Monday, November 30, 2009

Raya kali ini

Sudah berlalu raya haji untuk tahun ini 1430 Hijriah. 1 hari Nahar iaitu pada 10 Zulhijjah, dan 3 hari Tasyriq iaitu 11 hingga 13 Zulhijjah. Raya haji tahun ni saya sambut di Kedah je. Tidak berkesempatan balik kampung. Namun, mudah-mudahan apa yang dipohonkan pada malam raya ‘Idul Adha yang lepas dimakbulkan Ilahi.

Kalu di Terengganu, satu hari pada hari raya haji akan dijadikan hari menziarahi kubur. Ikutlah sama ada hari raya kedua ke, ketiga ke atau keempat. Semua penduduk kampung akan berpakat keluar ramai-ramai membersihkan kubur sanak saudara yang dah meninggalkan alam ini. Dan masing-masing akan mendoakan arwah. Tapi di Kedah ni, saya tak nampak tradisi tu di raya haji ni.

Lepas bulan ini, kita akan masuki bulan Muharram. Maka akan bermulalah tahun baru mengikut taqwim hijrah. Ia bersamaan 18 Disember 2009. Dan mudah-mudahan jua, tahun baru ini membuka lembaran baru pada diari saya. (Saya dah tak sabar untuk ke tempat baru)

Dan sesungguhnya benarlah tiada potret seindah kenangan. 

Thursday, November 26, 2009

Hr Ry Aji

Menjelang maghrib hari ni, maka kita dah masuk ke hari Jumaat. Tau ke? Bukan hari biasa tu! Tu hari penghulu segala hari. Tapi malam ni dan esok harinya tu bukan setakat itu sahaja, kita juga akan sambut Hari Raya ‘Idul Adha.

Sambut la..jangan tak sambut. Yang reti takbir raya tu, takbir la banyak-banyak. Bukan sehari je macam hari raya ‘Idul fitri…tapi 4 hari tu. Kan hebat tu!

Dan sempena raya ni, yang boleh balik umah balik kampung tu, balik la. Jumpa mak ayah, adik beradik, sanak sedara. Sementara ada kesempatan la kata kan. Bila lagi? Uhu.. selamat hari raya. Mat hem call umah malam ni.

Sempena malam raya juga, bawak la doa banyak-banyak. Saya pun nak berdoa. Ada hajat yang disampaikan. Mudah-mudahan…

Lastly, selamat hari raya kepada semua.

- Tiada potret seindah kenangan - 

Akademik: XY vs XX

Meh kita tengok sikit kajian yang dibuat Datuk Dr. Zalizan Mohd Jelas, Prof di di Fakulti Pendidikan UKM tentang jurang akademik antara saya dan dia. Eh silap. Antara lelaki dan pompuan la. Ok

Mukaddimah nak katanya, jurang akademik ni mula diberi perhatian sejak era 70-an kerana didapati prestasi akademik pompuan adalah rendah. Namun berbeza pada era tengah 90-an pulak dimana pencapaian lelaki pulak terkebelakang. Kenapa ni weh?

Buktinya keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, dan SPM, rata-ratanya  menunjukkan pencapaian pompuan lebih bagus daripada lelaki. Kenapa gitu? Oleh sebab pencapaian akademik time sekolah ini, ia menyebabkan kemasukan siswa/I ke IPT pun nampak macam tak seimbang dengan lebih daripada 70% jumlah enrolmen IPT adalah pompuan.

Apa cerita sebenarnya ni? Kita tengok factor-faktornya ye

1. Jenis persekolahan

- pencapaian pelajar pompuan lebih baik di sekolah satu jantina. Berbeza dengan lelaki yang pencapaiannya lebih baik di sekokah bercampur

2. Gaya pembelajaran

-         pelajar lelaki lebih cenderung kepada pembelajaran tidak berstruktur iaitu kepada visual, tactual, dan kinestatik serta yang melibatkan pergerakan dalam suasana tidak formal. Berbeza dengan pompuan yang sebaliknya pula
-         daya tumpuan lelaki juga lebih pendek berbanding pompuan. Ooo..lelaki cepat bosan. Ia perlukan tarikan dan berbeza. Emmmm…

Jadi tu la scenario jurang akademik dan factor yang dibincangkan dalam kajian beliau. Saranan-saranan beliau boleh dilihat dalam artikel seperti di bawah ye. Ok.

Rujukan:
Berita Harian – Bicara Akademik, Nov 24, 2009

Air...komoditi paling berharga. Berjimatlah...

Tahukah kita semua bahawa air merupakan salah satu nutrien. Bahasa mudahnya...zat makanan. Ramai yang terlupa akan fakta ini. Tanpa air, kita tak mampu bertahan lama. Air juga merupakan komoditi yang berharga. Walaupun kita mungkin dihujani dengan air yang mencurah-curah sampai banjir, kita masih tetap perlu jimatkan air. Bahkan dalam hadith, nabi pernah bersabda supaya jimatkan air ketika wuduk meskipun berwuduk di sungai. (Eh...dah lama tak ceramah ni!)


Jadi, jangan bazirkan air tak tentu pasal. Langkah-langkah penjimatan yang boleh kita lakukan…

Tandas
·         Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya yang berisipadu 6 liter atau ke bawah) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan
·         Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari
·         Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk kenalpasti sebarang kebocoran
Bilik mandi
·         Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah
·         Letakkan sebuah baldi berhampiran ketika mandi untuk mengumpul air lebihan. Ia boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram pokok
·         Tutup pancuran mandian ketika bersabun
Taman
·         Siram pokok ketika senja atau awal pagi untuk elakkan kehilangan air melalui sejatan
·         Jangan siram pokok secara berlebihan
·         Elakkan siram pokok di musim hujan
·         Elakkan baja berlebihan. Gunakan baja nitrogen berasaskan air
·         Pastikan rumput lebih kurang 6 cm krana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air lebih berkesan
·         Gunakan penyapun untuk bersihkan sampah, bukannya menyimbahnya dengan air
·         Gunakan air tadahan untuk siram pokok
Dapur
·         Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan mangkuk. Gunakan air yang ditadah di dalam sinki
·         Pastikan paip sentiasa ditutup bagi elakkan air menitis
·         Cuci sayur dan buah di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
·         Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunaakan air yang sama walaupun pakaian sikit
Garaj
·         Gunakan baldi untuk mencuci kkenderaan dan kurangkan penggunaan salur getah
·         Elakkan tumpahan minyak kerana minyak perlukan lebih air dan sabun untuk mencucinya
Sinki
·         Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi, atau bercukur. Seeloknya gunakan air di dalam bekas
·         Baiki sebarang paip yang bocor atau menitiskan air
Lain-lain
·         Cakna terhadap bil air anda dan wang yang dijimatkan boleh disimpan
·         Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkenaan dengan segera
·         Periksa system paip anda bagi mengelakkan pembaziran
·         Gunakan air tadahan hujan untuk tujan di garaj, taman, mungkin di tandas juga

Rujukan:
Berita Harian Nov 24, 2009

Tuesday, November 24, 2009

Kod etika Dietitian

Dalam melayari karier sebagai Dietitian, mahu tidak mahu ia pasti berhadapan dengan pelbagai ragam organisasi, komuniti mahupun individu. Namun ia seharusnya tidak memesongkan tugasnya bersandarkan kod etika dan garis panduan amalan sebagaimana berikut;

1.      The dietitian must continually strive to improve her/his professional knowledge, and reassess present dietetic practices in light of current research.

2.      The dietitian may advise an individual therapeutically, expert in an emergency.
i.                    Only if referred by a patient’s medical or dental practitioner ; or
ii.                  After dietary treatment has been agreed in consultation with the patient’s medical or dental practitioner; or
iii.                Via a procedure which has been previously agreed by dietitians and relevant medical staff and which is in accordance with a registrant’s professional duty.

These consideration do not preclude arrangements being made for the acceptance of referrals from other health professional providing they fall within the procedure refereed to in (iii) above.

3.      The dietitian must act impartially, and give a uniformly high standard or treatment to all people regardless of sex, race, religion, politics or socio - economic status.

