Friday, March 12, 2010

Guru Pedalaman

Kasihanilah guru di pedalaman

Petikan dari Utusan Malaysia 12/3/10

DUNIA pendidikan memang tidak lepas daripada pelbagai isu sama ada membabitkan para guru atau para pelajar. Sekarang ini heboh pula tentang isu guru enggan bertugas di luar bandar hingga memaksa Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar untuk sekurang-kurang tiga hingga lima tahun.

Saya adalah seorang guru. Bertugas di pedalaman selama hampir sepuluh tahun. Bertugas di pedalaman adalah suatu pengalaman yang tidak boleh dibeli di mana-mana. Pengalaman selama hampir sepuluh tahun mematangkan kerjaya saya sebagai seorang guru. Namun yang menjadi isu sekarang ini apabila ada kalangan lepasan maktab enggan bertugas atau dihantar ke luar bandar dan pedalaman khususnya di Sarawak dan Sabah kerana momokan kawan-kawan seperjuangan yang mengatakan bahawa di Sarawak dan Sabah ini keadaannya sangat perit.

Ada yang mengambil jalan pintas dengan segera mendirikan rumahtangga di akhir semester pengajian mereka di institut penguruan dengan harapan mereka tidak akan dihantar ke kawasan pedalaman. Ada yang terpaksa memikirkan berpuluh-puluh alasan untuk tidak ke kawasan seperti ini kerana bimbang tidak mampu untuk hidup di kawasan pedalaman.

Saya tidak menyalahkan bakal-bakal guru ini kerana ada asasnya kebimbangan mereka. Ini kerana bertugas di luar bandar atau pedalaman memerlukan mental dan fizikal yang tinggi. Kita perlu berkorban segalanya jika berada di luar bandar. Ketiadaan kemudahan asas adalah satu kenyataan yang perlu ditelan ketika melangkah ke kawasan ini. Hanya berbekalkan generator dan air sungai guru perlu segera menyesuaikan diri. Ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan telefon atau jaringan komunikasi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Hendak menelefon keluarga pun terpaksa menggunakan telefon atur atau terpaksa memanjat apa sahaja asalkan dapat menghubungi keluarga. Begitu besar pengorbanan guru di luar bandar.
Tambahan pula, ada kawasan tidak mempunyai kemudahan klinik. Kalau demam pun terpaksa berbekalkan ubat yang dibeli di farmasi. Kalau hendak ke klinik akan memakan masa. Kecuali keadaan kesihatan yang serius maka terpaksa juga menggagahkan diri ke bandar untuk mendapatkan rawatan.

Ada kalangan kami yang ke bandar tetapi tidak mempunyai tempat tinggal. Terpaksa pula kami bermalam di hotel atau rumah tumpangan. Tidak mengira keselamatan diri, guru-guru perempuan yang tidak mempunyai saudara-mara di bandar terpaksa tinggal di hotel terutamanya apabila menghadiri kursus di bandar kerana pihak jabatan tidak menyediakan tempat tinggal. Apatah lagi sekarang ini adalah zaman penjimatan di mana setiap kursus perlu dilakukan di premis pendidikan sendiri. Terpaksalah guru-guru luar bandar mencari alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan daripada duduk di hotel selama berhari-hari.
 
Apa yang membimbangkan adalah sistem pengangkutan di luar bandar. Terpaksa naik perahu hingga berjam-jam lamanya. Apa yang lebih memeritkan, saya dan kawan-kawan terpaksa memberanikan diri menahan mana-mana kenderaan yang lalu lalang untuk ke bandar. Tidak mengira akan keselamatan diri, kami menumpang sesiapa sahaja yang sudi membawa kami ke bandar. Begitulah peritnya hidup seorang guru di luar bandar.

Namun, kami sangat terharu apabila kerajaan mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM500-RM1500 untuk guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. Akan tetapi, kami merasa dipinggirkan apabila kami terpaksa berjuang pula untuk mendapatkan insentif tersebut kerana sekolah kami mudah dihubungi menurut pandangan pegawai yang melakukan pemantauan. Kami sangat kecewa pada masa tersebut memandangkan sekolah kami tidak mempunyai bekalan elektrik, perlu menaiki perahu, menggunakan jalan tanah merah malah tiada kemudahan telefon. Paling menambahkan beban, elaun perumahan kami ditarikbalik memandangkan kami tinggal di kuarters sekolah walaupun kuarters tersebut sangat daif dan usang! Sudah jatuh, ditimba tangga pula.

Biarpun demikian, kami sangat berbesar hati apabila kerajaan memberikan elaun balik kampung kepada kami memandangkan harga tambang untuk pulang ke kampung bernilai sebulan gaji!

