Tuesday, May 31, 2011

Me..latest condition

╔══╗ ♥ ♫ ♥
║██║ ♫ ♥ ♫
║(O)║ ♥ ♥
╚══╝

Playlist : Music

█ ▄ █ ▄ ▄ █ ▄ █ ▄ █
Min- – - – -● – Max

► Play. ■ Stop
Now playing > Better in Time by Leona Lewis


I’m Baim, xy y/o Malay gentleman fr. T’ganu currently at K’tan, c/o being obsessed by somebody 8/12 a/w mild daily routine life alteration.

o/e: Conscious alert and orientated to time place and person and apparently healthy. Medium body built with 167 cm height 63 kg weight and BMI 22.6.

Rx:
1. Solat as usual and don’t forget to pray
2. ‘Zikir’ as much as possible
3. Do routine life as usual. Ignore any interference.
4. Face interference with calm
5. Let’s Allah show the way
6. Calorie requirement 1800 – 1900 kcal/day, w protein 50.4 – 63.0 g/day
7. Water consumption 8 – 9 glass/day of plain water
8. Neurovit OD

FENOMENA SIMBAH ASID


Setakat ini terdapat 23 kes menyimbah asid di ibu kota Walaupun mungkin ada yang berkata, cecair yang digunakan bukan asid merbahaya, namun sekurang-kurangnya si pelaku tetap mendapat kepuasan daripada apa yang dilakukannya yang pasti dengan tujuan - menakutkan mangsa. Difahamkan berdasarkan beberapa kes yang disiasat, penjenayah menggunakan air bateri dan thinner untuk menyimbah mangsa. Bagi mangsa pula yang mana kesemuanya wanita, selain mengalami kecederaan tidak kira berat atau ringan, kesan psikologi pastinya lebih parah lagi. Keadaan ini mewujudkan rasa panik dan trauma di kalangan mereka.

Mengikut kamus Dewan edisi keempat, asid adalah bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada tujuh. Ia bersifat menghakis di mana pada kadar kepekatan tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan, melecur dan rasa terbakar apabila terkena pada kulit atau mata. Malah ia melibatkan kesan jangka panjang seperti kecacatan kekal dan buta jika terlalu serius

Kebanyakan asid merbahaya katanya mudah didapati dalam bahan yang kita gunakan setiap hari. Misalnya asid sulfurik yang terkandung dalam air bateri kenderaan, asid hidroklorik dalam kebanyakan pencuci peluntur dan asid formik atau biasa disebut cuka getah.

Asid sulfurik dan asid formik sangat menghakis. Walaupun selepas dicairkan, ia masih tajam dan boleh meninggalkan kesan lecur seperti gelumbung pada kulit mangsa.

Manakala thinner pula berasaskan aseton dan beberapa pelarut lain yang digunakan secara meluas bagi mencairkan cat. Walaubagaimanapun, ia kurang meninggalkan kesan jika terkena pada kulit atau mata jika dibandingkan dengan asid pekat. Namun dalam jumlah yang banyak jika dihidu, ia mampu menyerang saraf optik dan boleh menyebabkan buta. 

Merujuk kepada kebanyakan kes simbah yang berlaku dipercayai cecair asid yang digunakan penjenayah sudah pun dicairkan terlebih dahulu atas faktor keselamatan si pengendali. Kalau ia terlalu pekat, mungkin mereka sendiri yang menjadi mangsa andai tindakan tidak berjaya.

Langkah-langkah persediaan
·         membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair
·         menanggalkan pakaian yang terkena asid.
·         bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.
·         sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali. Contohnya soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid
·         memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.
·         Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.

PELUH BANYAK

KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.

Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal. Apatah lagi jika ia keluar ketika berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga.

Dalam hal ini, peluh yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, kaki dan bawah lengan membuatkan individu tersebut menjauhkan diri untuk bersosial dengan masyarakat. Masalah peluh yang berlebihan bukan satu perkara normal malah ia boleh dikategorikan sebagai satu penyakit dan istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis. Hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda. Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang. Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan.

