Wednesday, March 11, 2009

Kenyang dan nikmat rasa

Ada orang tanya camna nak diet? Nak kurus camna? Macam2 usaha dah buat tapi badan tak slim2 juga. (Betul ke dah usaha macam2?) Sekarang saya nak kongsi atau perturunkan satu petua

Perkara yang pertama yang kita perlu tahu ialah kenyang adalah persepsi fikiran kita. Dan persepsi ini datang daripada pelbagai stimulus yang sampai ke otak kita.

Camna kita boleh rasa sakit apabila kita terpijak batu atau sebagainya? Sebabnya kerana stimulus batu itu telah dikesan oleh saraf kita di kaki dan dihantar ke otak untuk ditafsirkan sebagai sakit

So camna nak mewujudkan persepsi kenyang. Kajian mendapati stimulus iaitu makanan yang kita makan agak lambat dihantar ke otak untuk ditafsirkan. Ia berbeza dengan stimulus sakit, yang disampaikan dengan segera atau cepat ke otak. Maka kalau kita makan cepat-cepat, kita akan masih rasa lambat kenyang walaupun pada hakikatnya kita dah makan dengan banyak sebab makan cepat-cepat.

Maka adalah disarankan kita makan pelan2. Kunyah makanan pelan2 dengan kunyah secukupnya sebelum telan makanan. Dengan kita memanjangkan masa makan walaupun dengan makanan yang sikit, kita telah dapat meransang saraf untuk ditafsirkan sebagai kenyang di otak.

Tuntutan agama pun menggalakkan kita berbuat demikian. Makan dengan penuh sopan dan tertib. Nikmati rasa, aroma, tekstur makanan seluruhnya bila ia berada di dalam mulut kita. Nikmat rasa ini amat besar nilainya. Tanpa nikmat rasa, kita dah tak boleh membezakan, menilai dan menghargai rasa makanan.

So untuk diet penurunan berat badan, satu tipsnya ialah nikmati makan dengan pelan2. Makan sikit tapi dah berbaloi kerana stimulus kenyang akan disamapaikan kepada otak. Dengan makan yang sikit, maka kita mengurangkan pengambilan kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan perlahan-lahan.

Tuesday, March 10, 2009

1-2-3-4

Selalu je sebak bila dengar lagu ni.. Cry
Mereka adalah orang yang paling penting dalam hidupku. Tanpa mereka, siapalah aku...



Lagu 1-2-3-4 (Aris Ariwatan)


Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ulang *

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)

Hari yang paling hepi dan paling sedih kot

Apa yang tak hepinya. Lepas je short 'class' pagi tadi kat lib, aku dapat mesej via e-mail dari General Manager PMC. Katanya aku diterima kerja di hospital tu (depend kepada beberapa negotiation yang akan dibuat nanti). Aku sujud syukur lepas zuhur td. Mana taknya. Belum abis belajar, dah dapat tawaran kerja. Tu pun dengan satu interview je, dah lulus. Gembira sangat2. Lagipun bukan senang nak cari kerja zaman ni. Tepon umah, bercakap dengan mak. Mak pun hepi. Aku pun rasa hepi je kalu mak aku hepi. Thank you my mum. You're my lover. Thank you juga kat Major Teh, GM kat PMC tu

Namun....baru je sat tadi bergaduh dengan seseorang hamba Allah. Sakit hati pun ada, sedih pun ada, kecewa pun ada. Aku cuma berterus terang je, tapi dikatakan pulak sebagai mengungkit. Aku cuma ingatkan tolong jangan lupa janji. Kalau boleh, langsaikanlah hutang. Seribu lebih aku pinjamkan kepada dia untuk tujuan karier dia. PTPTN banyak abis ke situ je. Kerana dialah sahabat, aku pinjamkan juga kat dia. Aku sendiri terpaksa jimat cermat menampung itu ini. Aku tak kan sesekali menyusahkan keluargaku walaupun mereka sentiasa willing membantu. Semua benda yang aku nak, aku belikan sendiri dengan duitku sejak sekolah menengah. Tak ada nak itu nak ini. Duit poket pun tak amik. Economy management is very vital. Walaupun aku disayangi, aku tak amik peluang tu.

Tapi takpelah. Mungkin ini dugaan. Aku dah tak mengharap mana hutang tu. Kalu aku mengharap pun, aku bimbang aku akan kecewa. Sedih tetap sedih. Air mata bertakung je bila kenangkan perkara ni. Tapi aku mesti kuat. Kalu bukan aku yang perlu kuat, siapa lagi yang nak kuatkan aku. Tak guna menangis pun, bahkan membazir air mata je. Tapi sekuat mana pun, kadang2 ada juga rasanya.

