Tuesday, November 11, 2008

Mengecewakan atau dikecewakan, menyedihkan atau disedihkan


Malam tadi hujan renyai-renyai. Kilat pun sekali sekala menerbitkan auranya. Cuma tidak ditemani guruh. Sebenarnya sudah beberapa hari cuaca kat sini tidak menentu.

Malam tadi jugalah aku telah membuat keputusan yang getir. Agaknya lebih getir dari exam yang aku tempohi sekarang. Kasih yang terbina semenjak 8 Ogos 2007 lepas, aku tamatkan pada pukul 10.07 malam tadi. Keputusan yang berat namun terpaksa dibuat juga. Sukar hendak melafazkannya, namun begitulah kesudahannya.

Laut mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan. Mudah-mudahan aku dikuatkan semangat untuk menempuh hari-hari mendatang. Mudah-mudahan aku kembali sebagai aku.

”Di mata ku, diri ku...Siapa pun daku”

Titipan doa kepada dia semoga dikuatkan semangat jua. Tinggallah memori dalam memori. Namun seperti biasa, hatiku tetap berbicara ”Tiada potret seindah kenangan”. Sejarah dijadikan sempadan dan pengajaran.

Monday, November 10, 2008

Adakah Anda Sudah Belajar??

Adakah Anda Sudah Belajar??

Saya Belajar
bahawa saya tidak dapat memaksa orang lain untuk
mencintai saya...
Saya hanya dapat melakukan sesuatu
untuk orang yang saya cintai...

Saya Belajar
bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun
untuk membangun kepercayaan dan hanya
beberapa detik saja untuk menghancurkannya....

Saya Belajar
bahawa sahabat terbaik bersama saya
dapat melakukan banyak hal dan kami
selalu memiliki waktu terbaik...

Saya Belajar
bahawa orang yang saya kira
adalah orang yang jahat
justeru adalah orang yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali serta
orang yang begitu prihatin kepada saya...

Saya Belajar
bahawa persahabatan sejati senantiasa bertumbuh
walau dipisahkan oleh jarak dan jauh
Beberapa di antaranya melahirkan cinta sejati...

Saya Belajar
bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian
seperti yang saya inginkan
bukan bererti bahawa dia tidak mencintai saya...

Saya Belajar
bahawa sebaik-baiknya pasangan itu
mereka pasti pernah melukai perasaan saya
dan untuk itu saya harus memaafkannya...

Saya Belajar
bahawa saya harus mengampuni diri sendiri
dan orang lain..
kalau tidak mau dikuasai perasaan bersalah
terus menerus...

Saya Belajar
bahawa lingkungan kawan dapat mempengaruhi peribadi saya
tapi saya harus bertanggungjawab
untuk apa yang saya telah lakukan...

Saya Belajar
bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda
tapi kekadang dari sudut pandangan yang berbeza...

Saya Belajar
bahawa tidaklah penting apa yang saya miliki
tapi yang penting adalah siapa saya ini sebenarnya...

Saya Belajar
bahawa saya harus memilih
apakah yang menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri saya....

Saya Belajar
bahawa saya punya hak untuk marah
tetapi itu bukan bererti
saya harus benci dan berlaku bengis...

Saya Belajar
bahawa kata-kata manis tanpa tindakan
adalah saat perpisahan dengan orang
yang saya cintai...

Saya Belajar
bahawa orang-orang yang saya kasihi
justeru sering diambil segera dari
kehidupan saya....

Relax

Rasanya ni la exam period yang paling membosankan. Paper pertama start 3/10 dan last paper pada 16/10. Seminggu sebelum tu study week. Maknanya 3 minggu yang agak bosan. Saya masih ingat masa 1st dan 2nd sem 1st year dulu, study week terpaksa guna 'hikmat gelombang tahap 5' (hehe saje je nak menunjukkan tekun dan sistematiknya study dulu). Tapi sekarang rasa exam biasa je. Ntah la. Namun harap-harapnya result ok

Ntah kenapa rasa relax je exam sem ni. Mungkin sebab exam final cuma lebih kurang 40%. Mungkin sebab exam kali lebih berdasarkan klinikal yang seringkali ditempohi dalam wad/klinik.

Rasanya saya cuma belek2 nota-nota tertentu pada malam paper exam je. Selebihnya duduk saje-saje main internet, cari bahan, tengok tv dan tidur.

Pada saat artikel ini ditulis, saya masih ada 3 paper. Esok, lusa dan ahad depan. Lepas itu, boleh balik cuti. Rasa tak sabar je nak balik kampung. Kampung bukan jauh pun. Dekat je. Dekat di hati. Lagi pun, raya Idulfitri hari tu cuma 2 hari beraya kat kampung. Huhu

Apa-apa pun, wish u all berjaya dengan bergayanya dalam setiap tindakan yang dibuat. Lagi jumpa. Nak ke USM mall jap. Cari roti.

Ok, salam.

- Tiada potret seindah kenangan -

Sunday, November 2, 2008

Mimpi..

Rasanya semua insan akan bermimpi. Adakah mimpi cuma mainan tidur yang seringkali orang kata atau ia menyembunyikan begitu banyak hakikat? Adakah mimpi boleh dirancang atau terancang atau tiba-tiba boleh bermimpi atau kerana apa?.

Saintis ada mengatakan bahawa mimpi merupakan cebisan-cebisan memori yang disusun semula sebagaimana sebuah komputer membuat ’fragmentation’. Fragmentation akan berlaku pada waktu tertentu. Ia melibat memori lama dan baru sama ada memori yang kita dapat melalui pengalaman, pembacaan, pendengaran dan sebagainya. Dan kekadang memori itu bertindan. Maka tidak mustahil kalau bercampur aduk dengan ingatan lama dan baru. Betul ke?

Malam tadi aku bermimpi. Rasanya sudah 3 kali aku bermimpi tentang ’tema’ yang sama. Mudah-mudahan bila aku kongsi cerita ini, aku lebih rasa tenang. Betul ke?

Aku tidak pasti di mana tempat aku bermimpi. Tapi aku pasti tempat itu di kampus kesihatan ini. Ini kerana ramai figure-figure yang ada dalam mimpi itu adalah kenalan di kampus kesihatan ini dan tempat itu banyak menyerupai di sini

Pada waktu itu ada program peringkat kampus. Orang luar dibenarkan masuk ke dalam kampus. Kampus nampak begitu meriah. Banyak rombongan daripada sekolah-sekolah masuk ke dalam USM. Mungkin ada projek yang melibatkan sekolah. Aku kurang pasti.

Aku turun dari bilik. Foyer bawah dijadikan tempat jamuan. Kuih-muih banyak lagi. Ada macam-macam agar-agar dan puding. Nasi dan lauk pauk semua sudah habis. Aku melilau-lilau cari lauk kot-kot ada kerana kebetulan aku rasa lapar juga. Aku makan kuih je. Kebetulan waktu itu masih ada beberapa orang budak sekolah makan kat itu. Mereka turut menjemputku makan.

Selepas makan, aku menghala kakiku ke tempat lain. Aku berjumpa beberapa orang perempuan. Rasanya aku kenal. Tapi aku lupa namanya. Aku bercakap dengannya. Salah seorang perempuan itu memberitahuku bahawa beberapa orang telah ’futur’. Aku menanyakan siapakah orang-orang itu supaya aku boleh follow up. Dia memberitahu nama-nama berkenaan, namun aku minta dia tulis di atas sekeping kertas sebab bimbang aku terlupa. (Dan memang benar, aku lupa nama yang dia sebutkan). Dia lantas menulis nama-nama orang berkenaan pada sekeping kertas.

Kebetulan masa itu, lecturer dia lalu di kawasan itu. Dia minta kebenaran pergi jumpa lecturer dia sekejap. Namun malang sekali oleh sebab dia pun agak tergesa-gesa nampaknya untuk menghantar tugasan (may be assignment atau report), dia terberi kertas yang mengandungi nama itu. Then dia terus mengikuti lecturer itu. Mungkin dia sudah terlupa yang aku sedang tunggu.

Aku terus mengikut kakiku. Tiba-tiba rasanya aku berada di masjid. Ramai yang singgah di masjid itu. Di masjid ini aku jumpa ramai orang yang aku kenal. Azan berbunyi. Jadi aku terus ke tempat wuduk. Tempat wuduknya macam kolam, bukan macam satu takungan. Cuma ada satu sempadan kaki berwarna yang menunjukkan itu kolam wuduk. Rasanya macam lantai yang berisi air. (Macam kisah nabi sulaiman pulak, tapi lantainya bukannya air tapi nampak macam air). Aku ambil juga wuduk kat situ. Kolamnya agak besar. Namun oleh sebab aku tercuai kot, aku terpijak seliparku ke dalam sempadan kolam. Rasanya air mutlak dalam kolam wuduk tidak berubah sebab kolam wuduk tu besar.