Dalam hal ini, peluh berlebihan bukan sahaja dikesan pada tapak tangan, kaki dan di bawah lengan malah ia juga dikesan pada bahagian kepala, muka, dada, belakang tubuh dan pangkal paha. Hiperhidrosis biasanya berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja.

Penyakit tersebut dapat dirawat melalui teknik rawatan yang dikenali sebagai No Sweat Technique yang merupakan satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan.

Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.

Sebenarnya sejak tahun 2001 lagi pelbagai kaedah penyembuhan telah pun dilakukan di Malaysia termasuk pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy atau ETS).

Faktor-faktor lain yang mungkin berkaitan dengan punca masalah kesihatan itu seperti tirotoksikosis (hipertiroidism), menopaus, obesiti dan gangguan psikiatri.
 
Bagi sesiapa yang menghadapi gejala-gejala seperti peluh yang berpanjangan, berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas dan tidak berpeluh ketika tidur, anda dinasihatkan agar cepat bertemu dengan doktor.

Pisang Berbuah di Batang Reput

SEGAMAT 29 Mei

Pokok pisang yang ditebang dua bulan lalu dan telah reput mengeluarkan setandan pisang kecil di bahagian batangnya.

Kejadian aneh nyata menarik perhatian kerana pokok pisang yang hanya tinggal batang setinggi hampir satu meter telah mati dan tidak ada tanda-tanda untuk hidup.

Malah, pokok pisang itu langsung tidak mengeluarkan daun apabila 'hidup' semula tetapi hanya berputik dan kemudian menjadi setandan pisang.


Subhanallah…hebatkan kekuasaan Tuhan. Ada siapa berani lawan Tuhan? Masya Allah…memang ada yang tanpa sedar telah melawan Tuhan. Apa nak jadi da ….

Monday, May 30, 2011

Itulah aku..yang telah..kau s.a.k.i.t.i


Itulah aku….

Aku yang terima mu dengan sepenuh hatiku
Menyambut kedatanganmu buat kali pertama
Yang awal-awal dulu membawa kamu pusing-pusing di Terengganu
Yang memberi kamu kasih sayang pada tika kau sendirian
Yang belanja kamu makan tika masanya
Yang turuti kemahuanmu itu ini
Yang tahan dengan sikap perangaimu
Yang mengajarmu serba sedikit ilmu dan kemahiran
Yang mendidikmu menjadi lebih berguna
Yang balik pulang bersama  ke terengganu
Yang menenangkan mu tika memujukmu dalam marahmu
Yang menghantar mu ke klinik dan merawatmu tika sakit
Yang menasihatimu solat kerana kewajipanmu
Yang sarankan mu bercakap sopan dan baik
Yang menemani mu tika bosan
Yang memberimu tempat tika itu
Yang memujukmu tinggal di sini tika mu rajuk lari
Yang memberi sentiasa peluang tika kau membuat kesilapan meskipun amat besar
Yang bertolak ansur atas sikapmu yang macam-macam
Yang membelamu ketika di soal orang pejabatku
Yang mengeluar belanja untuk keperluanmu
Yang menyediakan apa yang termampu sebagai memenuhi keperluanmu
Yang menjadi tempatmu bercerita zamanmu
Yang menjadi tempat kamu lepaskan geram
Yang berusaha demi pelajaranmu
Yang dengar akur bila kamu tengking marah
Yang menerima maki hamun hina sepak terjang
Yang menjaga mu tika kamu tiada sesiapa

Aku tak minta apa-apa
Cuma satu….hormati aku walaupun tidak dapat hargai aku…
Meskipun bukan sebagai pilihanmu…tapi aku ada jiwa ada rasa ada usia..

