Tuesday, February 16, 2010

Ceritera

Feb 16, 2010 masih cuti. Walaupun cuti, sebagai merangkap warden juga, bagaikan istilah cuti tiada dalam kamus. So pukul 5.20 pagi, bunyikan loceng pagi. Mudah-mudahan student boleh bangkit awal untuk Kelas Qur’an seawal 6.00 pagi. Selebihnya diserahkan kepada pengawas dan senior untuk awasi student.

Plan hari ni nak ke CC. So selepas breakfast kul 8.30 pagi (pagi ni makan mee-hun goring), pergi spot check asrama jap. Beri markah apa yang patut. Plan nak pamer markah kat board asrama biar depa tengok markah depa camna. Tengok la hukuman apa nak beri petang ni.

Tak berkesempatan rampas pakaian dan barangan peribadi kat bilik mandi dan toilet sebab student semua dah masuk kelas. Kalu ada student, boleh la tolong kutipkan mana yang perlu. Kalu nak semula barang-barang berkenaan, kena tuntut dengan cikgu la alamatnya. Hoho…kena denda. Kat sini secara prinsipnya guna hukuman takzir.

            Then jumpa Pok Heng jap....discuss tentang kes kebakaran di kelas tahun 2 masa cuti raya cina lepas. Camna la kes camtu boleh berlaku? Aduh. Student tuduh orang luar yang buat hal. Pok Heng pulak beri rasional yang student yang buat hal. Emh...nampaknya kena tengok betul2 kes ni. Fening fening...nanti la tengok. Yang buat ni kalu student memang nak kena buang skul la agaknya

Lepas hantar report spot check ke pejabat, kebetulan jumpa pengetua sekolah. Jarang beliau ada di sekolah sebab sibuk dengan urusan luar. Sempat beliau menanyakan ‘lama ke akan stay di sini?’. I think I gave my concrete answer to him.

After that, saya pun keluar sekolah mencari CC yang terdekat....

Sunday, January 31, 2010

Trip

 Minggu ni boleh dikatakan minggu trip je. Ke situ ke sini..bermusafir

27hb lepas ke Kota Bharu. Lebih tepat lagi ke Pasir Puteh. Bertolak malam ke sana. Selesaikan urusan di sana, dan malam tu 28hb terus balik Alor Setar. 2 hari tdo dalam bas. Mana la nak lena. Mata merah kuyu dan layu. Sleep debt la katakan.

Then malam esok 1/2 plannya balik KT. Pun balik hari juga sebabnya malam tu 2/2 dah nak balik Alor Setar semula. Ada lagi urusan kat Alor Setar ni yang belum settle. Ikutnya tak nak dah mai sini.

2/2 malam tu pulak plannya nak ke Kelate lagi. Tapi kali ni…pindah terus di sana. So dekatlah Kelate dengan Tganu pahni. Boleh balik kampung sokmo. Dan bila dah di Kelate nanti, aku akan terperuk di kawasan dalam sikit. Maybe peluang ber-uzlah kot…haha. Masa kali pertama pergi hari tu pun dah rasa macam duk kat Sabah Sarawak je…padahal lalu ikut hutan sikit je.

Moga tugas-tugasan ku sebagai salah seorang warga pendidik di sana diberkati Ilahi. Aku akan menimba pengalaman baru…salah satu cita-citaku masa kecil dulu. Kan kini aku dapat merealisikannya….syukurlah…

Apa skop tugasku nanti? Next posting….

Unexpected person

-sigh-

Banyak perkara berlaku. Dalam setiap detik macam-macam boleh berlaku. Kalau la saya boleh coretkan semua, saya ingin kongsikan. Tapi dalam banyak benda…biarlah ia rahsia. Untuk sesetengah perkara, kalau nak hilang biarlah hilang selama-lamanya.