Then aku terus naik ke atas masjid. Waktu itu solat sudah bermula. (Lama ke aku ambil wuduk tadi? Aku pun tidak ingat). Aku tengok susunan saf jemaah berterabur sekali. Berselang seli kumpulan jemaah muslimin dan jemaah muslimat. Dan nampak macam ada kumpulan-kumpulan tertentu, padahal mereka semua ikut imam yang sama. Kenapa tidak tersusun dan berkumpulan macam itu? Aku lalu ikut belakang sebab masjid itu nampak penuh, padahal sebab susunan saf tidak teratur. Pelik betul.

Aku cari tempat kosong. Menyelit-nyelit sikit. Aku duk di saf 3 4 baris di depan, padahal aku masuk tadi dari laluan belakang sekali. Aku kenal beberapa orang sekitar itu. Dan aku ingat. Then aku solat mengiikut imam. Sembahyang aku tidak kusyuk. Ntah apa yang aku fikir.

Yang cuma aku betul-betul kusyuk, dan hampir mengalirkan air mata dalam solat itu ialah semasa aku baca ayat, ayat semasa duduk di antara dua sujud;

” Rabbir fir li, war hamni, waj burni, wa rafa’ni, war zuqni, wah dini, wa ’afini, wa’ fu ’anni ”

Terbayang di hatiku ketika itu maksudnya;

”Ya Tuhanku. Ampunkanlah dosaku dan rahmatilah aku. Dan lindungi aku dan muliakan aku. Dan kurniakan aku rezeki dan tunjukkan aku. Dan selamatkan aku daripada percubaaan dunia dan akhirat dan ampunilah kesalah-kesalahanku”

Ayat ini rasa syahdu sangat. Rasa tenang tapi ngilu.

Then mimpiku terputus.

(dalam mimpiku juga aku jumpa beberapa orang kenalan yang cuba mengacau solatku..)

Rasanya mimpi itu semacam-macam betul je. Rasa sebuah reflection terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Aku akui memang diriku tidak jaga solatku setahun ini. Aku dihanyutkan dengan benda lain.

Dalam pada itu, aku dalam amanah untuk melaksanakan tugasan ’check and balance system’ dalam satu organisasi, namun aku cuaikan juga. Layakkah aku melaksanakan tugasan ini memandangkan diriku yang telah hanyut macam ini.

Aku cuma ’tersedar’ apabila aku memasuki masjid itu untuk solat. Di lihat jemaah dalam ’kekacauan’. Betul ke istilah aku ini?

Di manakah haluanku kini???

(Aku coretkan jua diari ini mudah-mudahan aku tidak terlupa)

Sunday, October 26, 2008

The Gift of Life

What is organ donation?
It is the gift ones body parts after death for the purpose of transplantation. Transplantation is an operation which involves the replacement of diseased and defective organs and tissues with healthy ones from donors

What are the organs and tissues that can be donated?
The commonly transplanted organs are kidneys, heart, liver, lungs, and pancreas while the transplantable tissues are eyes, bone, skin, and heart valves. Thus a single donor can save the lives of a number of people

When are the organs and tissues removed?
Only when death has been confirmed by two registered doctors. The doctors involved with certification of death are not involved in the transplant operation at all

Are there any religious objections?
No. All the major religions of the world -Islam, Christianity, Buddhism, Hinduism and Sikhisn endorse organ and tissue donation as the ultimate act of charity and benevolence

Who can be a donor?
Anyone, young and old alike can sign up to be a donor. Individuals below 18 years of age will need parental/guardian consent

What if I change my mind later?
Organ donation is voluntary and if at any point you decide against donating your organs and tissues, all you have to do is to inform your family about it

For further information, contact:
The National Transplant Resource Centre, HKL

Monday, October 20, 2008

Buku memori a.k.a buku learning issue

Kapasiti dan kebolehan memori seseorang adalah berbeza. Memori boleh dikelaskan sebagai memori sensori, memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Kesemua memori kita bemula dengan memori sensori. Pelbagai stimulus hadir dan diterima oleh kita sama ada dalam bentuk penglihatan, pendengaran, bau, rasa, dan sentuhan yang kesemua ini merupakan sensori kita. Kita akan 'ingat' apa yang kita nampak, dengar, bau, rasa atau sentuh. Namun memori sensori ini cuma boleh bertahan seketika. Jika memori sensori ini cukup signifikan kepada kita, maka ia lebih diingati kerana memori sensori ditukar kepada sensori jangka pendek atau jangka panjang. Jadi tip pertama ialah hargailah sensori kita dan jadikan ia suatu yang signifikan.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran, saya suka cadangkan supaya kita memiliki satu buku 'memori'. Kita mudah lupa apa persoalan yang terlintas di fikiran kita. Jadi masukkan apa-apa2 persoalan yang terlintas melalui sensori itu ke dalam buku 'memori'. Dan selepas itu, lakukan 'homework' dengan mencari persoalan yang ditulis dalam buku itu.

