rokok daun. Lagi bahaya tuh.

Buat adik-adik yang nak cuba-cuba, jangan la cuba. Yang baru cuba, cuba la pulak berhenti cepat-cepat. Yang dah lama merokok, jangan cuba-cuba berhenti rokok, tapi berhenti terus....jgn cuba-cuba!

(Ketika ingat kat adik-adik poli yang suka isap rokok. Sori la dik ye. Marah dan nasihat sebab sayang nih!)

Ibu jari

".....tersepak tunggul inai, berdarah ibu jari....". Pernah dengar lagu jong-jong inai?

Takda kaitan dengan jong-jong inai pun. Tapi nak kongsi tentang sakit kaki ni. Dah dekat 5 hari kot ibu jari kaki kiri bengkak.Ntah kena apa. Nak kata kuku cengkam, tak la sebab tak pernah kena pun. Nak kata tersepak, tak ingat sepak apa pun.

Tapi ibu jari ni bengkak. 2 malam lepas tak dapat tidur. Kul 3 pagi terjaga tidur sebab rasa berdenyut. Sebab tak tahan, buat mini operation diri sendiri. Keluarkan pus. Then rasa lega sikit sebab tension kat dalam tu kurang sikit. Tapi bengkak still ada.

Tapi ibu jari ni nampak comel la pulak. Sakit tapi sedap. Cuma tak syoknya nak gerak libatkan ibu jari susah sikit. Contohnya masa solat...terutamanya time sujud dan duduk di antara dua sujud.

Dah amik ubat kat klinik. Antibiotik. Mudah2an baik cepat. Nak gerak kembali lincah

Luv

When someone tell you or message u about he / she luv you, what does the word means? . It means something to you? Means nothing to you? Means everything to you? Really luv or routine conversation or routine message?

Saya rasa saya dah banyak kali jatuh. (Yeke?) Dan saya tak kesah untuk jatuh lagi. Kerana yang penting pada saya, adakah saya boleh bangkit semula. Seperkara lagi, adakah saya benar-benar jatuh? Atau buat-buat jatuh, macam juga buat-buat sebut luv tu

Tapi saya masih tak faham kenapa kalimah yang pada saya 'terhormat' tu boleh senang-senang je terkeluar. Semua orang boleh sebut sesuka hati kat sesapa saje? (Saya pun sama ke?) Apa tuntutan luv tu? Adusssss.....

Bergelinangan...

Ntah kenapa. 24hb lepas, lepas asar...tiba-tiba je air mata bergelinangan. Lama juga...tapi tak tau sebab apa. Baru balik dari jumpa kawan for something. Apa yang aku aku fikirkan, apa yang aku buat. Takda! Fikiran kosong tapi air mata bertakung...

Ingat senang-senang ke rasa hiba pilu terusik berair mata? Khas untuk orang yang membina diriku...

So untuk menghiburkan hati, menghala ke kedai goreng pisang. 1st time makan situ. Rajinnya makcik berniaga. Wajahnya lembut je. Teringat kat mak kat kampung. Goreng pisang dan keropok pun sedap...

Bila hati dah terhibur sikit..aku balik rumah...

(masa buat sisipan ni pun, air mata nak keluar dah.....cepat betul...)

Tuesday, July 20, 2010

Academic vs Admin

Kata orang-orang dulu, tuah ayam nama di kaki. Tapi tak tau la sama ada kira bertuah atau bernasib malang. Saya masih ingat orang kata 'Bertuahlah barang siapa yang diturunkan pangkat tapi gaji sama, bernasib malanglah barang siapa yang diturunkan pangkat, tapi gaji sama'. Tapi kalu pangkat naik, gaji naik, kiranya double tuah la kan. Tapi apa-apa pun, semua benda tu disertakan dengan tanggungjawab

Saturday, July 10, 2010

Hidup

Dah lebih 5 bulan saya duk kije sini. Awal bulan 2, lepas hari jadi saya pindah sini...berhijrah mencari kehidupan baru. Memang baru...kena bermula dari kosong. Dengan banyak benda ditinggalkan di Alor Setar, saya tetap ke sini juga. Benda tu semua boleh dicari ganti, tapi soal hati sukar berganti.

Hidup di mana-mana ada asam manis pahitnya...pendek kata...cukup rencahnya. Time manis, manis la ia, time masam, masam la, time takde rasa takde rasa apa-apa la jadinya.

Namun alhamdulillah, sampai sangat ini, saya masih teguh kuatkan semangat. Saya masih ingat semasa di landa ujian di sana dulu, saya telah titipkan doa dan wasiat secara senyap...

Doa saya "Ya Allah ya Tuhanku, Engkau tidak akan uji hamba-Mu akan perkara yang tak mampu hamba-Mu itu hadapinya. Andai kata mati itu lebih baik untuk diriku, kembalikanlah diriku kepada-Mu dalam keadaan iman. Andai kata hidup ini lebih sesuai bagiku pada saat ini, mohon permudahkan dan bantulah diriku. Engkau adalah sebaik-baik pembantu. Andai berlaku apa-apa pada diriku, aku mohon tutuplah aibku, sampaikan salam kasihku kepada ibu bapa dan familiku dan dan ampunilah diriku....amin....

Saya kuat dan insya Allah akan terus kuat dengan izin Allah, bukan untuk diri saya, tetapi demi cuba membalas jasa budi tak terhingga ibu bapa saya. Tanpa mereka, saya bukan apa-apa... Juga buat orang yang telah bersama 'mendirikan' saya. Jazakallah... Biar pun mereka tidak tau apa yang sebenarnya berlaku, biarlah ia cuma dihadapi oleh saya sendiri...

Sebab itu...saya berada di sini. Perkenankanlah....