Wednesday, July 28, 2010

Rokok lagi...

Orangnya dah cute, hensem, dan bergaya. Tapi bila merokok, aiiiii.....
Isap rokok makin nampak macho ke? Tapi isap rokok daun bergaya juga ek?

Tak faham betui la kenapa depa-depa ni asyik duk isap rokok. Kalau tak sayang nyawa sendiri atau secara kasarnya nak bunuh diri, jangan la ajak orang lain terbunuh sama. Kamu tu perokok aktif. Kalu nak mati, patut la kot. Tapi kesian la kat perokok pasif. Perokok pasif terhidu asap rokok kamu tu je, tapi bahana lebih azab dari kamu.

Lagi satu, kalu nak sangat isap rokok, isap la rokok berfilter, jgn la rokok daun. Lagi bahaya tuh.

Buat adik-adik yang nak cuba-cuba, jangan la cuba. Yang baru cuba, cuba la pulak berhenti cepat-cepat. Yang dah lama merokok, jangan cuba-cuba berhenti rokok, tapi berhenti terus....jgn cuba-cuba!

(Ketika ingat kat adik-adik poli yang suka isap rokok. Sori la dik ye. Marah dan nasihat sebab sayang nih!)

1 comment:

aRoL 29121990 said...

huhuhu...
betul2...
xsayang nyawa