Saya masih ingat gurauan kawan-kawan saya dulu. Katanya saya seorang ‘unexpected person’. Orang yang sering membuat ‘unexpected unfamiliar decision’. Benda yang amat jarang orang buat, saya buat. Sekali fikir rasa nak gelak, sekali fikir rasa macam menyesal, sekali fikir rasa itu kelebihan, sekali fikir rasa macam kesunyian, bukan sekali fikir dah kalau berkali-kali camtu. But by the end the day, saya sendiri yang berdepan semua benda tu, maka saya mesti berani dengan keputusan saya.

Dan minggu ini saya buat keputusan diluar jangka lagi. Apa keputusannya? Saya keluar separuh kaki di bidang saya sekarang, dan masuk sebelah kaki ke bidang lain. Minggu depan, formally khamis ni 4/2/10, saya akan masuk ke dalam lapangan pendidikan.

Banyak pertimbangan diambilkira, dan akhirnya inilah keputusannya. Sepuluh jari saya ini saya susun andai ia tidak dapat memenuhi impian sesiapa. May God bless us. Mak ayah...i'm sorry...doakan saya ye. 

Laman sosial...

Artikel: Utusan Online Jan 20, 2010

Bahana 'kemaruk' laman sosial
by Mohammad Ismail

LAMAN web rangkaian sosial telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Antara yang paling popular adalah laman sosial Facebook dengan catatan kira-kira 6.2 juta pengunjung. Manakala laman Friendster mencatatkan pengguna seramai 4.2 juta orang, diikuti oleh laman Myspace 2.1 juta orang dan laman Twitter seramai kira-kira 750,000 pengunjung.

Statistik ini menunjukkan 'kegilaan' terhadap aktiviti melayari laman web sosial semakin diminati dan menjadi satu 'rutin' dalam kehidupan 'pencinta' laman web rangkaian sosial ini. Ia seolah-olah menjadi satu 'ketagihan' bagi pengikut fanatik laman web sosial ini sehingga ada yang sanggup berjaga sampai larut malam bersengkang mata demi untuk berkomunikasi secara maya.

Lebih mengasyikkan apabila laman web sosial ini menyediakan 'permainan' interaktif seperti Farmville. Ia cukup untuk membuat pengikutnya terus 'melekat'. Pantang ada masa terluang, pasti mereka akan memanfaatkan laman kegemaran mereka. Terdapat juga segelintir yang memastikan anak-anak dan si suami atau isteri tidur terlebih dahulu sebelum melayari laman web sosial itu.

Tidak hairanlah seramai 350 juta pengguna telah mendaftar laman web sosial Facebook di peringkat global dan seramai 6.2 juta pengunjung telah mengunjungi laman ini di Malaysia.

Fenomena 'kegilaan' terhadap aktiviti ini memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat sehingga ada yang menjadikan membuka laman web sosial ini sebagai 'sarapan pagi' sebelum melakukan aktiviti harian yang lain. Tidak cukup dengan akses melalui Internet, kini 'pencinta' laman web sosial boleh mengakses, mengemas kini informasi dan memuat turun gambar melalui aplikasi telefon bimbit.

Kecanggihan teknologi dan perkhidmatan yang disediakan menambahkan lagi 'keghairahan' pengikut setia laman web sosial ini untuk terus berhubung. Tidak dinafikan kewujudan laman web sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, Twitter, ekawan dan sebagainya dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita, mempertemukan sahabat yang telah lama terpisah, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara yang paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan oleh pengguna laman web rangkaian sosial ini.

Di sebalik kebaikan yang dinikmati, terselit kesan buruk laman web rangkaian sosial ini.

Blogger: Kalu nak tau keburukannya, baca la kat paper ye. Sama-sama la kita pikir

Saturday, January 23, 2010

Murah-murah...

Hari ni bangun macam biasa. Yeke macam biasa. Dah tak menentu waktu bangkitnya. Apa nak jadi Ibrahim ni. Bangun kul 6.30 pg. Subuh lambat dah sikit kat alor setar ni. Kat-kat kul 6.10 baru dengar azan.

