Monday, November 16, 2009

H1N1 bukan B1N1

3 4 hari lepas, hidung ni asyik meleleh je. Macam budak-budak. Tapi pada masa tertentu je. Bila camni, teringat tentang H1N1. Update tentang H1N1 boleh didapati di laman KKM, tidak lagi disiarkan dalam media kecuali ada kes kematian. Rasanya belum terlambat untuk saya kupaskan hal ni.

Emh..sebelum tu nak dedikasi tima kasih kat Kedah State Epidemiologist yang berjaya memberi input baru tentang benda ini suatu masa dulu. Saya suka benar input-input baru camtu. Rasa macam bercampah sikit fikiran. Bila sebut camtu, teringat kat Prof Zabidi, bekas Dekan Sains Perubatan USM. Kalu dia bercakap, sedap betul dengar. Banyak benda baru boleh belajar. Tabik la Prof. Nak sangat jadi hebat camtu. Mudah-mudahan…

H1N1…kali ini..

Ia bermula dengan  penemuan kes Influenza-like Illness (ILI) di Mexico pada 18 Mac 2009. Semenjak itu, kes ILI semakin meningkat dengan kes pneumonia atipikal turut dikesan dan meningkat.

Pada awalnya ia dikenali sebagai selesema babi (Swine flu). Ia merupakan penyakit pernafasan yang senang berjangkit pada babi (takpe ke sebut babi ni? kalu panggil oinl oink ok tak? Selesema Oink oink) yang disebabkan oleh virus Influenza A.

Lazimnya babi akan mendapat sakit jika dijangkiti dengan virus itu, namun amat jarang mati kerana itu. Hanya 1 – 4% babi sahaja yang mati disebabkan virus itu.

Virus Influenza A sentiasa berubah secara berterusan sama seperti virus selesema lain. Influenza A mempunyai 16H subtype dan 9N subtype. 4 jenis subtype utama yang telah diisolasi dalam babi iaitu H1N1, H1N2, H3N1, dan H3N2.

H1N1 biasanya menjangkiti babi. Namun kekadang ia merentasi spesis dengan menjangkiti manusia juga. Selain virus itu, babi juga boleh dijangkiti oleh virus Avian (virus selesema burung), virus manusia bermusim (human seasonal influenza).

Oleh sebab babi boleh dijangkiti oleh lebih dari satu jenis virus pada satu-satu masa, ia telah menyebabkan berlakunya pengubahsuaian genetik (gene mixing – reassortment) yangmenghasilkan subtype baru yang berbeza dari virus induk.

Selepas 30 April 2009, nama selesema babi telah ditukar kepada Infuenza A H1N1. Ia sememangnya virus yang baru yang berbeza kerana ia mengandungi gen dari virus selesema babi, burung dan manusia.

Cara jangkitan adalah secara ‘person to person’ melalui partikel besar cecair pernafasan (large particle respiratory droplet transmission). Maknanya jangkitan daripada orang yang berpenyakit hanya akan berlaku pada jarak kurang 1 meter. Ini kerana droplet itu tidak kekal lama dalam udara dan bertaburan pada jarak dekat kurang 1 meter. Droplet lebih berat berbanding udara. Ianya bukan penyakit air-borne seperti penyakit batuk kering. Namun jangkitan boleh berlaku jika permukaan yang tercemar disentuh. Buat masa sekarang, semua cecair respiratori dan bendalir badan lain dianggap sebagai boleh berjangkit.

Gejala dan symptom penyakit H1N1 lebih kurang sama seperti selesema bermusim yang lain iaitu demam, batuk, sakit kepala, sakit kerongkong, muntah, sakit otot, menggigil, letih, dan cirit-birit

Banyak kes kematian adalah berkaitan dengan kegagalan pernafasan, pneumonia dan ARDS. Kes kronik / kematian dilaporkan berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang lain iaitu penyakit peparu / jantung kronik, kencing manis, penyakit kelemahan sistem imun, obesiti. (Susah nak guna bahasa Melayu explanation saintifik)

Jika coretan sejarah dikorek kembali, sebenarnya penyakit ini bukan benda baru dalam dunia ini. Ia berlaku suatu masa dulu.
  • 1918 - Spanish flu, oleh H1N1 (40 - 50 juta mati)
  • 1957 - Asian flu, oleh H2N2 (1 – 4 juta mati)
  • 1968 - Hong Kong flu, oleh H3N2 (1- 4 juta mati)
  • 1977 - Russia flu, oleh H1N1

