Rasanya semua insan akan bermimpi. Adakah mimpi cuma mainan tidur yang seringkali orang kata atau ia menyembunyikan begitu banyak hakikat? Adakah mimpi boleh dirancang atau terancang atau tiba-tiba boleh bermimpi atau kerana apa?.
Saintis ada mengatakan bahawa mimpi merupakan cebisan-cebisan memori yang disusun semula sebagaimana sebuah komputer membuat ’fragmentation’. Fragmentation akan berlaku pada waktu tertentu. Ia melibat memori lama dan baru sama ada memori yang kita dapat melalui pengalaman, pembacaan, pendengaran dan sebagainya. Dan kekadang memori itu bertindan. Maka tidak mustahil kalau bercampur aduk dengan ingatan lama dan baru. Betul ke?
Malam tadi aku bermimpi. Rasanya sudah 3 kali aku bermimpi tentang ’tema’ yang sama. Mudah-mudahan bila aku kongsi cerita ini, aku lebih rasa tenang. Betul ke?
Aku tidak pasti di mana tempat aku bermimpi. Tapi aku pasti tempat itu di kampus kesihatan ini. Ini kerana ramai figure-figure yang ada dalam mimpi itu adalah kenalan di kampus kesihatan ini dan tempat itu banyak menyerupai di sini
Pada waktu itu ada program peringkat kampus. Orang luar dibenarkan masuk ke dalam kampus. Kampus nampak begitu meriah. Banyak rombongan daripada sekolah-sekolah masuk ke dalam USM. Mungkin ada projek yang melibatkan sekolah. Aku kurang pasti.
Aku turun dari bilik. Foyer bawah dijadikan tempat jamuan. Kuih-muih banyak lagi. Ada macam-macam agar-agar dan puding. Nasi dan lauk pauk semua sudah habis. Aku melilau-lilau cari lauk kot-kot ada kerana kebetulan aku rasa lapar juga. Aku makan kuih je. Kebetulan waktu itu masih ada beberapa orang budak sekolah makan kat itu. Mereka turut menjemputku makan.
Selepas makan, aku menghala kakiku ke tempat lain. Aku berjumpa beberapa orang perempuan. Rasanya aku kenal. Tapi aku lupa namanya. Aku bercakap dengannya. Salah seorang perempuan itu memberitahuku bahawa beberapa orang telah ’futur’. Aku menanyakan siapakah orang-orang itu supaya aku boleh follow up. Dia memberitahu nama-nama berkenaan, namun aku minta dia tulis di atas sekeping kertas sebab bimbang aku terlupa. (Dan memang benar, aku lupa nama yang dia sebutkan). Dia lantas menulis nama-nama orang berkenaan pada sekeping kertas.
Kebetulan masa itu, lecturer dia lalu di kawasan itu. Dia minta kebenaran pergi jumpa lecturer dia sekejap. Namun malang sekali oleh sebab dia pun agak tergesa-gesa nampaknya untuk menghantar tugasan (may be assignment atau report), dia terberi kertas yang mengandungi nama itu. Then dia terus mengikuti lecturer itu. Mungkin dia sudah terlupa yang aku sedang tunggu.
Aku terus mengikut kakiku. Tiba-tiba rasanya aku berada di masjid. Ramai yang singgah di masjid itu. Di masjid ini aku jumpa ramai orang yang aku kenal. Azan berbunyi. Jadi aku terus ke tempat wuduk. Tempat wuduknya macam kolam, bukan macam satu takungan. Cuma ada satu sempadan kaki berwarna yang menunjukkan itu kolam wuduk. Rasanya macam lantai yang berisi air. (Macam kisah nabi sulaiman pulak, tapi lantainya bukannya air tapi nampak macam air). Aku ambil juga wuduk kat situ. Kolamnya agak besar. Namun oleh sebab aku tercuai kot, aku terpijak seliparku ke dalam sempadan kolam. Rasanya air mutlak dalam kolam wuduk tidak berubah sebab kolam wuduk tu besar.
Then aku terus naik ke atas masjid. Waktu itu solat sudah bermula. (Lama ke aku ambil wuduk tadi? Aku pun tidak ingat). Aku tengok susunan saf jemaah berterabur sekali. Berselang seli kumpulan jemaah muslimin dan jemaah muslimat. Dan nampak macam ada kumpulan-kumpulan tertentu, padahal mereka semua ikut imam yang sama. Kenapa tidak tersusun dan berkumpulan macam itu? Aku lalu ikut belakang sebab masjid itu nampak penuh, padahal sebab susunan saf tidak teratur. Pelik betul.
Aku cari tempat kosong. Menyelit-nyelit sikit. Aku duk di saf 3 4 baris di depan, padahal aku masuk tadi dari laluan belakang sekali. Aku kenal beberapa orang sekitar itu. Dan aku ingat. Then aku solat mengiikut imam. Sembahyang aku tidak kusyuk. Ntah apa yang aku fikir.
Yang cuma aku betul-betul kusyuk, dan hampir mengalirkan air mata dalam solat itu ialah semasa aku baca ayat, ayat semasa duduk di antara dua sujud;
” Rabbir fir li, war hamni, waj burni, wa rafa’ni, war zuqni, wah dini, wa ’afini, wa’ fu ’anni ”
Terbayang di hatiku ketika itu maksudnya;
”Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosaku dan rahmatilah aku. Dan lindungi aku dan muliakan aku. Dan kurniakan aku rezeki dan tunjukkan aku. Dan selamatkan aku daripada percubaaan dunia dan akhirat dan ampunilah kesalah-kesalahanku”
Ayat ini rasa syahdu sangat. Rasa tenang tapi ngilu.
Then mimpiku terputus.
(dalam mimpiku juga aku jumpa beberapa orang kenalan yang cuba mengacau solatku..)
Rasanya mimpi itu semacam-macam betul je. Rasa sebuah reflection terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Aku akui memang diriku tidak jaga solatku setahun ini. Aku dihanyutkan dengan benda lain.
Dalam pada itu, aku dalam amanah untuk melaksanakan tugasan ’check and balance system’ dalam satu organisasi, namun aku cuaikan juga. Layakkah aku melaksanakan tugasan ini memandangkan diriku yang telah hanyut macam ini.
Aku cuma ’tersedar’ apabila aku memasuki masjid itu untuk solat. Di lihat jemaah dalam ’kekacauan’. Betul ke istilah aku ini?
Di manakah haluanku kini???
(Aku coretkan jua diari ini mudah-mudahan aku tidak terlupa)
No comments:
Post a Comment