Wednesday, April 15, 2015

Sijil dekan



Alhamdullillah.. tak sangka sebenarnya bila coursemate text kat whatapps kata pergi amik sijil dekan kat pejabat akademik. Tak sangka sebab dengar cite universiti menaikkan nilai CGPA bagi penerima sijil dekan. So sambil-sambil BB1M, amik terus sijil dekan tu.. tapi nama pulak tersalah eja.. so serah balik sijil tu.

Pada sesetengah orang mungkin merasakan perkara kecil je dapat sijil dekan. Mereka kan bijak-bijak. Tapi bagi saya, dalam menempati kursus yang kompetetif tu, saya boleh menguak untuk mendapatkannya. Thanz God.

Ahad lepas, sijil dekan diterima secara pos.. ni la... simple je pown.


Rokok lagi...

-Tersimpan dalam draft. Sorry baru post-

Masih tak puas hati dengan perokok ni. Kepada perokok aktif je (Active smoker). Kena mereka semua ni, perokok pasif juga yang kena bahananya. Apa la. Time harga rokok dah naik ni, masih ramai lagi yang nak isap benda alah tu. Katanya ada cadangan nak naikkan lagi harga rokok jadi RM 50 sekotak. Pada saya, buat la apa yang patut. Tapi seboleh-bolehnya biarlah ia datang dari sendiri untuk berhenti rokok.

Meh kita tengok apa kata American Lung Association jika berhenti rokok. Bagus sangat. Baca betul-betul.

Lepas 20 min
  • Tekanan darah akan turun
  • Degupan jantung akan turun
  • Haba di tangan dan kaki akan meningkat

Lepas 8 jam
  • Aras gas karbon dioksida dalam darah akan turun kepada normal
  • Aras gas oksigen dalam darah akan naik kepada normal

Selepas 24 jam
  • Risiko untuk serangan jantung akan turun

Selepas 48 jam
  • Saraf hujung akan bertumbuh normal sedia kala
  • Kemampuan untuk menghidu dan merasa bertambah baik

Selepas 2 minggu hingga 3 bulan
  • Peredaran darah akan meningkat
  • Fungsi paru-paru akan meningkat
  • Aktiviti arobik seperti berjalan semakin lancar

Selepas 1 hingga 9 bulan
  • Gejala seperti batuk, resdung, lemah-lemah badan, dan susah bernafas semakin berkurangan

Selepas 1 tahun
  • Risiko sakit jantung berkurangan kepada separuh berbanding jika merokok

Selepas  5 hingga 15 tahun
  • Risiko strok akan turun sama seperti orang yang tidak pernah merokok

Selepas 10 tahun
  • Risiko kanser paru-paru berkurangan kepada separuh berbanding orang yang berterusan merokok
  • Risiko kanser mulut, kerongkong, esophagus, pundit kencing, buah pinggang, dan pancreas menurun
  • Risiko ulser menurun

Selepas 15 tahun
  • Risiko sakit jantung menurun sama seperti orang yang tidak pernah merokok
  • Risiko kematian komplikasi rokok menurun kepada hampir sama seperti dengan yang tidak pernah merokok

Tengok! Kan sihat gitu. Duit pun jimat!

BR1M



Alhamdulillah..dapat juga Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk tahun ni. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tak dapat...alasannya dah dapat BB1M. Tapi tahun ni, BR1M dah RM350, BB1M masih RM250 je..beza RM100 tu. Kalu gitu, baek beri brim je. Tapi dengar kabor, ada yang dapat dua-dua, BB1M DAN BR1M. By the way..terima jelah bbim tu..orang dah beri kan. Tok guru pernah cakap lebih kurang katanya kalu orang beri kain kita amik, orang beri baja kita amik, orang beri duit kita amik..tapi pangkah pilihan sendiri-sendiri.

Antara kriteria penerima BR1M tahun 2015 ni ialah ia mesti rakyat Malaysia dan menjadi pelajar berdaftar di IPT serta berstatus aktif pada 31 Disember 2014. So sebab tu la saya layak dapat BR1M sebab tamat pengajian  informally pada akhir bulan Jan 2015.

Saya amik baucar di Institut Pengajian Siswazah (IPS) Kampus Kesihatan pada hari Ahad (22/3/15)..empunya badan kena tuntut sendiri baucar tu. Kalu tak, hadaplah proses birokrasi yang panjang..nak surat itu ini...orang lain complaint camtulah.

Pergi ke pejabat IPS waktu pagi, sekitar pukul 11.00 pagi. Masuk pejabat, tekan loceng sebab takde staf di kaunter. Bila staf datang menyapa, terus saya ajukan soalan dengan baik...”boleh amik baucar buku tak?”. Jawabnya..”tak boleh waktu ni. Boleh amik waktu petang antara 2.30-5.00 petang je”. Camtu pulak. Saya yang datang dari jauh...Terengganu..datang ke Kubang Kerian..rasa macam tension sungguh. Kena tunggu petang pulak... time tu baru 11.00 pagi. So kena melepak dulu 2 ½ jam. Bazir masa je. Benda senang je pun, boleh je staf tu uruskan. Hurmmmm...