Saturday, November 7, 2009

Bandaraya Alor Setar







Alor Setar merupakan bandaraya yang ke-8 selepas merdeka dimasyhurkan berstatus bandaraya, iaitu pada 21 Disember 2003. Pemasyhuran status bandaraya perlu melalui penganugerahan watikah yang ditandatangi oleh Yang Dipertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan. (Sebab itulah Kota Bharu bukan betul-betul bandaraya – Kota Bharu Bandaraya Islam)

‘Alor Setar’ merupakan ejaan yang tepat setelah ditukar dari perkataan ‘Alor Star’ pada 14 Jan 2009. Istilah ‘Alor Star’ muncul kerana bandar ini dulunya dimasyhurkan dengan nama Bandaraya Alor Star, bukan Bandaraya Alor Setar. Kemudian ditukar semula pada nama asalnya. Ia bersempena nama sejenis pokok iaitu pokok setar.

Nak dapat ‘title’ sesuatu, mesti la ada sesuatu juga yang melayakkannya. Nak dapat status bandaraya perlu memenuhi criteria;
·        Pusat pentadbiran negeri (kecuali Miri, dan Petaling Jaya diberikan ‘title’ tanpa criteria ini)
·        Penduduk tidak kurang daripada 300 000 orang
·        Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang dari RM 80 juta setahun (Apakah implikasinya? Cuba fikirkan dulu)
·        Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat
·        Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yg kukuh
·        Merupakan pusat pengajian tinggi yang lengkap dengan maktab, universiti, dan perpustakaan
·        Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting

Namun kriteria di atas diperketatkan lagi pada 3 Jun 2008 iaitu; jumlah penduduk dinaikkan tidak kurang daripada 500 000 orang dan pendapatan tahunan tidak kurang dari 100 juta. Ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri tidak dapat menaik taraf bandarnya sebagai bandaraya

Jalan apa ni?

10.30 am
Nov 7, 2009

Sebenarnya lama dah saya nak hamburkan hal ni. Kalu pendam, rasa semacam je. Hampir setiap hari saya akan melalui jalan itu. Dan hampir setiap hari juga la saya rasa sakit hati. (Kenapa hati asyik sakit je ni? Harapnya bukan liver disease). Jalan yang paling teruk yang pernah saya guna setakat ni sepanjang saya hidup ialah jalan kat simpang Dato’ Wan Mohd Saman (Kenal tak? Sila rujuk buku sejarah ye) ke pekan Simpang Kuala. Geram betul rasanya. Kalau la berlaku accident kat situ, saya yakin factor besar adalah jalan yang teruk melampau-lampau. Lubang sana, lubang sini, tak rata, akar pkok timbul, sempit dan macam-macam lagi la. Nama je Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Tapi memalukan sultan je kalu jalan teruk camtu. Kena tulah sultan baru tau. Lagipun tidak layak guna nama lebuhraya kalu maintenance jalan tu fail. Siapa yang bertanggunjawab ni? Bukan salah ibu mengandung, ok.

Bila sebut pasal jalan ni, nak kongsi sikit tentang jalan raya. Apa benda sebenarnya. Setiap tahun, bila musim perayaan, akan ada Ops Sikap kan. Bila sebut Ops sikap, maka mesti keluar statistic kemalangan, kematian dan lain-lain. Dan kalau kita perasan, akan tertera istilah ‘lebuh raya’, ‘jalan persekutuan’, ‘jalan negeri’, dan ‘jalan bandaran’. Perasan tak ni?!!

Pertama, yang dimaksudkan dengan jalan raya ialah ia perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
  • Digunakan untuk kenderaan bermotor
  • Digunakan untuk orang awam
  • Dibiayai oleh badan awam
  • Penggunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan

Dan….bukan semua jalan yang dilalui kenderaan bermotor adalah jalan raya. Di Malaysia tersayang kita ni, jalan raya yang sah perlu diwartakan oleh pihak berkuasa.