Contohnya, saya membelek folder pesakit dan menjumpai perkataan 'ADEM'. Itu persoalan baru yang saya dapat melalui penglihatan saya. Saya akan lupa perkataan ini jika tidak ditulis dalam buku 'memori'. Rugilah satu ilmu jika saya terlupa untuk mengetahui ADEM itu. Setelah balik ke bilik, saya membuat rujukan. Saya dapati ADEM ialah 'Acute demyelinating encephalomyelitis' dan saya catatkan jawapan dalam buku 'memori' itu.

Banyak benda yang akan kita belajar bila kita mempunyai 'learning issue' macam itu. Catatkan dan cari jawapan. Sebagai seorang siswa/i, saya perlu melengkapkan diri saya dengan sepenuh mungkin ilmu di dada.

Jadi tips kedua, wujudkan satu kecil 'buku memori' atau nama lain 'buku learning issue'. Catatkan segala kemusykilan, persoalan ke dalam buku. Kemudian cari jawapan learning issue berkenaan. Bawa buku kecil berkenaan ke mana sahaja meskipun di depan tv kerana mungkin ada memori sensori yang baru yang disiarkan dalam iklan tv yang perlu dijadikan learning issue. Mulakanlah sekarang..

Terapi solat




KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian. Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.
Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia. Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot. Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan. Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya. Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM. Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud. Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu. Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama. “Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit. Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

(petikan daripada Ziaudin Sharuddin zia@bharian.com.my)

Blogger: Subhanallah!

TGNA

Nik Aziz sedang dirawat, tidak dapat hadir majlis perasmian sidang DUN
20/10/2008 4:02pm

KOTA BHARU 20 Okt. — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian tidak dapat menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ketiga bagi penggal pertama tahun ini yang berlangsung selama seminggu mulai hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Aziz telah dinasihatkan oleh pakar perubatan HUSM agar berehat beberapa hari lagi.

“Doktor telah menasihatkan Menteri Besar supaya berehat di hospital untuk sehari dua lagi dan Insya-Allah bila benar-benar sihat, beliau akan kembali menghadiri persidangan Dewan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian persidangan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Ahmad berkata Nik Aziz dimasukkan ke HUSM sejak semalam dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan. Beliau merasa tidak sihat selepas turut mengadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Kuala Terengganu, selama dua hari yang berakhir Khamis lepas.

Ahmad berkata jika keadaan kesihatan Nik Aziz bertambah baik, Menteri Besar itu dijangka dapat membentangkan Bajet Negeri 2009 di persidangan Dewan nanti.

Nik Aziz, 77, yang juga Mursyidul Am PAS pernah dirawat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 2004 berikutan masalah jantung dan juga pernah dirawat kerana masalah gastrik dan tekanan darah tinggi.

— BERNAMA

Blogger: Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan TGNA. Amin...

Sunday, October 19, 2008

Jom kira kalori yang kita makan

X siswa berumur 22 tahun
Berat: 57 kg
Tinggi: 163 cm
Aktiviti: Kebanyakan masanya untuk belajar sama ada di pusat pengajian atau di hostel. Masa terluangnya bermain internet atau menonton tv. Berjoging satu round padang golf seminggu sekali

Catatan pemakanan semalam

Sarapan pagi - 8.00 pagi
Nasi lemak 3 senduk (3 x 75 kcal = 225 kcal, dengan tidak mengambil kira santan digunakan)
Ikan bilis masak sambal merah 2 sudu besar (16/40 x 65 kcal = 26 kcal; Satu sudu besar dianggarkan 8 g)
Timun 3 hiris (kalori diabaikan kerana sikit)
Telur ayam rebus 1/4 bahagian (1/4 x 65 kcal = 16 kcal)
Air kosong 1 gelas

Makan tengah hari (12.45 tgh hari)
Nasi tomato 7 senduk (7 x 75 kcal = 525 kcal)
Kuah gulai 4 sudu besar (2 x 45 = 90 kcal)
Terung/kacang panjang/bendi dalam kuah gulai 1 cawan (2 x 25 kcal = 50 kcal)
Daging lembu masak kicap 3 saiz kotak mancis yang dihiris kecil-kecil (3 x 65 = 195 kcal + minyak yang digunakan 1 sudu kecil = 45 kcal)
Acar timun 1/2 cawan (1/2 x 25 = 13 kcal)
Air kosong

Minum petang
Cekodok pisang goreng 4 ketul (4 x 75 kcal= 300 kcal + minyak 2 sudu teh 2 x 45 = 90 kcal)
Air sirap 3 sudu besar dalam 1 mug air (3 x 60 kcal = 180 kcal)

Makan malam
Roti keping 6 keping (6 x 75 kcal = 450kcal)
Air sirap 3 sudu besar dalam 1 mug air (3 x 60 = 180 kcal)

Biasanya makan;
Keropok segera 1/2 paket sehari pada waktu-waktu luang (1/2 x 480 = 240 kcal)
Jadi jumlah kalori yang dimakan oleh X ialah 2625 kcal

Saturday, October 18, 2008

Mengikut pemimpin

Sedang satu perbarisan melintasi suatu jalan, terdengar suara daripada orang ramai yang memerhatikan perbarisan itu

"Berhati-hati wahai tolol. Kamu berbaris dengan cara yang salah. Jalan ini tidak menuju ke mana-mana - ini jalan mati!"

Orang yang berbaris itu berhenti sejenak...cemas... "Betul ke kita berbaris ni salah?" Mereka berfikir dan melihat menuju ke arah depan kelihatan pemimpin mereka yang tinggi megah yang pintar memilih untuk berjalan

"Dia mesti menuju ke jalan yang betul," mereka berfikir. "Lihat bagaimana dia berbaris! Lihat bagaimana tinggi dia berdiri. Sudah tentu dia menuju ke jalan yang betul!"

...dan mereka terus berbaris

Pemimpin yang kacak berhenti sejenak...cemas... "Betul ke aku ni?" dia berfikir dan menoleh ke belakang

"Saya mesti sudah memilih jalan yang betul," dia berfikir. "Lihat betapa ramainya pengikut aku. Aku pasti memilih jalan yang betul"

...dan dia terus berbaris.

Pengajaran???

Coretan perjalanan..

Sebenarnya semalam lagi rasa nak jalan-jalan keluar kampus sekejap. Asyik terperuk dalam kampus je sebelum ni. Tapi semalam cancel ke KB sebab tunggu bas pukul 3 petang tapi pukul 3.45 petang, bas masih tak muncul-muncul. Panas betul rasanya kat perkhidmatan bas ni.

So, ubah plan nak pergi pagi esok, iaitu hari ni la. Pukul 8.00 pagi keluar bilik. Punya la lama juga tunggu bas, pukul 8.35 pagi baru bas muncul. Tambang bas RM 1.30, bas ikut laluan Jalan Bayam.

Jalan tak jam hari ni sebab masih awal pagi. So sebelum pukul 9.00 pagi bas dah sampai KB. Saya jalan-jalan la sekejap tengok kiri kanan, tengok itu tengok ini. Hajat nak ke Pasar Besar Siti Khatijah, tempat yang biasa saya tengok buah dan kuih-kuih. Hehe…

Jumpa buah rambai. Musim rambai ke sekarang? Banyak pulak tu kat pasar. Tak beli pun. Just tengok. Memang niat nak ke KB, nak tengok-tengok je. Then pergi ke bahagian kuih. Cuci mata dengan tengok-tengok kuih yang ada. Emmm..bestnya tengok! (Best ke?).

Alang-alang sampai kat pasar, kaki terus menghala kat Mydin sekejap. Tengok barang juga. Hehe. Keluar Mydin pukul 9.30 pagi. So maknanya jalan-jalan kat KB sekejap jelah. Setengah jam je. Just tengok-tengok

Yang lamanya masa tunggu bas nak balik ke USM. Tunggu bas dari pukul 9.45 pagi. Tahu tak pukul berapa bas muncul? Pukul 10.45 bas ke USM baru muncul. Sejam tu! Teruk betul. Rugi satu jam macam tu je.

Dah la tambang bas naik kerana kenaikan surcaj 30%. Kerajaan kata beri kenaikan surcaj selama sebulan je. Tapi tambang bas tak turun-turun pun walaupun dah sebulan. Biasanya tambang bas dari USM ke KB RM 1.10 - M 1.20 bergantung atas laluan. Tapi sekarang tambang dah RM 1.30 hingga RM 1.50. Tu USM ke KB. Kalau bas ekspress perjalanan jauh lagi la. Kesian kat rakyat yang naik pengangkutan awam. Kata nak menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan, tapi kalau tambang macam tu, apa nak jadi? Kata nak perkasakan pengangkutan awam, tapi hampas pun tak ada. Dulu harga petrol/diesel naik tercunak, tapi bila nak turun terhegeh-hegeh, sikit pulak tu. Melalut ke situ pulak. Rasa pilihan yang terbaik bagi rakyat berpendapatan rendah (Saya tak ada pendapatan lagi pun. Huhu) ialah motorsikal. Sem depan bawa semulalah motor nanti ke kampus.

Oh ye berbalik bab tunggu bas tadi, masa terbazir camtu je. Masa tu emas. Kalau setiap orang membazir 1 jam sehari, bayangkan betapa banyak jam produktiviti yang terbazir. Rakyat Malaysia dah hampiri 25 juta. So setiap hari 25 juta jam rugi setiap hari. Kalau satu jam bernilai RM 1, maka RM 25 juta sehari hangus. Nak membaca buku, no hal. Tapi tak kan nak baca buku sejam kat stesen bas. Kalu setakat 10 – 15 minit tu tak apalah.

Dalam bas sebelum bas gerak ke USM, sembang sekejap dengan pemandu bas. Pemandu bas kata, bas banyak uzur rosak. Emm..betul juga tu. Setakat yang saya tahu, bas kat sini banyak yang dah lama.

Masalah pengangkutan awam bukan berlaku kat sini je. Kat Terengganu, kampung halaman saya pun sama. Bahkan kat mana-mana la.

Hari raya lepas, saya ke Kuala Lumpur. Raya kat sana 3 hari. Saya tunggu bas kat bas stop kat Petronas Setiawangsa. Lama betul tunggu. Bas tak lalu-lalu. Bila tanya salah seorang pengguna lain, dia kata kekadang pemandu bas tak lalu laluan tu sebab dia short-cut kat laluan lain. Apa jenis etika pemandu bas la macam tu. Last-last terpaksa tunggu teksi. Tunggu teksi pulak kena ‘berebut’ dengan orang lain. Ada minah ni sorang senang-senang je dia potong queue, then amik teksi yang orang lain tunggu. Kalau lawa tak apa la juga. Ni tergedik-gedik tak lawa. Apa la. Benci betul la tengok perempuan yangmenyampah camtu.

Harap kerajaan cepat-cepatlah perbaiki system pengangkutan awam kita ni. Jangan pandai cakap je, duit keluar, tapi hasilnya tak ada, duit pulak ke mana. Ada cadangan nak buat train komuter inter-pekan inter-bandar kat Terengganu ikut laluan pantai. Dari Kemaman ke Dungun ke Marang ke Kuala Terengganu ke Setiu ke Besut ke Pasir Puteh, Kelantan sampai ke Tumpat.

Hangat ni. So setakat tu la dulu catatan perjalanan kali ni. Tentang pengangkutan awam yang menghangatkan

Metabolic Syndrome dan Haji

"Bulan Haji, telah tiba lagi..
Menunaikan ibadat..
Panggilan Baitullah.."

Rangkap bait yang menjadi iklan RTM sempena haji yang biasa kedengaran di televisyen. Best lagu tu. Rasa syahdu je..

Lepas solat Jumaat semalam, USMKK menjadi tumpuan bakal jemaah haji Kelantan. Kampus yang sempit ini sendat dengan deretan kenderaan dan jemaah haji yang berpusu-pusu masuk ke dalam USM bagi menjalani kursus haji di Dewan Utama. Ramai betul. Seronok tengok! Sebab tulah sebelum ni kelihatan kerja pembinaan khemah besar di tepi Dewan Utama. Ingatkan USM nak buat program mega apa.

Haji merupakan rukun Islam yang ke-5. Umat Islam yang menyempurnakan ibadat haji dikatakan seolah-olah menyempurnakan tuntutan Islam. Haji adalah wajib bagi muslim yang berkemampuan.

Malam tadi pulak, sekitar pukul 12.30 malam, saya sempat tengok bakal jemaah haji buat praktikal 'jalan kaki' mengelilingi USM. Saya kurang pasti itu praktikal bagi rukun haji yang mana. Nampak memutih je kerana memang jemaah haji pakai ihram putih.

Memang setiap malam saya suka tidur dalam gelap, sambil buka langsir bilik luas-luas. Sebelum tidur mesti merenung pemandangan malam di luar bilik sama ada kampus ni mahupun merenung langit yang bergemerlapan dengan bintang atau bergelapan tanpa bintang.

Malam tadi ketika merenung bakal jemaah haji, saya rasa kagum dengan kecekalan mak cik-mak cik, pak cik-pak cik yang dah berusia berjalan. Mereka sanggup berjalan untuk praktikal ini supaya ibadah haji yang sebenar nanti lebih teratur. Hebat!

Pada masa yang sama, saya rasa kasihan juga kerana tidak sampai hati ada yang terdecot-decot berjalan kerana uzur dan sebagainya. Ada yang terpaksa jalan slow-slow. Dalam pada itu, pada pengamatan saya, ramai yang 'berbadan besar' yang mungkin menyukarkan mereka dan membawa risiko kesihatan

Sindrom Metabolik (Metabolic Syndrome - MS) jarang disebut di Malaysia. Bahkan sepanjang saya di USM ni, jarang saya terjumpa doktor membuat diagnosis MS, padahal dari segi klinikalnya, ia sudah boleh didiagnos sebagai MS. MS juga dikenali sebagai Sindrom Metabolic X, Sindrom X, Sindrom Insulin Resistance, Sindrom Reaven's , dan CHAOS

Perkataan MS mula diperkenalkan pada awal 1950-an. Namun ia mula popular di negara maju sekitar 1970-an. Penyelidik masih berbahas tentang definisi MS. Justeru itu, pelbagai kriteria digunakan oleh pelbagai badan dunia bagi mendiagnos MS

Antara kriteria yang digunakan..

WHO (1999) menetapkan;
- pesakit itu mesti ada DM, atau IGT, atau IFG atau resistan insulin DAN sekurang-kurangnya 2 daripada berikut;

1-blood pressure: ≥ 140/90 mmHg
2-dyslipidaemia: triglycerides (TG): ≥ 1.695 mmol/L and high-density lipoprotein cholesterol (HDL-C) ≤ 0.9 mmol/L (male), ≤ 1.0 mmol/L (female)
3-central obesity: waist:hip ratio > 0.90 (male); > 0.85 (female), and/or body mass index > 30 kg/m2
4-microalbuminuria: urinary albumin excretion ratio ≥ 20 mg/min or albumin:creatinine ratio ≥ 30 mg/g
AHA pula mengkehendaki sekurang-kurangnya 3 daripada perkara berikut;
1- Elevated waist circumference:
Men — Equal to or greater than 40 inches (102 cm)
Women — Equal to or greater than 35 inches (88 cm)
2- Elevated triglycerides: Equal to or greater than 150 mg/dL
3- Reduced HDL (“good”) cholesterol:
Men — Less than 40 mg/dL
Women — Less than 50 mg/dL
4 - Elevated BP: Equal to or greater than 130/85 mm Hg or use of medication for hypertension
5 - Elevated fasting glucose: Equal to or greater than 100 mg/dL (5.6 mmol/L) or use of medication for hyperglycemia

Thursday, October 16, 2008

Dietetik



Kisah ni dah lama berlalu. Kekadang kenangannya bermain dibenak fikiran. 2004/05 ialah 'tahun cuti 'bagi aku. School luluskan untuk ku sambung cuti. Last-last sekali aku nekad ubah hala tuju. Kerana sebab tertentu, aku masih mahu stay kat kampus ni. Namun sebenarnya hatiku berperang juga ketika tu sebab kalu boleh, aku mahu pergi sejauh-jauhnya. Keputusan yg getir camni terpaksa ku buat. Tup tup aku mmilih school baruku ini.

Thanx kat dekan time tu Prof Zainul yg sudi dengar dan terima dengan terbuka. Apa yang terbayang ketika tu adalah alam baru yang mahu tak mahu mesti ditempuh. Banyak betul ranjau perlu dilalui awal2 tu. Tapi alhamdulillah, satu persatu settle. Namun macam biasalah, dulu rsaa macam orang asing yayg kena berhijrah ke penempatan baru.

