Thursday, July 29, 2010

Pesanan senior..

Seorang guru berpesan kepada saya....
Saya selalu jumpa dan sembang-sembang dengan dia
Maklum orang dah berusia mesti banyak ilmu dan pengalaman
Setiap hari mesti jumpa dia
Seronok sembang dengar cerita dia

Dia pernah pesan kepada saya
Katanya kalu suatu hari nanti anta ada anak...
jangan hantar atau sekolahkan anak anta ke sekolah yang sama dengan anta mengajar
apatah lagi kalu anta ada sekolah anta sendiri, jangan sekolahkan anak anta di sekolah anta tu

Saya tanya kenapa?

Sebab kekadang kita tak sedar, bahawa kita mungkin marah kat guru kepada anak anta tu
Anta kena ingat, ibu bapa kena hormat kat guru, bukan murid saja kena hormat kat guru
Mungkin anta dengan tak sengaja marah kat guru berkenaan, tapi anta lupa sebenarnya dia adalah guru kepada anak anta
Bahaya tu
Anta boleh menyebabkan hilang redha guru terhadap anak anta
Guru tetap guru...kena hormat guru

Saya renung panjang....betul tu!

No comments: