Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

FENOMENA SIMBAH ASID


Setakat ini terdapat 23 kes menyimbah asid di ibu kota Walaupun mungkin ada yang berkata, cecair yang digunakan bukan asid merbahaya, namun sekurang-kurangnya si pelaku tetap mendapat kepuasan daripada apa yang dilakukannya yang pasti dengan tujuan - menakutkan mangsa. Difahamkan berdasarkan beberapa kes yang disiasat, penjenayah menggunakan air bateri dan thinner untuk menyimbah mangsa. Bagi mangsa pula yang mana kesemuanya wanita, selain mengalami kecederaan tidak kira berat atau ringan, kesan psikologi pastinya lebih parah lagi. Keadaan ini mewujudkan rasa panik dan trauma di kalangan mereka.

Mengikut kamus Dewan edisi keempat, asid adalah bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada tujuh. Ia bersifat menghakis di mana pada kadar kepekatan tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan, melecur dan rasa terbakar apabila terkena pada kulit atau mata. Malah ia melibatkan kesan jangka panjang seperti kecacatan kekal dan buta jika terlalu serius

Kebanyakan asid merbahaya katanya mudah didapati dalam bahan yang kita gunakan setiap hari. Misalnya asid sulfurik yang terkandung dalam air bateri kenderaan, asid hidroklorik dalam kebanyakan pencuci peluntur dan asid formik atau biasa disebut cuka getah.

Asid sulfurik dan asid formik sangat menghakis. Walaupun selepas dicairkan, ia masih tajam dan boleh meninggalkan kesan lecur seperti gelumbung pada kulit mangsa.

Manakala thinner pula berasaskan aseton dan beberapa pelarut lain yang digunakan secara meluas bagi mencairkan cat. Walaubagaimanapun, ia kurang meninggalkan kesan jika terkena pada kulit atau mata jika dibandingkan dengan asid pekat. Namun dalam jumlah yang banyak jika dihidu, ia mampu menyerang saraf optik dan boleh menyebabkan buta. 

Merujuk kepada kebanyakan kes simbah yang berlaku dipercayai cecair asid yang digunakan penjenayah sudah pun dicairkan terlebih dahulu atas faktor keselamatan si pengendali. Kalau ia terlalu pekat, mungkin mereka sendiri yang menjadi mangsa andai tindakan tidak berjaya.

Langkah-langkah persediaan
·         membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair
·         menanggalkan pakaian yang terkena asid.
·         bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.
·         sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali. Contohnya soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid
·         memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.
·         Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.

Pisang Berbuah di Batang Reput

SEGAMAT 29 Mei

Pokok pisang yang ditebang dua bulan lalu dan telah reput mengeluarkan setandan pisang kecil di bahagian batangnya.

Kejadian aneh nyata menarik perhatian kerana pokok pisang yang hanya tinggal batang setinggi hampir satu meter telah mati dan tidak ada tanda-tanda untuk hidup.

Malah, pokok pisang itu langsung tidak mengeluarkan daun apabila 'hidup' semula tetapi hanya berputik dan kemudian menjadi setandan pisang.


Subhanallah…hebatkan kekuasaan Tuhan. Ada siapa berani lawan Tuhan? Masya Allah…memang ada yang tanpa sedar telah melawan Tuhan. Apa nak jadi da ….

Monday, October 20, 2008

TGNA

Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN
20/10/2008 4:02pm

KOTA BHARU 20 Okt. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan. Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

— BERNAMA

Blogger: Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan TGNA. Amin...