Cara aku senang aje. Aku akan duk mandi lama-lama. Biar air mata bersekali dengan air mandi. Biar air mandi sejukkan hati yang mungkin panas. Ya Allah, permudahkanlah urusan ini sebagaimana aku sentiasa mohon dalam doaku kepada-Ku

Hari yang paling hepi dan paling sedih kot

-Tiada potret seindah kenangan-

Saturday, March 7, 2009

Adik nak kawin dah..

Adikku nak kawin dah 13/3 ni, Jumaat depan. Plan dah lama dah. Dah sampai jodohnya. Orang kat umah panggil dia 'Mat Ju'. Orangnya simple, berusia 2 tahun lebih muda dari ku. Bakal teman hidupnya pun orang Terengganu juga, tapi area KT utara. Famili aku duk kat KT selatan. Kenal2 kat tempat keje.

Aku merupakan saksi pada majlis yang akan dilangsungkan. So semalam aku pergilah bandar KB nak cari tiket balik. Masalah public transport dalam bandar KB masih tak berubah sebagaimana aku comment dalam blog yang lepas.

Malang sekali, tiket balik waktu petang suma dah abis. Cuma ada 3 syarikat bas je ke KT. Pertama SP Bumi. Aku panggil bas tu sebagai bas bumi je. Bas langit belum ada. Bas ni cuma bergerak ke KT waktu siang je, trip selang 2 jam dari kul 8 pagi sampai 6 petang. Kedua bas Transnasional. Dulu aku biasa naik bas ni. Tapi sekarang bila dah ada bas bumi, aku lupakan bas Trans. Bas bumi lagi selesa. Bas Trans dah lama, pahtu bau hapak dan kekadang bau asap sebab tak servis. Tak suka betul. Bas trans pun abis. Ketiga bas Mutiara. Bas ni cuma gerak ke KT kul 10 pagi. Pun tak guna.

Aku nak bas petang atau malam. Nampak gayanya aku terpaksa balik umah dengan teksi la kot petang khamis ni. Khamis ni pulak ada case presentation. Ada turn aku bentang. Nampaknya lepas bentang, teruslah ke bandar KB, then amik teksi ke KT. Ntah berapalah tambang teksi sekarang. Rasanya RM 25 dah sekepala.

Papepun kena balik umah juga. Mat Ju nak kawin. So kena balik. Majlis ni akan dibuat kat umah bakal pengantin pompuan tu. Plannya kul 10 pagi akad nikah. Mudah-mudahan Mat Ju akan berbahagia dengan pasangannya sampai bila2.

Yang belum kawin adalah aku dan kakak aku. Yang adik-adik yang lain tunggu dululah. Kawin? What do u think?

-Tiada potret seindah kenangan-

Kerja kerja kerja

Dah genap seminggu aku di kampus. Boleh dikatakan minggu lepas adalah minggu yang agak membosankan. Kuliah/kelas cuma start selasa lepas. Tu pun cuma sejam je sehari. Selebihnya masa dihabiskan dengan ... . Nasib baik ada laptop ni. Boleh la juga berkembang sikit.

Topik yang seringkali meniti di bibir siswa/i tahun akhir ni ialah kerja. Dah dapat kerja? Dah cari kerja? Interview? Resume dah siap? Dapat tawaran di mana? Ada ke kerja? Dan macam2 lagi. Rasanya semua dah panas berada di sini. Namun sekalung tahniah kat sesapa yang dah mendapat kerja. Dan belum terlambat untuk sesapa yang belum untuk mengorak langkah. Rezeki kita Allah saja yang tau kan. Namun kita semua mesti berusaha. Masing-masing ada impian. Dan masing-masing akan ada kenyataan. Namun jangan lupa tugasan2 terakhir akademik yang mungkin belum settle.

Adakah alam akademia akan berlabuh atau lembaran akademia baru akan terukir? Atau alam karier akan menyusul?

-Tiada potret seindah kenangan-

Sunday, March 1, 2009

Jumpa lagi..

Assalamualaikum dan salam hormat..

Rasanya dah lama benar tak buka dan update blog ni. Sampai alamat dan password blog ni pun dah hampir-hampir lupa. Rasanya last saya post artikel dalam blog ni adalah sebelum sem lepas. Apa-apapun selamat bersua kembali.

Selama 10 minggu saya berada di negeri tanah air menjalani latihan bagi melengkapkan ilmu di dada dalam dietetik ni di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Alhamdulillah, saya hepi dan banyak belajar di sana. Tima kasih kat suma staf JDS dan tima kasih pada suma kenangan dan pengalaman yang terukir.

Dan sekarang, saya sudah menjejak kaki semula di kampus kesihatan untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan saya di sini. Rasa macam orang baru je kat sni walaupun dah hampir 10 tahun di sini.

Kita jumpa lagi ye. Kena mandi, semayang dan makan dulu. Terkenang makan banyak-banyak kat umah. Uhu uhu. Ok. Salam...