Dietetik sebenarnya cuma kebetulan. Waktu masuk USM dulu masa sessi 2000/01, batch sulung dietetik adalah sama batch dariku, cuma aku kurang mengenalinya. Namun hatiku terbuka bila berhijrah ke school baru ni. Asalnya nak amik benda lain. Tp bila dah mengetahui sesuatu, aku memilih bidang ini. Thanx kpd sahabat yg menunjuk jalan ketika itu.

Tapi kini aku dah berada pada tahun akhir di school ini. Dan maybe juga, di USM ni. Kerana aku masih terpikir untuk pergi sejauh yg mungkin. Masa akan menentukan nnti....

- Tiada potret seindah kenangan -

ABCD...

(A)ccepts me as I am
(B)elieves in "me"
(C)all me when he miss me
(D)oesn't give up on me
(E)nvisions the whole of me
(F)orgives my mistakes
(G)ives unconditionally
(H)elps me
(L)oves me for who I am
(M)akes a difference in my life
(N)ever Judges
(O)ffers support
(P)icks me up
(Q)uiets my fears
(R)aises my spirits
(S)ays nice things about me
(T)ells me the truth when I need to hear it
(U)nderstands me
(V)alues me
(W)alks beside me
(X)plain things I don't understand
(Y)ells when I won't listen
(Z)aps me back to reality

Andai ku tahu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku


Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu


Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu


Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu


Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku


Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

(Lirik lagu..Andai ku tahu)

3 Veges 2 Fruits

12 Oktober lepas, student diet tahun 4 dengan kerjasama erat Pegawai Dietetik PPSK dengan jayanya telah mengadakan Kempen 3 Veges 2 Fruit di Dataran PPSK. Projek ini sebenarnya merupakan tugasan 10% daripada keseluruhan markah bagi subjek Inpatient Dietetic Placement I. Alhamdulillah bila semuanya berjalan dengan lancar. Namun biasalah, sok sek sok sek di belakang setiap benda mesti ada. Orang kata ada pros and cons.

Projek ini amat bermakna kerana ia memberi kenangan yang mendalam kepada saya. Lagipun ini tahun akhir. Yela...rasanya hubungan sesama batch menjadi lebih erat bila ada projek bersama. Lagipun dalam projek ini, kita boleh bergerak dalam setting yang sama seolah-olah berfungsi sebagai interventionist. Banyak juga pengalaman dan kemahiran baru mahupun lama dapat diasah. Dan sebenarnya ia melonjakkan nama jenama "Dietetik" ke hadapan. Kalaulah USM telah dinobatkan sebagai Universiti Apex dari kalangan semua universiti di Malaysia, semahunya saya juga idamkan Dietetik sebagai "Program Apex" yang menjadi penanda aras kepada semua program di PPSK ini. Tapi bila sudah berada dipuncak, risiko hendak 'jatuh' boleh berlaku dengan lebih senang. Jadi nama Dietetik mesti dijulang sebaik-baik.


Yang sok sek dibelakangnya pulak ialah 10% markah adalah tidak berbaloi dengan masa, tenaga, 'harta' dan usaha yang dilaburkan dalam projek ini. Penilaian 10% itu adalah subjektif. Maka 10% tidak semestinya dan mungkin tidak dicapai. Mungkin cuma dapat 8%. Atau mungkin lebih rendah dari itu. Adakah 8% itu berbaloi? Sesetengah penilaian lain untuk subjek lain seperti kehadiran ke kuliah pun sudah dapat 5% solid. Inikan pula projek 'besar' ini cuma diberi pemberat 10%?.


Perspektif lain adalah melibatkan 'contact hour'. Dikatakan 'contact hour' subjek ini sudah menjadi terlalu lama. Adakah ia adil kepada siswa/i yang hanya diberi 4 jam kredit? Kalu nak panjangkan masa, lebih baik gazetkan ia sebagai 6 atau 8 jam kredit.


Ada beberapa lagi yang menjadi tukul tambahan yang berbunyi sama ada semasa pra-projek dan post-projek. Namun semua berbalik kepada setiap penilaian seseorang itu.


Wednesday, October 15, 2008

permulaan..


Suatu permulaan...

Dah beberapa kali org mencadangkan saya buka blog. Tapi baru sekarang hati terdetik nak cuba. Tapi bimbang juga kalu tak menjadi. Harap2 jadilah. Ada banyak benda mungkin boleh dibincangkan, dikongsi bsama-sama. Ok. Lg jumpa. Salam...

- Tiada potret seindah kenangan.