Tuesday, May 31, 2011

FENOMENA SIMBAH ASID


Setakat ini terdapat 23 kes menyimbah asid di ibu kota Walaupun mungkin ada yang berkata, cecair yang digunakan bukan asid merbahaya, namun sekurang-kurangnya si pelaku tetap mendapat kepuasan daripada apa yang dilakukannya yang pasti dengan tujuan - menakutkan mangsa. Difahamkan berdasarkan beberapa kes yang disiasat, penjenayah menggunakan air bateri dan thinner untuk menyimbah mangsa. Bagi mangsa pula yang mana kesemuanya wanita, selain mengalami kecederaan tidak kira berat atau ringan, kesan psikologi pastinya lebih parah lagi. Keadaan ini mewujudkan rasa panik dan trauma di kalangan mereka.

Mengikut kamus Dewan edisi keempat, asid adalah bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada tujuh. Ia bersifat menghakis di mana pada kadar kepekatan tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan, melecur dan rasa terbakar apabila terkena pada kulit atau mata. Malah ia melibatkan kesan jangka panjang seperti kecacatan kekal dan buta jika terlalu serius

Kebanyakan asid merbahaya katanya mudah didapati dalam bahan yang kita gunakan setiap hari. Misalnya asid sulfurik yang terkandung dalam air bateri kenderaan, asid hidroklorik dalam kebanyakan pencuci peluntur dan asid formik atau biasa disebut cuka getah.

Asid sulfurik dan asid formik sangat menghakis. Walaupun selepas dicairkan, ia masih tajam dan boleh meninggalkan kesan lecur seperti gelumbung pada kulit mangsa.

Manakala thinner pula berasaskan aseton dan beberapa pelarut lain yang digunakan secara meluas bagi mencairkan cat. Walaubagaimanapun, ia kurang meninggalkan kesan jika terkena pada kulit atau mata jika dibandingkan dengan asid pekat. Namun dalam jumlah yang banyak jika dihidu, ia mampu menyerang saraf optik dan boleh menyebabkan buta. 

Merujuk kepada kebanyakan kes simbah yang berlaku dipercayai cecair asid yang digunakan penjenayah sudah pun dicairkan terlebih dahulu atas faktor keselamatan si pengendali. Kalau ia terlalu pekat, mungkin mereka sendiri yang menjadi mangsa andai tindakan tidak berjaya.

Langkah-langkah persediaan
·         membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair
·         menanggalkan pakaian yang terkena asid.
·         bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.
·         sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali. Contohnya soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid
·         memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.
·         Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.

No comments: