Tuesday, November 11, 2008

Mengecewakan atau dikecewakan, menyedihkan atau disedihkan


Malam tadi hujan renyai-renyai. Kilat pun sekali sekala menerbitkan auranya. Cuma tidak ditemani guruh. Sebenarnya sudah beberapa hari cuaca kat sini tidak menentu.

Malam tadi jugalah aku telah membuat keputusan yang getir. Agaknya lebih getir dari exam yang aku tempohi sekarang. Kasih yang terbina semenjak 8 Ogos 2007 lepas, aku tamatkan pada pukul 10.07 malam tadi. Keputusan yang berat namun terpaksa dibuat juga. Sukar hendak melafazkannya, namun begitulah kesudahannya.

Laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan. Mudah-mudahan aku dikuatkan semangat untuk menempuh hari-hari mendatang. Mudah-mudahan aku kembali sebagai aku.

”Di mata ku, diri ku...Siapa pun daku”

Titipan doa kepada dia semoga dikuatkan semangat jua. Tinggallah memori dalam memori. Namun seperti biasa, hatiku tetap berbicara ”Tiada potret seindah kenangan”. Sejarah dijadikan sempadan dan pengajaran.

Monday, November 10, 2008

Adakah Anda Sudah Belajar??

Adakah Anda Sudah Belajar??

Saya Belajar
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain untuk
mencintai saya...
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
untuk orang yang saya cintai...

Saya Belajar
bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun
untuk membangun kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya....

Saya Belajar
bahawa sahabat terbaik bersama saya
dapat melakukan banyak hal dan kami
selalu memiliki waktu terbaik...

Saya Belajar
bahawa orang yang saya kira
adalah orang yang jahat
justeru adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu prihatin kepada saya...

Saya Belajar
bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh
walau dipisahkan oleh jarak dan jauh
Beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati...

Saya Belajar
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan
bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya Belajar
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu
mereka pasti pernah melukai perasaan saya
dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya Belajar
bahawa saya harus mengampuni diri sendiri
dan orang lain..
kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah
terus menerus...

Saya Belajar
bahawa lingkungan kawan dapat mempengaruhi peribadi saya
tapi saya harus bertanggungjawab
untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya Belajar
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda
tapi kekadang dari sudut pandangan yang berbeza...

Saya Belajar
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya Belajar
bahawa saya harus memilih
apakah yang menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya....

Saya Belajar
bahawa saya punya hak untuk marah
tetapi itu bukan bererti
saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya Belajar
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan orang
yang saya cintai...

Saya Belajar
bahawa orang-orang yang saya kasihi
justeru sering diambil segera dari
kehidupan saya....

Relax

Rasanya ni la exam period yang paling membosankan. Paper pertama start 3/10 dan last paper pada 16/10. Seminggu sebelum tu study week. Maknanya 3 minggu yang agak bosan. Saya masih ingat masa 1st dan 2nd sem 1st year dulu, study week terpaksa guna 'hikmat gelombang tahap 5' (hehe saje je nak menunjukkan tekun dan sistematiknya study dulu). Tapi sekarang rasa exam biasa je. Ntah la. Namun harap-harapnya result ok

Ntah kenapa rasa relax je exam sem ni. Mungkin sebab exam final cuma lebih kurang 40%. Mungkin sebab exam kali lebih berdasarkan klinikal yang seringkali ditempohi dalam wad/klinik.

Rasanya saya cuma belek2 nota-nota tertentu pada malam paper exam je. Selebihnya duduk saje-saje main internet, cari bahan, tengok tv dan tidur.

Pada saat artikel ini ditulis, saya masih ada 3 paper. Esok, lusa dan ahad depan. Lepas itu, boleh balik cuti. Rasa tak sabar je nak balik kampung. Kampung bukan jauh pun. Dekat je. Dekat di hati. Lagi pun, raya Idulfitri hari tu cuma 2 hari beraya kat kampung. Huhu

Apa-apa pun, wish u all berjaya dengan bergayanya dalam setiap tindakan yang dibuat. Lagi jumpa. Nak ke USM mall jap. Cari roti.

Ok, salam.

- Tiada potret seindah kenangan -

Sunday, November 2, 2008

Mimpi..

Rasanya semua insan akan bermimpi. Adakah mimpi cuma mainan tidur yang seringkali orang kata atau ia menyembunyikan begitu banyak hakikat? Adakah mimpi boleh dirancang atau terancang atau tiba-tiba boleh bermimpi atau kerana apa?.

Saintis ada mengatakan bahawa mimpi merupakan cebisan-cebisan memori yang disusun semula sebagaimana sebuah komputer membuat ’fragmentation’. Fragmentation akan berlaku pada waktu tertentu. Ia melibat memori lama dan baru sama ada memori yang kita dapat melalui pengalaman, pembacaan, pendengaran dan sebagainya. Dan kekadang memori itu bertindan. Maka tidak mustahil kalau bercampur aduk dengan ingatan lama dan baru. Betul ke?

Malam tadi aku bermimpi. Rasanya sudah 3 kali aku bermimpi tentang ’tema’ yang sama. Mudah-mudahan bila aku kongsi cerita ini, aku lebih rasa tenang. Betul ke?

