Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Friday, February 17, 2017

#ruu355


Saya cuma insan kerdil..orang kebanyakan..marhaen..tidak memberi kesan apa-apa kepada keadaan geo-politik negara tetapi saya ummat Islam yang mahu melihat Islam dimartabatkan dalam apa jua lapangan. Islam yang tidak direndahkan diperlekehkan oleh mana-mana juzuk lain di alam semesta apatah lagi di bumi yang kecil ini. Sebagaimana hadith hassan yang menyatakan "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam".

Wahai seluruh ummat Islam di Malaysia (yang meyakini dirinya Islam) marilah kita sokong apa jua usaha yang memartabatkan Islam. Amalan saya mungkin dan memang tidak banyak tetapi moga Allah menerima amal ini iaitu menyokong RUU 355 sebagai amal kebajikan saya. Akhir kalam, saya tinggalkan pesan sebagaimana nukilan di dalam al-Qur'anul Karim surah Ali Imran ayat 139 "Janganlah kalian beraasaa lemah hati padahal kalianlah yang lebih tinggi kedudukannya jika kalian beriman"

Thursday, April 9, 2015

Topik berat..hudud





Nak meluahkan rasa hati pasal topik berat lagi panas. H.U.D.U.D. Perghhhh...dengar perkataan tu saje dah gementar hati. Belum kena lagi tu. Tu la hebatnya istilah. Dengan istilah saje kita dah rasa gerun. Nok buat benda jahat pun kena pikir bukan setakat dua tiga kali, tapi beratus kali mybe. Kita amik analogi lain.. cabul, rogol, bersekedudukan atau apa-apa istilah baru la...nampak macam simple je. Ada la juga nampak 'teruk'nya perbuatan tu. Tapi kalu kita banding dengan 'ZINA', yang mana lebih rasa menggerunkan? Saya rasa bunyi zina lagi 'hebat' kot.


"kamu telah mencabul gadis itu" vs "kamu telah melakukan zina terhadap gadis tu"....camna rasa?

Maybe itu salah satu hikmah hudud. Salah satu tujuannya adalah untuk mewujudkan perasaan gerun seterusnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan perkara tu. Takut weh!!! Ce tengok apa hukumannya kalu sabit.

Ke-2 nok tulis sini, saya memang dhaif ilmu dalam agama. Sape lagi tempat rujuk kita yang dhaif ilmu agama ni kalu bukan kepada ulama. Kita sakit, kita jumpa doktor. Kita nak baiki kete, kita jumpa pomen kete. Kita nak simpan duit, kita gi bank. Kita bukan setakat jumpa atau gi je, tapi percaya kat profesionalism masing-masing. Maknanya setiap benda setiap perkara itu ada dia punya pihak rujukan. Maka saya meletak rujukan saya dalam bab hudud ini kepada orang yang alim padanya iaitu ulama. Dan saya percaya ulama ni dah mengkaji nas-nas yang sahih sebelum mengeluarkan idea itu. Saya atau kita pun tak mungkin boleh mendalami pelbagai disiplin ilmu agama, kitab-kitab muktabar dan lain-lain. Qur'an, berapa ayat kita baca sehari? Tu baru baca al-Qur'an, belum tahu maksudnya lagi tu. Pada masa yang sama kita sama-sama juga kena la mendalami ilmu agama sedikit sebanyak supaya kita tau hujung pangkalnya.

Gitu la nok kabor. Saya sebagai muslim dan sebagai seorang insan sokong hudud. Awak camna????

Saturday, May 28, 2011

Bulan atas Kaabah


Saya terima SMS daripada seorang ustaz. Maybe dia forwardkan mesej tu daripada orang lain kepada saya. Mesej tu mengatakan bulan berada tepat di atas Kaabah pada 4.00 pagi bersamaan 9.15 pagi waktu Malaysia dan insya Allah doa yang dipohon akan dimakbulkan.
Maha Suci Allah yang telah mempamerkan banyak fenomena alam yang jelas menggambarkan kekuasaannya. Berdoa boleh dilakukan setiap masa, bahkan ada ketikanya berdoa itu digalakkan seperti pada malam Qadar, malam raya idul firi idul adha, dan sebagainya juga semasa hujan turun. Maka mungkin pada waktu kejadian yang jarang-jarang kalinya itu yakni pada ketika kebesaran Allah sedang terlaksana, maka doa merupakan salah satu cara untuk rapatkan diri kepada Ilahi kerana semasa berdoa semestinya kita mengingati Allah supaya Allah makbulkan doa kita…mohon dan harap. Just my opinion
Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya yang amat kerdil dan hina..rasa-rasa macam tak layak berdoa kerana diri penuh dosa dan noda. Perkenankanlah

Monday, October 20, 2008

Terapi solat




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

(petikan daripada Ziaudin Sharuddin zia@bharian.com.my)

Blogger: Subhanallah!