Kedua, jalan di Malaysia ni juga boleh terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
  • Lebuh raya – jalan raya utama berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4 lorong (2 bagi setiap arah laluan) yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bersingkat.
  • Jalan persekutuan – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan
  • Jalan negeri – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan negeri
  • Jalan bandaran – juga dikenali sebagai jalan taman
  • Lain-lain jalan

Sebenarnya peruntukan jalan adalah dari kerajaan pusat kerana hal ehwal jalan adalah dalam skop Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya. Ia diperuntukan melalui geran yang dikeluarkan kepada negeri-negeri. Rekod terperinci tentang jalan yang ada di Negara kita ni ada dalam Sistem Matlumat Rekod Jalan raya Malaysia (Malaysian Road Records Information System – MARRIS)

Ketiga, macam nak kenal jalan tu jenis jalan apa? Kita boleh kenalpasti melalui kod yang diberi seperti;
  • Lebuh raya – akan bermula dengan huruf E, dan disusuli dengan nombor (contohnya E2)
  • Jalan persekutuan – bermula terus dengan nombor (contohnya 5)
  • Jalan negeri – bermula dengan kod huruf negeri (contohnya K utk Kedah, T – Terengganu, dan disusuli dengan nombor)

Biasanya kita boleh jumpa kod-kod ni kat lebuh raya dan persimpangan utama. Perasan ke tak agaknya.

Keempat, di Malaysia, panduan dan garis panduan rekabentuk / kriteria rekabentuk untuk lebuhraya dan jalan-jalan utama telah disediakan dan perlu dipatuhi. Kebanyakan garis panduan / kriteria ini disediakan oleh JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Manakala kebanyakan jalan-jalan untuk kampung dan luar bandar serta taman ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Daerah

So, nak jadi ceritanya, Lebuhraya Sultan Abdul Halim adalah berkod 1. so maknanya merupakan jalan persekutuan. Geram punya pasal, dapat la tau asal usul jalan. Kekadang bagus juga geram-geram ni. Rasa nak tau je…

Thursday, November 5, 2009

Maggi / mamee...

Bila nak bincang pasal megi dan apa-apa yang sewaktu dengannya, saya cuma nak sentuh 3 culprit yang ada di dalamnya. 
1 – komposisi makronutrien yang tak balance
2 – % jenis lemak yang tak sesuai, dan 
3 – garam sodium

1 Serving / hidangan megi ialah dlm 70 – 75 g. Itu hidangan yang ditetapkan oleh industri. 1 serving menyumbangkan lebih kurang 360 kcal dengan 9 g protein, 17 g lemak, 43 g CHO (10% protein, 42% lemak, 48% CHO). Lazimnya nisbah pemakanan sihat sepatutnya CHO 50 – 60%, protein 15 – 20%, lemak 25 – 30%). Nisbah yang tak betul tu sendiri boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Dalam hal % jenis lemak yang ada, 1 serving megi mengandungi 7.1 g  MUFA, 1.9 PUFA, 8.2 g SFA, nil TFA. Tu semua nama jenis lemak. Nil TFA dlm megi dah bagus sebab semakin tinggi TFA, risiko cardiac problem semakin tinggi. Tapi % of MUFA ialah 18.8%, PUFA 4.8%, dan SFA 20.5%. Yang disarankan ialah MUFA up to 20%, PUFA up to 10%, dan SFA less than 7%. So masalahnya pada SFA iaitu tinggi sangat iaitu 20.5%, sepatutnya less than 7% sahaja. SFA also can lead to heart problem

Kandungan garam sodium dalam megi datang daripada ramuan bahan kimia bernama  monosodium glutamat (MSG), dinatrium inosinat, dan dinatrium guanilat. Kandungan sodium yang tinggi juga membawa risiko kesihatan

Saya pernah bertemu dengan 3 kes. Mari kita ikuti 3 kes berkenaan. Semoga ada sesuatu yang kita boleh pelajari..

Kes 1:
Seorang nenek melayu dalam lingkungan umur 70-an mengalami sakit buah pinggang kronik, dan sedang menjalani rawatan hemodialisis (cuci buah pinggang). Nenek ni kata dia tak makan apa2 pun takpe, tapi dia nak sangat makan megi. Dia dari kecik suka sangat megi (saya terfikir sejak bila agaknya megi ni muncul?). Makan ratah camtulah. Saya nasihatkan dia dengan elok2 supaya kurang-kurangkan makan megi. Kalu nak makan juga, …..