Petang pukul 2.30 petang gi menghadap semula di IPS. Lepas sign satu tempat kat borang, diberi 5 keping baucar..setiap satu bernilai RM50. Settle!!! Senang je kan..  Yang tadi susah sangat nak beri tu kenapa? Dah la sakit kaki time tu. Terhenjot-henjot berjalan. By the way, terima kasih daun keladi...


Date!!



Hari ni (14/3/2015) masuk kije awal seawal 7.03 pagi...dan balik awal juga. Balik je terus mandi...dan paling penting gosok gigi. Penting tu. Then bersiap-siap sebab lepas tu nak pergi satu tempat. Buka laci cari kad merah.



Arghhhh!! Rupanya temujanji klinik gigi selasa depan (21/4/15), bukannya hari ini. La rupanya silap dengar la cakap meksi (nurse) hari tu...dia cakap..selasa. Mati-mati ingat selasa hari ni. Sib baek tengok dulu kad temujanji. Wat temujanji sebab nak scaling je sikit. Dah lama tak buat. Rasanya 4 tahun lepas buat pemeriksaan gigi. Adehh...

Prebiotik dan sinbiotik






Pernah tentang kedua-dua istilah ni? Meh sini nak kabor kalu belom tau, dan ulangkaji untuk hok tau doh. Nok gune base teganung ke base stendek ni? Hukhuk..

Manusia hidup perlukan keperluan asas. Betul ke tidak? Salah satu keperluan asas kita sebagai manusia ialah tempat tinggal yang sesuai. Kita boleh je hidup bergelandangan tapi tak sesuai la kan. Kita boleh je hidup atas pokok tapi tak sesuai la kan. Kita biasanya tinggal dalam rumah kayu ke, rumah flat ke, rumah banglo ke..bergantung atas kemampuan diri kita la. Saya dapat dok rumah PR1MA nanti???? Hukhuk..ke situ pulak.

Sama juga macam mikrob atau mikroorganisma. Mereka pun perlukan tempat tinggal yang sesuai. Pada mereka tempat tinggal yang sesuai mesti la boleh menyokong pertumbuhannya. Kalu tempat tinggal dia menyebabkan dia mati, tu bukan tempat tinggal yang sesuai la.

So itu la prebiotik. Prebiotik adalah makanan lazimnya daripada sumber karbohidrat yang tidak dapat dihadam, yang mana menyediakan tempat yang sesuai bagi pertumbuhan mikrob semula jadi dalam usus dan sesuai juga untuk probiotik.

Jadi apa guna kita makan probiotik tetapi prebiotik tiada terutamanya orang yang restrict sangat makan makanan daripada sumber karbohidrat. Useless kalu camtu. Diet normal manusia biasa lazimnya mempunyai prebiotik semula jadi. Namun ia boleh ditambah baik dengan menambah prebiotik. Sebab itulah produk sekarang memang combine sekali probiotik dan prebiotik. Yang tu kita namakan sinbiotik.

So sekarang, pahang belake dok ni? Nok beri soklang dah ning kalu semua pahang. Soklangnyer ialah: Dengan menggunakan ayat sendiri, berikan definisi probiotik, prebiotik dan sinbiotik.

Probiotik - 2






Probiotik secara umumnya boleh dianggap sebagai mikroorganisma atau mikrob yang dalam kuantiti yang secukupnya yang di ‘consume’ oleh manusia yang boleh memberi manfaat kesihatan. Terdapat 4 kata kunci kat sini iatu;

  1. ia adalah mikrob atau mikroorganisma.
  2. kuantiti mikrob mesti pada bilangan yang mencukupi.
  3. ia perlu di’consume’ atau dimasukkan ke dalam badan manusia.
  4. ia mesti memberi manfaat kesihatan.

Jika sesuatu produk itu cukup syarat-syarat di atas, itu baru dipanggil probiotik.

Maka, sesuatu produk BUKAN dipanggil probiotik jika;

  1. ia bukan mikrob contohnya semut. Semut bukan mikrob kan. Simple.
  2. bilangan mikrob adalah tidak mencukupi, contohnya dalam produk cuma ada katakanlah 100 ‘ekor’ je mikrob tu. Bilangan tu tidak mencukupi untuk memberi manfaat kesihatan. Jumlah yang mencukupi bergantung kepada jenis microb yang digunakan. Dan saya boleh katakan, kalu setakat minum 1 botol minuman berkultur seminggu, ia tidak mencukupi untuk beri manfaat yang dikehendaki.
  3.  ia tidak di’consume’ oleh manusia, contohnya, cuma sentuh je minuman tu. Dalam konteks semasa, yang dimaksudkan ‘consume’ ialah ia mesti memasuki sistem penghadaman manusia. Kalu setakat sentuh dengan jari, adakah ia masuk ke dalam sistem usus kita? Tidak kan. Dan harus ingat, ada mikrob yang memang dah semula jadi kat pada/dalam badan manusia, contohnya, bifidus. Bifidus ada dalam usus kita secara normal. Maka bifidus yang memang ada dalam usus tu bukan probiotik. Yang bifidus yang baru nak minum itu adalah probiotik. Clear? Tak clear, kena angkat tangan ok!
  4. ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia contohnya bila makan bila minum produk tu, ia menyebabkan masalah kesihatan, contohnya keracunan makanan, allergik, dan lain-lain.


    Ok? Bereh. Akan datang...penemuan research tentang 'safety of probiotic'