Sebenarnya semalam lagi rasa nak jalan-jalan keluar kampus sekejap. Asyik terperuk dalam kampus je sebelum ni. Tapi semalam cancel ke KB sebab tunggu bas pukul 3 petang tapi pukul 3.45 petang, bas masih tak muncul-muncul. Panas betul rasanya kat perkhidmatan bas ni.
So, ubah plan nak pergi pagi esok, iaitu hari ni la. Pukul 8.00 pagi keluar bilik. Punya la lama juga tunggu bas, pukul 8.35 pagi baru bas muncul. Tambang bas RM 1.30, bas ikut laluan Jalan Bayam.
Jalan tak jam hari ni sebab masih awal pagi. So sebelum pukul 9.00 pagi bas dah sampai KB. Saya jalan-jalan la sekejap tengok kiri kanan, tengok itu tengok ini. Hajat nak ke Pasar Besar Siti Khatijah, tempat yang biasa saya tengok buah dan kuih-kuih. Hehe…
Jumpa buah rambai. Musim rambai ke sekarang? Banyak pulak tu kat pasar. Tak beli pun. Just tengok. Memang niat nak ke KB, nak tengok-tengok je. Then pergi ke bahagian kuih. Cuci mata dengan tengok-tengok kuih yang ada. Emmm..bestnya tengok! (Best ke?).
Alang-alang sampai kat pasar, kaki terus menghala kat Mydin sekejap. Tengok barang juga. Hehe. Keluar Mydin pukul 9.30 pagi. So maknanya jalan-jalan kat KB sekejap jelah. Setengah jam je. Just tengok-tengok
Yang lamanya masa tunggu bas nak balik ke USM. Tunggu bas dari pukul 9.45 pagi. Tahu tak pukul berapa bas muncul? Pukul 10.45 bas ke USM baru muncul. Sejam tu! Teruk betul. Rugi satu jam macam tu je.
Dah la tambang bas naik kerana kenaikan surcaj 30%. Kerajaan kata beri kenaikan surcaj selama sebulan je. Tapi tambang bas tak turun-turun pun walaupun dah sebulan. Biasanya tambang bas dari USM ke KB RM 1.10 - M 1.20 bergantung atas laluan. Tapi sekarang tambang dah RM 1.30 hingga RM 1.50. Tu USM ke KB. Kalau bas ekspress perjalanan jauh lagi la. Kesian kat rakyat yang naik pengangkutan awam. Kata nak menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan, tapi kalau tambang macam tu, apa nak jadi? Kata nak perkasakan pengangkutan awam, tapi hampas pun tak ada. Dulu harga petrol/diesel naik tercunak, tapi bila nak turun terhegeh-hegeh, sikit pulak tu. Melalut ke situ pulak. Rasa pilihan yang terbaik bagi rakyat berpendapatan rendah (Saya tak ada pendapatan lagi pun. Huhu) ialah motorsikal. Sem depan bawa semulalah motor nanti ke kampus.
Oh ye berbalik bab tunggu bas tadi, masa terbazir camtu je. Masa tu emas. Kalau setiap orang membazir 1 jam sehari, bayangkan betapa banyak jam produktiviti yang terbazir. Rakyat Malaysia dah hampiri 25 juta. So setiap hari 25 juta jam rugi setiap hari. Kalau satu jam bernilai RM 1, maka RM 25 juta sehari hangus. Nak membaca buku, no hal. Tapi tak kan nak baca buku sejam kat stesen bas. Kalu setakat 10 – 15 minit tu tak apalah.
Dalam bas sebelum bas gerak ke USM, sembang sekejap dengan pemandu bas. Pemandu bas kata, bas banyak uzur rosak. Emm..betul juga tu. Setakat yang saya tahu, bas kat sini banyak yang dah lama.
Masalah pengangkutan awam bukan berlaku kat sini je. Kat Terengganu, kampung halaman saya pun sama. Bahkan kat mana-mana la.
Hari raya lepas, saya ke Kuala Lumpur. Raya kat sana 3 hari. Saya tunggu bas kat bas stop kat Petronas Setiawangsa. Lama betul tunggu. Bas tak lalu-lalu. Bila tanya salah seorang pengguna lain, dia kata kekadang pemandu bas tak lalu laluan tu sebab dia short-cut kat laluan lain. Apa jenis etika pemandu bas la macam tu. Last-last terpaksa tunggu teksi. Tunggu teksi pulak kena ‘berebut’ dengan orang lain. Ada minah ni sorang senang-senang je dia potong queue, then amik teksi yang orang lain tunggu. Kalau lawa tak apa la juga. Ni tergedik-gedik tak lawa. Apa la. Benci betul la tengok perempuan yangmenyampah camtu.
Harap kerajaan cepat-cepatlah perbaiki system pengangkutan awam kita ni. Jangan pandai cakap je, duit keluar, tapi hasilnya tak ada, duit pulak ke mana. Ada cadangan nak buat train komuter inter-pekan inter-bandar kat Terengganu ikut laluan pantai. Dari Kemaman ke Dungun ke Marang ke Kuala Terengganu ke Setiu ke Besut ke Pasir Puteh, Kelantan sampai ke Tumpat.
Hangat ni. So setakat tu la dulu catatan perjalanan kali ni. Tentang pengangkutan awam yang menghangatkan
No comments:
Post a Comment