Itulah aku….yang telah kau sakiti…
Ku serahkan segalanya kepada Tuhanku untuk adili

P/S: Aiiii...jiwang la pulop...BILA POTRET TIADA MAKNANYA LAGI

Saturday, May 28, 2011

MC


Hari ni selama 3 hari patutnya saya menghadiri kem sebagai salah seorang urusetia. Tapi saya amat berat hati untuk sertainya. Minda rasa tak sihat. Sebagai jalan keluar, saya mohon m.c daripada sebuah klinik swasta berdekatan..
Saya teringat perbincangan saya dengan lecturer semasa posting family medicine dulu. Dalam diskusi saya tertarik untuk tanya..kenapa m.c lazimnya diberikan kepada physical illness / disease sahaja? Sakit bukan fizikal tak boleh diberi m.c ke kalu perlu? Kalau seseorang yang demam mungkin diberi m.c selama sehari kerana dia dianggap kurang upaya menjalankan tanggunjawabnya sama ada belajar ke, kerja ke, apa-apa jelah. Tapi kalau sakit minda…kusut fikiran..depress..stress atau apa-apa yang non-fizikal..ia pun boleh menyebabkan kurang upaya menjalankan tugas dengan elok kan? So..m.c should be given too la
Pensyarah saya setuju dengan pendapat saya. Kemenangan moral kiranya.

Bulan atas Kaabah


Saya terima SMS daripada seorang ustaz. Maybe dia forwardkan mesej tu daripada orang lain kepada saya. Mesej tu mengatakan bulan berada tepat di atas Kaabah pada 4.00 pagi bersamaan 9.15 pagi waktu Malaysia dan insya Allah doa yang dipohon akan dimakbulkan.
Maha Suci Allah yang telah mempamerkan banyak fenomena alam yang jelas menggambarkan kekuasaannya. Berdoa boleh dilakukan setiap masa, bahkan ada ketikanya berdoa itu digalakkan seperti pada malam Qadar, malam raya idul firi idul adha, dan sebagainya juga semasa hujan turun. Maka mungkin pada waktu kejadian yang jarang-jarang kalinya itu yakni pada ketika kebesaran Allah sedang terlaksana, maka doa merupakan salah satu cara untuk rapatkan diri kepada Ilahi kerana semasa berdoa semestinya kita mengingati Allah supaya Allah makbulkan doa kita…mohon dan harap. Just my opinion
Mudah-mudahan Allah perkenankan doa saya yang amat kerdil dan hina..rasa-rasa macam tak layak berdoa kerana diri penuh dosa dan noda. Perkenankanlah

Wednesday, May 25, 2011

Air kencing sikit dan pekat

Sorang kolej student tanya saya via SMS...knape air kncing manusia mjd sdkit, dn bwrna pekat? Trangkan dr segi pemakanan dn pnapisan urin yg mybbkn ia brlaku dmikian

Saya agak tu soalan ujian kolej dia kot. Air kencing kita berubah isipadu dan kepekatan bergantung kepada keadaan fisiologi badan seseorang bahkan ia mungkin patologi dan simptom bagi sesetengah penyakit.

Secara fisiologi, air kencing boleh menjadi sejernih air mineral dan banyak, dan boleh jadi sepekat air teh yang 'menyelerakan'...pekat lagi tu. (Ada sesetengah orang menjadi air kencing sebagai ubat...dipanggil terapi air kencing).

Kenapa air kencing menjadi sikit dan pekat?
Itu menggambarkan badan kita kekurangan air. Apabila badan kekurangan air, reseptor pada bahagian 'osmoregulatori' pada otak akan diransangkan. Maka kelenjar pituitari yang berada di otak akan merembeskan lebih banyak hormon ADH (anti-diuresis hormon). Dengan peningkatan hormon ADH, ginjal kita akan menyerap lebih banyak air di tubul pengumpul di ginjal. Proses ini mampu meningkatkan semula aras air dalam badan.

Maka, pengeluaran air kencing menjadi kurang. Pada masa yang sama kuantiti bahan kumuh yang perlu dikumuhkan melalui air kencing lebih kurang tidak berubah. Ia menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Ia logik berdasarkan formula Kepekatan = Bahan terlarut / Isipadu.

Vice versa atau proses terbalik berlaku apabila badan kelebihan air. Maka pituitari akan mengurangkan rembesan ADH. Selanjutnya ia akan membenarkan ginjal membuang banyak air membentuk air kencing. Kuantiti bahan kumuh tidak berubah. Maka air kencing menjadi lebih jernih dan cair apabila badan kelebihan air

Wokey? Nak bagus, buat dalam diagram...baru lecturer tengok...bagusnya budak ni!!