Cadangan kerajaan untuk mewajibkan guru bertugas di luar bandar bagi tempoh 3-5 tahun adalah cadangan yang cukup baik namun pihak kementerian perlulah memastikan guru tersebut dapat berpindah ke negeri asal setelah tamat tempoh berkenaan. Jangan jadi seperti saya! Saya tidak kisah berkhidmat di luar bandar tetapi untuk tempoh selama sepuluh tahun ia memang memeritkan. Sepuluh tahun berkhidmat di sekolah yang sama begitu menekankan.

Apabila saya memohon ke bandar, pelbagai alasan dikemukakan oleh pihak jabatan kepada saya. Oleh sebab itu, ramai bakal guru yang enggan ke luar bandar kerana bimbang akan terkandas di sana selama berpuluh tahun. Ada rakan sejawat saya yang pernah bertugas di luar bandar selama lima belas tahun barulah pihak jabatan buka mata untuk memindahkan mereka. Itupun setelah mereka bertikam lidah dengan pihak berkenaan. Alasan yang selalu diberikan oleh pihak berkenaan adalah tiada kekosongan di tempat yang diminta.

Selepas ini, saya berharap agar urusan perpindahan guru diuruskan dengan lebih sistematik oleh pihak yang terlibat. Sebagai guru, kami tidak kisah untuk berkhidmat di mana-mana sahaja kerana sudah termaktub dalam ikrar kami sebelum menjadi guru. Akan tetapi, kebajikan kami perlu juga dijaga khususnya guru-guru di luar bandar.

Hasrat kerajaan untuk menambah insentif kepada guru-guru di luar bandar sangat dialu-alukan agar lebih ramai guru berminat untuk ke luar bandar. Pemberian elaun hidup susah adalah satu contoh terbaik yang amat menggembirakan kami di luar bandar. Cadangan saya agar setiap sekolah dibekalkan dengan bot laju atau van siap dengan pemandu bagi kemudahan guru-guru untuk berulang-alik ke bandar tanpa sebarang masalah. Dan diharapkan generator yang ada di sekolah dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam tanpa sebarang masalah. Kadang-kadang ada sekolah yang mempunyai generator tetapi tidak boleh digunakan kerana rosak atau tiada bekalan minyak. Kasihanilah guru-guru di luar bandar.

Sarawak">

Cuti

Hari ni bermula cuti sekolah selama seminggu. Boleh la juga 'bernafas' amik udara di atmosfera di tempat lain. Walaupun cuti, sebenarnya tugas guru tak berhenti di situ. Banyak persediaan perlu dibuat untuk P & P di sekolah selepas buka sekolah serta urusan-urusan lain. Moga kami warga pendidik mendapat imbalan yang sewajarnya daripada Ilahi.

Tahniah kat semua student SPM yang mendapat keputusan cemerlang semalam. Di al-Manar pelajar cemerlang SPM mendapat 9A. Tahniah kepada semua. Kepada yang kurang sikit, peluang sentiasa terbuka di mana-mana sahaja...insya Allah

Saturday, February 27, 2010

Blog al-Manar

Saya fikir saya perlu merintis blog baru..khusus untuk sekolah. Walaupun area sekolah ini tidak mendapat liputan internet yang jelas, rasanya perlu juga sekolah di'masyarakat'kan. Sebagai permulaan, mungkin cukup dengan blog, then pastu bolehlah team website sekolah boleh dibentuk. 

Bila saya sampai dan bertugas di sini, banyak benda atau idea hendak dilontarkan untuk penambaikan. Tentang organisasi, lanskap, keselamatan, penglibatan masyarakat setempat, projek itu ini, SOP, ISO dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan sekolah ini terus terserlah dan segala yang dicita-citakan tercapai

Maahad al-Qur'an dan Bahasa Arab al-Manar

Alhamdulillah. Hampir sebulan saya berada di sini. Setakat ni segalanya berjalan lancar. Namun biasa la mesti ada pahit manis peristiwa catatan harian yang berlaku. Dalam tempoh itu juga, dari dalam hati saya, saya amat berterima kasih kepada pengurusan tertinggi sekolah kerana menumaphkan kepercayaan kepada saya untuk uruskan beberapa hal. Jazakallah...

