Kapasiti dan kebolehan memori seseorang adalah berbeza. Memori boleh dikelaskan sebagai memori sensori, memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Kesemua memori kita bemula dengan memori sensori. Pelbagai stimulus hadir dan diterima oleh kita sama ada dalam bentuk penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan yang kesemua ini merupakan sensori kita. Kita akan 'ingat' apa yang kita nampak, dengar, bau, rasa atau sentuh. Namun memori sensori ini cuma boleh bertahan seketika. Jika memori sensori ini cukup signifikan kepada kita, maka ia lebih diingati kerana memori sensori ditukar kepada sensori jangka pendek atau jangka panjang. Jadi tip pertama ialah hargailah sensori kita dan jadikan ia suatu yang signifikan.
Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, saya suka cadangkan supaya kita memiliki satu buku 'memori'. Kita mudah lupa apa persoalan yang terlintas di fikiran kita. Jadi masukkan apa-apa2 persoalan yang terlintas melalui sensori itu ke dalam buku 'memori'. Dan selepas itu, lakukan 'homework' dengan mencari persoalan yang ditulis dalam buku itu.
Contohnya, saya membelek folder pesakit dan menjumpai perkataan 'ADEM'. Itu persoalan baru yang saya dapat melalui penglihatan saya. Saya akan lupa perkataan ini jika tidak ditulis dalam buku 'memori'. Rugilah satu ilmu jika saya terlupa untuk mengetahui ADEM itu. Setelah balik ke bilik, saya membuat rujukan. Saya dapati ADEM ialah 'Acute demyelinating encephalomyelitis' dan saya catatkan jawapan dalam buku 'memori' itu.
Banyak benda yang akan kita belajar bila kita mempunyai 'learning issue' macam itu. Catatkan dan cari jawapan. Sebagai seorang siswa/i, saya perlu melengkapkan diri saya dengan sepenuh mungkin ilmu di dada.
Jadi tips kedua, wujudkan satu kecil 'buku memori' atau nama lain 'buku learning issue'. Catatkan segala kemusykilan, persoalan ke dalam buku. Kemudian cari jawapan learning issue berkenaan. Bawa buku kecil berkenaan ke mana sahaja meskipun di depan tv kerana mungkin ada memori sensori yang baru yang disiarkan dalam iklan tv yang perlu dijadikan learning issue. Mulakanlah sekarang..
No comments:
Post a Comment