Kes 2:
Seorang lelaki hensem melayu umur 25 tahun yang dah kahwin. Masuk wad sebab susah nak bernafas. Dia merupakan pesakit nephrotic syndrome. Penyakit ini boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan termasuk dalam peparu. Bila dicungkil2, dia kata suka sangat makan megi masa dia student dulu. Maklumlah la student kan.. faham sgt2. Dia sebenarnya dah berhenti makan megi, tapi kesan waktu muda-muda dulu dah rosakkan buah pinggangnya. So saya nasihatkan pemakanan yang sesuai untuk sakit nephrotic syndrome tu.

Kes 3:
Seorang pakcik cina businessman berjaya. Dia usia dalam 40-an, masuk wad sebab terjatuh di tandas. Dia asalnya tak tau dia sakit apa. Di hospital didapati jantungnya dah tersumbat. Tabiatnya lewat2 malam, suka ke warung makan megi goreng. Katanya sedap sampai menjilat siku. Makan minum waktu lain terjaga. Bukannya tiada duit, tapi dia memang suka ke situ untuk makan lewat malam

Camtulah beberapa coretan yang nak dikongsi. Kalu pt. saya terbaca posting, minta maaf ye. Sekadar renungan je. 


Emh…jika orang bertanya saya, boleh ke makan megi? Saya akan jawab,..boleh, kenapa tak boleh. Sesiapa pun boleh makan. Tapi sakit kena tanggung sendiri la. Memang boleh makan tapi ada caranya. Dapatkan nasihat Dietician ye. Tentang komposisi lemak tidak balance, tentang garam mungkin kita boleh buat modifikasi, tapi untuk kandungan jenis lemaknya itu susah sikit. Sebaik-baiknya jangan. Ok

Subuh yang berlabuh...

Bila sebut tentang saya asyik keluar awal pagi seminggu yang lepas, saya teringat satu lagi benda. Time2 pagi camni, perut nak juga diisi. Kita dah fasting overnight kiranya. So untuk break the fasting tu, nak la cari kedai makan. Bukan tiada kedai makan. Ada la sangat….tapi….

Mana kedai makan melayu? My 1st choice is kedai melayu. Yang saya jumpa semuanya kedai makan cina. Kedai makan India pun saya tak jumpa time tu. Mana perginya pengusaha melayu ni. Duk di mana? Kalau orang lain boleh buka kedai seawal 6 pagi, kenapa kita orang melayu muslim tak boleh buka kedai selepas selesai solat subuh? Atau masih duk berlabuh berdengkur kat katil lagi? Bangun la awal, then tunaikan kewajipan, then boleh la buka kedai. Bukan ke rezeki terbuka waktu pagi? Orang tua-tua selalu kata, bangun lambat nanti susah nak dapat rezeki. Adakah orang tua-tua yang kata tu orang tua-tua berbangsa cina?

Moral of the story? Tu kerja umah kita semua. Kalu I jadi cikgu / lecturer, tak perlu submit kerja umah tu, tp….I akn cakap soalan tu akan keluar dalam exam. (Kalu tak hantar, camna nak tau betul atau salah atau skema jawapan kan. Haha)

Hidup Dalam Sampah

Baru-baru ini (30 – 31/10) ada Karnival Sua Rasa tv9 kat pekarangan stadium darul aman, kedah, kat sni. Saya berkesempatan pergi jalan 2 kali ke tapak ekspo usha2 keadaan. Kedua-dua saya p lepas kul 6 petang. Pengunjung masih lagi berpusu-pusu kat situ. Ramai yang p situ bukan tengok pameran ke, beli barang ke, apa2 ke, tapi ramai yang duk lepak. Tu la platform merapatkan ukhuwwah sesama kawan kot. Ok itu xpe.