Bangun-bangun basuh baju baju 3 helai then mandi then sembahyang. Then panaskan bubur nasi..makan-makan sat sambil buka tenet. Buka la laman apa yang patut.

Motif hari ni nak kemas umah sikit…sikit je. Masa masih ada. Yang penting..ada orang nak mai umah..tengok barang yang nak dijual. Ada la 2 3 barang yang tak perlu dibawa pindah..so nak jual la. Hajat hatinya nak pindah umah cukup dengan satu beg je.

Yang nak jual 1-almari sliding door…comel lagi tu!! 2-rak dapur masak 3-oven 4-tv  5-blender. Hahaha…ada la lagi. Semua barang ok ok lagi. Baru dalam 5 hingga 7 bulan guna. Jual murah-murah je. Harga adik beradik la kata orang. Uhu….

Banyak juga la col /SMS..YM pun ada yang Tanya dan runding pasal barang-barang tu. Publish kat Mudah.com semalam. Tapi yang tak syoknya…abis kredit balas mesej-mesej depa semua. Takpelah…

Harapnya terjual la semua. Baru senang hati nak pindah.  Doakan ye

Cuaca panas

Kul 2 ptg lebih tadi keluar jap. Panas betul cuaca bandar alor setar. Orang terengganu panggil ‘panas ketik-ketik’. Suhu mencecah 35 – 40 C. Panas!!. Pulau haba dah jadinya. Awan la juga...nipis-nipis awan sirus.. Awan komulunimbus pun ada 1 2 tapi pakat tiup di angin je

Ni la pemanasan global yang diwar-warkan dalam persidangan dunia Copenhagen baru-baru ni. Tapi hampeh…takder resolusi konkrit. ‘Political will’ berbelah bagi antara pemimpin dunia…apatah lagi nak ikat resolusi secara legal. Sori la. Cakap je reti ‘secara dasarnya bersetuju untuk atasi fenomena ini’..tapi..ermmm..tak tau la nak kata camna.

Kalu sesapa yang nak jaga kulit la kata kan, ketika ni bukan masa yang sesuai la nak mai jalan-jalan sini. Sori ye Kementerian Pelancongan. Lebih-lebih lagi golongan yang mempunyai sel melanosit yang aktif kat kulit macam saya ni. Dengan selaran haba, memang jadi ‘masak’.

Macam biasa la..dari segi diet…minum la air kosong banyak-banyak ye. Senang kata…8 lapan sehari memang tak cukup dah time gini. Buah-buahan sayur-sayuran bagus sebab ada air juga, mineral yang boleh replenish nutrient yang hilang. Juga banyak anti-oksidan yang tolong jaga kulit juga. Time-time camni juga eloknya makan ulam lagi bagus, dan  masak simple simple tapi sihat. Kurangnya penghasilan haba la katakan. Kurangkan juga penggunaan elektrik. Jimat apa yang patut. Kalu nak gi pasar tu, gi la time pagi-pagi waktu cuaca molek lagi, atau keluar time malam. Best juga gi pusing-pusing kat Tesco ke Giant ke malam-malam…sejuk gitu

Tu la citer nak kongsi pasal panas punya cuaca. Ok 

Friday, January 22, 2010

Rakyat Malaysia hampir 30 juta

Utusan Online – Jan 22, 2010

Saya tertarik dengan artikel tu.

KAJANG 21 Jan. - Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.

''Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini. Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.

''Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu," katanya. Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.

Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak.

Komen:
  1. Agaknya ramai mana pendatang asing dengan izin mahupun pendatang asing tanpa izin kat Malaysia kita nih
  2. Agaknya kek ekonomi Malaysia seimbang ke komposisi kita
  3. Agaknya banyak ke Bumiputera Sabah dan Sarawak tidak didaftarkan
  4. Agaknya golongan ‘productive age’ wat apa sekarang
  5. Teringat kat pola pertumbuhan seperti dalam lecture time muda-muda dulu