4.      The dietitian must take full responsibility for the service of the therapeutic meals she/he has a responsibility to all patients to provide nutritionally adequate meals, which are an essential part of the total treatment of each patient whether directly or indirectly in her/his care.

5.      The dietitian must operate within the constraints of professional secrecy. She / he must not divulge confidential information about patients except to others involved in these treatments.

6.      The dietitian has a responsibility to related profession to appreciate their roles
and maintain harmonious relations. The dietitian must assume proper responsibilities yet know how to collaborate with other professions.


7.      The dietitian has a responsibility to interest her/ his self toward the health of the community and should participate in activities where her / his knowledge is of value.

8.      Dietitian may not improperly promote the sale of any product in connection with her/his profession as a dietitian or for her / his personal advantage for example
using a single brand name as sole description of a product or failing to mention
suitable alternatives except for those whose job requires them to do such
promotions.


9.      Dietitians employed by the commercial sector must bear in mind their professional aims, and safeguard their independence.

10.  Dietitians may not accept commission for promoting of band names from commercial firms. The Association as a whole may solicit and accept donations for the benefit of all members, so long as there is no obligation to firm, which make donations.

11.  Dietitians should act against fraud and deceptive practices in their field


 

Reference:

http://www.dietitians.org.my/html/abt_ethics.html

Rumah Kelahiran...

Saya kerap la juga lalu depan Rumah Kelahiran Tun Mahathir. Sebab ia berada di Jalan Pegawai yang kerap saya lalu. Tapi namanya Jalan Pegawai atau Jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid? Jalannya smooth je. Tak macam jalan yang sebelahnya. (Lihat posting terduhulu tentang Lebuhraya Sultan Abdul Halim).

Sepanjang saya lalu lalang kat depan rumah tu, hampir setiap kali saya nampak bas-bas yang membawa pelawat ke rumah tu. Emh..saya pernah ke rumah tu pada tahun 2002 rasanya. Masa tu time cuti panjang abis tahun 2 nak masuk tahun 3. Masa cuti panjang tu, saya amik kursus elektif. Saya dan member sorang lagi buat tajuk Galeria Perdana di Langkawi. So alang-alang sampai Kedah time tu, melawat la terus umah kelahiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 tu

Walaupun mungkin ada beberapa perkara yang saya tidak sehaluan dengan pemikiran Tun, namun saya tetap mengakui (bahkan rasanya bukan saya sahaja, tetapi juga kawan dan lawan Tun sendiri) bahawa Tun memang seorang negarawan yang amat disegani, pemikiran melangkaui zaman. Hebat!

Maka tak mustahil la rumah kelahiran beliau dilawati oleh pengunjung untuk mengetahui sendiri latar belakang Tun. Saya pun cukup teruja bila berada di sana. Tambah lagi, selepas itu saya melawat Galeria Perdana di Langkawi.

Saya terjumpa satu laman tentang Kedah ni. Sedara sedari boleh layarinya di http://www.mykedah.org/

Rajin-rajin tu, mai la jenguk-jenguk sini. Cuti-cuti Malaysia la kata kan. Semua….ada di sini…

Monday, November 23, 2009

Terbuku...

Pernahkah sedara sedari rasa macam terbuku je? Maksud saya, hati rasa macam terbuku, sebab banyak benda tak dapat diluahkan. Camna nak cakap ye. Luahan, secara literalnya perlukan keupayaan menyampaikan. Kalu boleh bercakap, tapi mesej tak sampai, apa maknanya juga kan. Kalu boleh menulis, tapi mesej tak sampai, apa maknanya juga kan.

So now, hati masih rasa terbuku. Saya memang camni. Banyak benda yang dipendamkan. Kalu boleh, biarlah saya sorang yang hadapinya. Saya nak berkongsi milik saya dengan orang lain, tapi saya nak berkongsi benda yang manis je. Saya pahit-pahit, masam-masam, pedas-pedas biarlah saya telan sendiri. Tapi sebenarnya dengan semua rasa camtu la yang memberi lebih kenikmatan kan? Emh.. tak tau la nak kata apa. Nak nasihatkan orang senang je..lembut je lidah ni melentur. Tapi bila melibatkan diri sendiri, lain pulak jadi.