Aku tidak pasti di mana tempat aku bermimpi. Tapi aku pasti tempat itu di kampus kesihatan ini. Ini kerana ramai figure-figure yang ada dalam mimpi itu adalah kenalan di kampus kesihatan ini dan tempat itu banyak menyerupai di sini

Pada waktu itu ada program peringkat kampus. Orang luar dibenarkan masuk ke dalam kampus. Kampus nampak begitu meriah. Banyak rombongan daripada sekolah-sekolah masuk ke dalam USM. Mungkin ada projek yang melibatkan sekolah. Aku kurang pasti.

Aku turun dari bilik. Foyer bawah dijadikan tempat jamuan. Kuih-muih banyak lagi. Ada macam-macam agar-agar dan puding. Nasi dan lauk pauk semua sudah habis. Aku melilau-lilau cari lauk kot-kot ada kerana kebetulan aku rasa lapar juga. Aku makan kuih je. Kebetulan waktu itu masih ada beberapa orang budak sekolah makan kat itu. Mereka turut menjemputku makan.

Selepas makan, aku menghala kakiku ke tempat lain. Aku berjumpa beberapa orang perempuan. Rasanya aku kenal. Tapi aku lupa namanya. Aku bercakap dengannya. Salah seorang perempuan itu memberitahuku bahawa beberapa orang telah ’futur’. Aku menanyakan siapakah orang-orang itu supaya aku boleh follow up. Dia memberitahu nama-nama berkenaan, namun aku minta dia tulis di atas sekeping kertas sebab bimbang aku terlupa. (Dan memang benar, aku lupa nama yang dia sebutkan). Dia lantas menulis nama-nama orang berkenaan pada sekeping kertas.

Kebetulan masa itu, lecturer dia lalu di kawasan itu. Dia minta kebenaran pergi jumpa lecturer dia sekejap. Namun malang sekali oleh sebab dia pun agak tergesa-gesa nampaknya untuk menghantar tugasan (may be assignment atau report), dia terberi kertas yang mengandungi nama itu. Then dia terus mengikuti lecturer itu. Mungkin dia sudah terlupa yang aku sedang tunggu.

Aku terus mengikut kakiku. Tiba-tiba rasanya aku berada di masjid. Ramai yang singgah di masjid itu. Di masjid ini aku jumpa ramai orang yang aku kenal. Azan berbunyi. Jadi aku terus ke tempat wuduk. Tempat wuduknya macam kolam, bukan macam satu takungan. Cuma ada satu sempadan kaki berwarna yang menunjukkan itu kolam wuduk. Rasanya macam lantai yang berisi air. (Macam kisah nabi sulaiman pulak, tapi lantainya bukannya air tapi nampak macam air). Aku ambil juga wuduk kat situ. Kolamnya agak besar. Namun oleh sebab aku tercuai kot, aku terpijak seliparku ke dalam sempadan kolam. Rasanya air mutlak dalam kolam wuduk tidak berubah sebab kolam wuduk tu besar.

Then aku terus naik ke atas masjid. Waktu itu solat sudah bermula. (Lama ke aku ambil wuduk tadi? Aku pun tidak ingat). Aku tengok susunan saf jemaah berterabur sekali. Berselang seli kumpulan jemaah muslimin dan jemaah muslimat. Dan nampak macam ada kumpulan-kumpulan tertentu, padahal mereka semua ikut imam yang sama. Kenapa tidak tersusun dan berkumpulan macam itu? Aku lalu ikut belakang sebab masjid itu nampak penuh, padahal sebab susunan saf tidak teratur. Pelik betul.

Aku cari tempat kosong. Menyelit-nyelit sikit. Aku duk di saf 3 4 baris di depan, padahal aku masuk tadi dari laluan belakang sekali. Aku kenal beberapa orang sekitar itu. Dan aku ingat. Then aku solat mengiikut imam. Sembahyang aku tidak kusyuk. Ntah apa yang aku fikir.

Yang cuma aku betul-betul kusyuk, dan hampir mengalirkan air mata dalam solat itu ialah semasa aku baca ayat, ayat semasa duduk di antara dua sujud;

” Rabbir fir li, war hamni, waj burni, wa rafa’ni, war zuqni, wah dini, wa ’afini, wa’ fu ’anni ”

Terbayang di hatiku ketika itu maksudnya;

”Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosaku dan rahmatilah aku. Dan lindungi aku dan muliakan aku. Dan kurniakan aku rezeki dan tunjukkan aku. Dan selamatkan aku daripada percubaaan dunia dan akhirat dan ampunilah kesalah-kesalahanku”

Ayat ini rasa syahdu sangat. Rasa tenang tapi ngilu.

Then mimpiku terputus.

(dalam mimpiku juga aku jumpa beberapa orang kenalan yang cuba mengacau solatku..)

Rasanya mimpi itu semacam-macam betul je. Rasa sebuah reflection terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Aku akui memang diriku tidak jaga solatku setahun ini. Aku dihanyutkan dengan benda lain.

Dalam pada itu, aku dalam amanah untuk melaksanakan tugasan ’check and balance system’ dalam satu organisasi, namun aku cuaikan juga. Layakkah aku melaksanakan tugasan ini memandangkan diriku yang telah hanyut macam ini.

Aku cuma ’tersedar’ apabila aku memasuki masjid itu untuk solat. Di lihat jemaah dalam ’kekacauan’. Betul ke istilah aku ini?

Di manakah haluanku kini???

(Aku coretkan jua diari ini mudah-mudahan aku tidak terlupa)