Kat booth tertentu, orang ramai tu ramai la sgt sampai nak bergerak pun susah, bahkan mungkin nak bernyawa pun sesak sikit. Kepadatan kat situ mengalahkan tempat paling tinggi kepadatan di dunia. Untuk pesakit respiratori, hati2 sikit la ye. Sempena H1N1 ni pun, sepatutnya kena jaga-jaga la skit. Tak sempena tu pun, kena jaga diri juga. Uhu….. Tapi yang itu kira ok lagi la kot

Yang tak ok nyer ialah, sakit mata saya memandang ekspo tu. Bukan pada boothnya, bukan pada orangnya (ada la juga), tapi pada sampah sarap yang merata-rata sampai saya terfikir, adakah aku ni hidup dalam masyarakat, atau aku hidup dalam sampah? Angkat kaki kena sampah, pijak kaki kena sampah, nak tersadung juga sebab sampah. Adakah begini feel dan budaya kita? Buang sampah merata-rata. Bukannya tiada tong sampah pun. Apa la…sakit hati tau tengok sampah ni. Nasib baik tak jumpa sampah masyarakat kat situ.

Emh…minggu lepas, dlm seminggu saya keluar awal ke pusat bandar alor setar. Dlm sekitar 6.15 pagi gitu. Pun sama, masuk jalan ni, masuk lorong ni, pendek kata nampak sampah je atas jalan. Kenapa camni ye. Adakah time malam2 buta, ada orang dengki kat alor setar sengaja taburkan sampah?

Janganlah camni. Sebagai bangsa yang sudah lama bertamaddun, pandai-pandai la uruskan sampah sendiri. Kalu masing-masing jaga sampah sendiri pun dah kira ok sanagt2. Lagipun sampah tak bagus untuk kesihatan. Dah la tu, agama pun menggalakkan kita menjaga kebersihan. Kan kebersihan sebahagian daripada iman. Iman kita mungkin kurang sempurna atau tak solid. Dengan jaga kebersihan, kita dah ada sebahagian iman. Orang alim ada berkata, kalau tidak dapat buat semua perkara, janganlah tingalkan semua perkara. Ok

Job vs Career?

Bila saya berkenalan dengan orang baru dan kebetulan mereka mengetahui latar belakang saya, soalan yang sering mereka tanya ialah kenapa lepaskan peluang itu, tidak rasa rugi ke dan lain-lain yang berkaitan. Sebenarnya saya dah tutup buku tentang tu, tapi bagi memuaskan mereka, ini yang dilontarkan kembali kepada mereka.

Adakah kita mendapat kepuasan bila kita buat sesuatu perkara? Apa guna kita dapat benda itu, tapi hati kita jiwa kita hidup kita terbelenggu resah dan sebagainya

Saya fikir saya telah buat keputusan yang tepat mengikut keadaan saya. Apa yang membezakan kerja dan kerjaya? Apa yang membezakan job dan career. Sama ke 2 benda tu?

Mudahnya yang saya boleh kata ialah job ialah awak pergi keje, buat keje awak tu, then balik dari keje. Esoknya pun sama. Awak pergi keje, buat keje awak tu, then balik dari keje. Itulah rutin awak. Keje hanya sekadar kerja. Tiada roh, tiada feeling, tiada dari dalam hati dan mungkin tiada hati. Orang suruh kerja, atau memang itu kerja awak, maka awak pun kerja la. Itulah maksud kerja.

Tapi kerjaya ialah, awak beria-ria nak pergi keje kerana awak dapat sumbangkan sesuatu pada kerja, buat kerja untuk kepuasan diri dan mendapat kepuasan bekerja, balik kerja pun dengan hati yang hepi. Ia semacam-macam ada pengisian, ada hati, ada feeling, ada kesungguhan, orang x suruh pun awak nak kerja. Masalah kat mana-mana akan tetap wujud, tapi kekuatan kita menghadapinya lebih terserlah. Itulah maksud kerjaya.

Begitulah analogi yang boleh saya buat tentang apa yang saya alami semasa saya belajar dan saya nak memilih kerjaya, dan bukannya kerja. Saya mahupun kepuasan dalam hidup saya. Meskipun mungkin kerjaya itu susah atau tidak macam kerja lain, tapi saya rasa hepi dan bahagia. Itulah pilihan saya…

Mungkin tidak ramai yang sependirian dengan saya. Ada fikirkan factor wang, glamer, status, kawan dan mcm2 lagi. Walau bagaimana pun saya tetap dengan pendirian saya. Mencari diri dalam realiti (Tu tema majalah student yang saya pernah buat dulu). Adakah saya menjawab soalan di atas?