Bila orang tanya, jawapan popular saya akan kata, “Belum tiba masanya”, “Next time ye”, “Kita masuk topic lain ye”, hahaha…dan macam-macam lagi. Tapi kekadang tak dapat nak elak juga…

Oh..dah nak kul 7 ni. Stop dulu sini. Nak masak dulu. (Satu lagi cara nak mengelakkan diri). Masak air lada itam sedap juga. Teringat kat kampung. Mak selalu juga masak sayur camtu. Saya pun suka. Lagipun mak ada hyperlipidemia, kencing manis, dan tekanan darah tinggi. So kena la jaga makan sikit.

Nak masak tu pun simple je. Tumis bawang lada sikit, then masuk air, then masukkan lada itam, then masukkan sayur. Senang je kan. Cara masak pun sihat. Ok, lagi jumpa

- Tiada potert seindah kenangan - 

Mengunjungi pustaka awam kedah

Selepas menghantar kawan ke hotel petang tadi dalam kul 2.30 petang, saya terus menghala ke perpustakaan awam kedah. Sebenarnya lama dah saya teringin nak ke sana. Kalu ada masa free, tempat saya suka pergi adalah pustaka. Percaya ke percaya? Sebab macam-macam saya boleh explore dalam tu. Tak puas kalu duk dalam tu. Saya ke sana petang tadi sebab nak cari info sikit tentang exam pegawai tadbir. Kalu dalam internet, ikutnya ada silibus yang perlu diketahui. So nak tau la sikit, apa bendanya tu. Esok lusa dah nak masuk exam la kata kan.

Pustaka awam kedah tu tak la sebesar atau se’gah’ pustaka awam terengganu. Tempatnya nampak kecil je. Tempat parking pun kecil, tapi boleh la. Bila saya ke dalam putaka tu, ramai betul yang ada dalam tu. Bagus la rakyat kedah ni! Kerusi hampir penuh dengan pengunjung. Dari budak-budak sampai la orang yang telah berusia. Yang comelnya, kerusi mejanya rendah-rendah. Macam kat jepun pulak yang suka saiz mini ni. Tapi bagus..menarik. Namun pustaka ni nampak compact je, mungkin tempatnya kecik, tambah pulak orangnya ramai, tambah lagi dengan lighting yang macam tak cukup..samar-samar sikit.

Saya meleretkan kaki ke rak-rak buku. Saya kurang arif lagi tentang susunan rak-rak di sini. So duk pusing-pusing la dulu tengok rak satu per satu. Tajuk-tajuk buku nampaknya hampir semua baru pada saya. Lain dari pustaka awam terengganu. Rasa nak baca je semua buku kat sini. Buku tentang dietetic pun ada. Bagusnya! Saya tertarik dengan 2 buah buku iaitu ‘Isu-isu Integriti di Malaysia’ dan ‘Panduan Menulis untuk Penerbitan’.

Hajat hati nak pinjam buku tu. So nak la buat kad ahli. So saya ke kaunter depan. Kak librarian kata, kalu nak jadi ahli pustaka situ mesti bawa gambar saiz passport sekeping, salinan i.c dan duit RM 15. Malangnya saya tak bawa gambar. So tak dapat la nak jadi ahli, then pinjam buku. Takpe la kak. Esok lusa saya datang semula. Terima kasih kak.

Then, saya ke bahagian akhbar. Banyak juga akhbar yang dilanggan. Saya duk sat kat situ sambil baca paper berita harian dan star. Abis baca paper, jam dah nak kul 4 petang dan cuaca pun macam nak ujan je. So saya keluar pustaka nak balik umah. Terlupa dah nak cari buku tentang pegawai tadbir. Aiii…. Esok masih ada, insya Allah. 