Tuesday, February 16, 2010

Kekangan

Sebenarnya banyak benda nak nukilkan kat sini. Tapi kekangan masa, internet dan pc menjadi halangan. Kekangan masa kerana sibuk dengan urusan student. Sekarang baru tau kehidupan sebagai pendidik. Saya la guru, saya la warden, saya la guru disiplin, dan saya la yang lain-lain. Apa-apa pun terima kasih kepada kenangan

Kekangan internet sebab nak cari cc punya la susah. Wimax pulak takder kat kawasan ni. Pahni insya Allah, nak broadband. Haha…celcom kot. Tengok la dulu camna nanti

Kekangan pc pulak kerana laptop saya dah diambil orang. Uhu..sedih betul. Laptop tu dibeli sendiri guna duit sendiri masa study kat U dulu. Tapi sekarang dah takder sebab kawan yang dikatakan kawan tu pinjam ‘selama-lamanya’ kot. So sekarang kalu nak wat keje, nak menaip, nak planning susah la sikit. Sebelum2 ni memang guna sepenuhnya laptop tu. Segala benda mak nenek ada dalam laptop tu. Tapi sekarang kena bermula dengan zero. Sabar jelah

Kalu fikir saya akan ‘jatuh’ kerana kekangan dan halangan tu…sori la. Saya tak akan kalah dan mengalah!!! Semua harta dunia boleh dicari, tapi soal hati tak kan berulang kembali…..

Hingga ketemu lagi dalam coretan akan dating. Nak log out dah….

- Bila potret tiada lagi kenangan -

CC oh CC

Emh..susahnya mencari CC kat sini. Sekolah dah la dalam ‘hutan’ sikit. Teksi pun takut nak masuk jalan tu. Kalu nak gi CC, ada jumpa 2 buah CC kat Kok Lanas. Tu pun lepas merentasi jalan koboi yang jalan berturap dan takberturap, berlubang-lubang dan berdebu. Oooo…mujahadah betul bila jadi warga pendidik kat sini. Agaknya camna la keadaan sahabat2 cikgu kat pedalaman yang lain.

Hari ni nak cari kat area Melur. Student kata ada satu kat Melur. So kul 9.45 pagi tadi keluar cc berkenaan. Memang ada satu kat Melur, tapi….. Sakit hati la juga..sebab slow betul tenetnya. Dah la tu..’hang’ la pulak.

So cari cc lain. Sampai kat kubang kerian punya nak cari cc. ada jumpa satu kat pasir tumboh, tapi tutup la pulak. Aduhai… so pergi ke simpang kubang kerian. Jumpa satu cc kat jalan menuju ke bachok…tapi….tenet tak de pulak. Apa la nasib.

So patah balik nak menghala ke pasir putih. Pusing kat pasar kat ketereh ni. Nasib baik ada tenet. So boleh la update apa yang patut kat sini. Ramai juga orang kat cc ni. Kena tunggu dulu 5 minut sebelum turn guna sampai.

Pendek nak katanya, apa cita sebenarnya kadar penembusan internet di Malaysia ni. Rasanya kat kelate penembusannya teruk betul. So NKRA Kementerian Komunikasi dan Penerangan kiranya tak berjaya la. Dah la kadar tarifnya masih tinggi berbanding Negara serantau.

Kalau la ada modal, nak buka la satu cc kat selising tu. Memang cc takde kat situ. Nak cari kena cari / pergi jauh2. Student skul pun ramai yang nak belajar guna computer dan tenet. Insya Allah, bila tiba masanya, nak buka satu kat sini. Kena buat planning ni!

Ceritera

Feb 16, 2010 masih cuti. Walaupun cuti, sebagai merangkap warden juga, bagaikan istilah cuti tiada dalam kamus. So pukul 5.20 pagi, bunyikan loceng pagi. Mudah-mudahan student boleh bangkit awal untuk Kelas Qur’an seawal 6.00 pagi. Selebihnya diserahkan kepada pengawas dan senior untuk awasi student.

Plan hari ni nak ke CC. So selepas breakfast kul 8.30 pagi (pagi ni makan mee-hun goring), pergi spot check asrama jap. Beri markah apa yang patut. Plan nak pamer markah kat board asrama biar depa tengok markah depa camna. Tengok la hukuman apa nak beri petang ni.

Tak berkesempatan rampas pakaian dan barangan peribadi kat bilik mandi dan toilet sebab student semua dah masuk kelas. Kalu ada student, boleh la tolong kutipkan mana yang perlu. Kalu nak semula barang-barang berkenaan, kena tuntut dengan cikgu la alamatnya. Hoho…kena denda. Kat sini secara prinsipnya guna hukuman takzir.

            Then jumpa Pok Heng jap....discuss tentang kes kebakaran di kelas tahun 2 masa cuti raya cina lepas. Camna la kes camtu boleh berlaku? Aduh. Student tuduh orang luar yang buat hal. Pok Heng pulak beri rasional yang student yang buat hal. Emh...nampaknya kena tengok betul2 kes ni. Fening fening...nanti la tengok. Yang buat ni kalu student memang nak kena buang skul la agaknya

Lepas hantar report spot check ke pejabat, kebetulan jumpa pengetua sekolah. Jarang beliau ada di sekolah sebab sibuk dengan urusan luar. Sempat beliau menanyakan ‘lama ke akan stay di sini?’. I think I gave my concrete answer to him.

After that, saya pun keluar sekolah mencari CC yang terdekat....