Saya masih di sini. Ye..masih
sama.. tetap di sini. Orang lain dah ke situ ke sini, tapi saya masih di sini. Rasa
macam lama dah berada di sini sebab macam tiada perubahan kerana saya masih di
sini. Apa cerita sebenarnya ni?
Saya masih menunggu mesyuarat
kementerian pendidikan tinggi berkaitan sambung belajar untuk peringkat seterusnya.
Dah hampir setahun rasanya. Lepas tangguh, tangguh lagi. So bagaimana nak move
on kalau urusan besar ni belum settle? Besar la kot sebab ia melibatkan duit. Takde
meeting maknanya takde kelulusan untuk elaun itu ini...maknanya takde duit. Takde
elaun tak boleh ke? Aduh la...memang perlukan duit elaun untuk banyak benda! Dah
la sara hidup sendiri dah tenat..makin parah la kalu takde elaun. Besar sungguh
impak atau ketenatan kewangan negara kita sampaikan pembangungan sumber manusia
bidang akademik ni jadi terbantut. Hurmm..
So sebagai alternatif, majikan
benarkan sambung pengajian walaupun tanpa kelulusan KPT. Sambung belajar tanpa
elaun dari KPT tu. Wah! Elaun KPT akan dibayar backdated katanya. Cuma guna
kelulusan majikan je. Kelulusan KPT akan dipohon kemudian. Bila dah dibenarkan,
nak la daftar sebagai pelajar siswazah sebab dah terima surat tawaran belajar. Tup
tup...pun kena tunggu lagi sebab keizinan sambung belajar perlu disahkan dulu
dalam meeting yang lain. Then meeting tu pun ditangguhkan juga. So camna kita
nak move on?
Setiap tugasan kita ada dateline.
Kita tahu bila tarikhnya. Lain la tarikh mati...yang tu memang kita tak tahu
tarikhnya. Please la adhere and follow date berkenaan. Kelewatan satu pihak
boleh menyebabkan pihak lain pun bermasalah. Kalau timbul masalah kemudian
hari, dikatanya kita tak usaha ikut dateline, padahal pihak deme yang
melengah-lengahkan. Kalu tak cukup bajet, janganlah desak itu ini. Pahtu gebang-gebangkan
kata ada peruntukan itu ini padahal takde atau ciput je pun. Sebab tu
bertangguh dan bertangguh. Kan sakit camni. Kesimpulannya saya masih di sini
kerana masalah ini.