Saturday, November 21, 2009

Blog..web

Semenjak 2 menjak ni saya agak rajin juga la explore bab-bab blog
Boleh la sikit-sikit
Minta maap la ye kalu kurang memuaskan
Maklumlah...bapak budak baru nak belajar
Website baru je nak explore
Buat dah draf sikit..tapi belum update
Nanti bila ada masa-masa free, saya update dan publish
Seronok juga kekadang boleh wat keje-keje yang diluar bidang kita ni
Sambil-sambil la kata kan
Alang-alang dah ada tenet p1 wimax ni
Emh..tima kasih kat sponsor tenet ni..haha...jangan marah, cuk
Nak keluar dah ni...salam

Ujan..interview..hitam

Hari ni hari sabtu
Agaknya apa la 'hari ni dalam sejarah' yang berlaku hari ni?
Cuaca masih tak menentu
Rasanya memang akan berterusan camni sebab kelestarian alam langsung tidak dipedulikan dah sekarang
Huyo...tu sebahagian ayat-ayat usm tu
Dah nak 2 minggu ujan je sini...kekadang rintik..kekadang lebat..sesekali mentari menerbitkan diri
Emh..ingatnya nak pi pekan sat pagi ni
Nak beli kemeja hitam
Belum ada kemeja tu
Sebelum-sebelum ni, saya interview pakai kemeja apa-apa pun
Asalkan kemas
Tapi kali ni nak juga praktis apa yang saya belajar dulu
Untuk interview, better pakai kemeja hitam, kalu tak pakai kot hitam
Kemeja hitam..seluar hitam..kasut hitam
Katanya hitam lambang komitmen, bersungguh, berpendirian dan lain-lain
Walaupun sedikit sebanyak saya kurang setuju, kekadang kena la cuba
Kita jangan la pandai komen je, tapi tak pernah merasanya
Sebab tu saya tak komen sebarang je bab-bab masakan ke makanan ke kalu saya sendiri tak cuba
Daripada pengalaman saya, cakap itu ini nasihat itu ini kat orang...senang je
Tapi bila kita sendiri nak buat...masya Allah...susah nak buat
Camna la nak kata kepimpinan melalui teladan ni..

Trip

Apa habaq?
Malam ni 21/11/09 saya akan ke kota bharu kelantan
Naik bas mutiara ekpsress kul 10.00 malam
Ada interview di sana.
Tak study pun kali ni
Mudah-mudahan dipermudahkan urusan di sana
(Akan cerita tentang interview tu dalam posting akan datang)
Then malam tu terus balik alor setar
Naik bas transnasional 9.30 malam
Tak jadi la balik raya aji kat terengganu
Plan asalnya nak balik terus ke terengganu sat
Tapi kena balik alor setar sebab nak study sikit untuk exam pegawai tadbir
Mudah-mudahan dipermudahkan jua urusan di sini
Amiiin....

Thursday, November 19, 2009

Beauty of Mathematics!!!

Look at this....

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Now, take a look at this...

101%

From a strictly mathematical viewpoint:

What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%? Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%? We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER 100%. How about ACHIEVING 101%? What equals 100% in life?

Here's a little mathematical formula that might help answer these questions:

If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:  H-A-R-D-W-O- R- K is 8+1+18+4+23+ 15+18+11 = 98%

And: 

K-N-O-W-L-E-D-G-E
is 11+14+15+23+ 12+5+4+7+ 5 = 96%

But: 

A-T-T-I-T-U-D-E
is 1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you: 

L-O-V-E-O-F- G-O-D
is 12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

It's up to you if you share this with your friends & loved ones just the way I did..

Have a nice day & God bless!!



(Saya kata: Terima kasih di atas kiriman input ini...)

Tuesday, November 17, 2009

Dia kata vs kita kata...

(Ada orang kirim surat dalam email saya. Huyooo...haha. Baru buka email awal-awal pagi tadi. Meh kita kongsi-kongsi tengok apa surat tu kata...bukan dia kata dan kita kata ok! Mungkin ada benda dalam tu...)

FiKiRkAnLaH...

Bila kita syg org tu Kita terima je apa yg org tu kata Tp bila dia kata kita? Hati kata takpe manusia tak perfect....

Bila kita syg org tu Kita tnggu dia lame pn x pe Tp bila dia tnggu kita???dia mrh2 Hati kata ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu....

Bila kita syg org tu Kita x tdo pn x pe lyn dia yg ngah bosan, Tp bila kita bosan¿ Ada dia layan kita? HAti kata x pe dia busy kot.....

Bila kita syg org tu Kita gdh ngan dia, kita diam je Tp dia heboh 1 dunia HAti kata x pe, dia tension tu.....,

Bila kita syg org tu Kita kol nak ckp ngan dia Tp dia pulak xjawab fon¿ Bila jd cm2, x pe HAti kata, x pe k buat cam ne dh nasib...

Bila kita syg org tu Kita bercerita dgn dia,ibarat crita ngan tunggul lg baik Tp bila dia bercerita ngan kita Kita dgr, sepatah2 kite ingt HAti kata x pe syg la katakn...

Bila kita syg org tu Kita sanggup bg dia rest bila dia letih, Tp bila kita letih, dia srh jugak kita lyn dia bila dia bosan Adil ker? HAti kata, ala bukan selalu pun..

Bila kita syg org tu Kita jadi cam org gila bila dengar dia sakit, Tp bila kita sakit, Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan hari kesakitan kita, HAti kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam....

Bila kita syg org tu Kita x prnh pntingkan diri sndri Tp dia hpokrit thp ngaban HAti kata x pe, dia mmg cm2 kene lah trima..

Bila kita syg org tu Kita syg nk tngglkn dia slama2nya Tp dia x tahu kita berdpn dgn maut, Wlpn kita skt,dia kata kat kita,sakit bese2 jer, jgn nk mngarut HAti kata, cmnelah dia bila kita x de, msti dia hepi..

Bila kita syg org tu Kita x snggp tngk dia derita Tp dia x prnh hargai diri kita, HAti kata, tau x btapa kita syg kan dia????

Bila kita syg org tu Kita snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia Tp adakah dia tahu pngrbanan yg kita lakukan itu???... fikir2kan...

STPM dan SPM

Esok 18/11/09 akan bermulalah exam STPM sampai la 10/12/09. Dilaporkan lebih 55 ribu calon akan amik periksa. Exam SPM pula sama juga tapi sampai 16/12/09. SPM lagi la ramai.

Sempena cucaca yang tak menentu semenjak dua menjak ni, berjaga-jaga la ye. Sediakan payung sebelum ujan. Juga jaga kesihatan molek-molek. Jangan main ujan lama-lama. Best juga main ujan sebenarnya. Masa saya kecik-kecik dulu, rajin la juga main ujan. Bila dah besar ni, malu la pulak. Kenapa ye? Emh..sempena wabak penyakit yang merata-rata sekarang ni macam H1N1 la, denggi la, tu la, berwaspada la juga.

Jangan lupa persiapan kendiri sama ada fizikal, mental, dan emosi. Bawa bertenang dan doa banyak-banyak. Doa bukan time exam je ok. Wish kat calon STPM juga SPM atau kat kekawan atau adik yang ada exam tu…Selamat Maju Jaya.

Ha...adik saya pun ada yang amik SPM tahun ni. Namanya Mat Zam. Wat molek-molek ye mat zam. Main, main la juga. Tapi study..exam kena la juga. Uhu. Dia bizi dengan sukan dia je sebelum-sebelum ni. Mat hem nak beri insentif sikit ni. RM 20 bagi setiap A, RM 10 bagi setiap B. Gred-gred lain takda insentif ok. Insentif ini ditawarkan serta merta dan hanya untuk SPM tahun 2009 ni. Uhu..

Dalam fimili saya, ada 3 orang yang pernah amik exam STPM ni. Sorang tu nama Kak Ja yang sekarang ni keje kat kelang, grad UUM. Sorang lagi, adik nama nama Mat Ju yang dah kawin sekarang ni keje kat Terengganu kite, dan sorang lagi adik juga nama Mat Man, sekarang ni tengah ngaji kat UKM. Yang lain-lain amik exam SPM termasuk saya ni. Uhu. Saya exam SPM 1998. Apa khabar kawan-kawan lama?

Saya tak merasa exam STPM ni. So tak tau la camna kan. Agaknya camna la examnya. Exam SPM tu…emh..macam tu la. Oh ye..tima kasih banyak-banyak kat cikgu-cikgu sekolah lama, Sek. Men. Keb. Padang Midin. Luv 2 cikgu. Insya Allah, saya akan turun ke sekolah semula nanti. Tu jelah. Selamat ye semua. Lagi jumpa

Ari Ry Aji..

Monday, November 16, 2009

2 Feb 1981

Sambil-sambil menaip, sempat juga termenung merenung diri dalam realiti. Ooo…memang dah berusia aku ni. Dalam seusia aku ni, agaknya apa la yang telah aku buat, apa la yang telah aku capai, apa la yang aku sumbangkan.

Malu rasanya nak bandingkan diri dengan tukang sapu sampah atau pencuci lantai atau sesapa jelah. Kalu tukang sapu sampah, ada la juga sumbangan baktinya kepada alam ini. Nampak pada kerjanya sapu sampah je. Tapi besar maknanya tu. Mudah-mudahan ada yang betul-betul berkhidmat. Teringat kat cite Duyong.

Aku lahir pada tanggal 2 Feb 1981, sekitar waktu sahur gitu sebelum subuh. Tapi bukan bulan puasa la. Kalu tukar ke tarikh hijri, pada 28 Rabiul Awal 1401. Boleh rujuk laman web berikut kau nak semak tarikh kita.


Sambung lagi…
Hari ni 16 Nov 2009 atau 30 Zulkaedah 1430.
Emh…maknanya umur aku dalam...
28 tahun, 9 bulan, 14 hari kalu ikut tarikh Masihi, atau
29 tahun, 8 bulan 2 hari kalu ikut tarikh Hijri

Kalu tak boleh buat semua, janganlah tinggalkan semua. Ingat tu.
Dekat nak raya aji dah ni. Dan selamat mendapat aji mabrur kepada jemaah aji kat juga..

-Mencari diri dalam realiti-

Kembara di negeri orang

Khamis ni ada interview kat Bayan Lepas. Asalnya kurang pasti juga tentang interview tu. Tapi nak juga merasa benda baru. Emh..tapi masih lagi dalam skop speciality saya. Mudah-mudah dipermudahkan.

Pernah melalui pengalaman ‘rasa’ camni. Saya orang baru belajar. Macam-macam fikir…tempat baru, persekitaran baru, orangnya camna, boleh ke survive nanti, kalu ada masalah nak minta tolong siapa, dan macam-macam lagi la.

Jadi saya faham benar bila berkeadaan camni. Emh..jadi rasanya tak salah kalu saya ingin hulurkan bantuan untuk orang ‘baru’ camtu. Kalu datang ke Alor Setar ni, dan tak tahu nak ke mana-mana, dan takda sesapa kat sini, hubungilah saya. Insya Allah, setakat yang boleh, saya tolonglah apa yang patut.

Saya masih ingat semasa saya sampai Alor Setar ni dulu…21/2/09. Masa tu saya masih praktikal kat hospital terengganu. Saya datang sini kerana interview. Memang takda idea kat mana nak pergi. Sampai-sampai je kat Shahab Perdana awal-awal pagi pulak tu, yang saya fikir ialah saya nak duk mana sekejap, rest-rest sikit. Usha punya usha, betul-betul depan stesen bas tu, saya nampak beberapa motel. Terus la terfikir…mungkin ada tempat berteduh. Ceh…jiwang gitu.

Usha-usha sikit. Then check-in la Zabatrah Motel. Tima kasih ye tuan punya motel tu. Pakcik apa nama dia. Syukur sangat-sangat sebab ada tempat. Saya ni kiranya jenis apa-apa pun boleh. Duk motel pun, motel la. (Tapi dalam bab tertentu, saya cukup cerewet dan memilih. Next time cite). Yang paling saya cerewet bila nak ke mana-mana ni, saya mesti jumpa air..untuk mandi dan minum. Kalau keperluan ni tak terjamin, jangan haraplah.

Hari tu saya rest je. Esoknya 22/2 interview. Naik teksi pi sana. Then naik teksi balik ke motel. Malamnya tu, saya terus balik Terengganu. Pengalaman tu… Tiada potret seindah kenangan.

Then alhamdulillah, saya datang semula ke Alor Setar 10/5/09. Time tu saya dah ada arah tujunya. Sebab saya dah ada tempat berteduh. Juga ada orang yang saya nak rujuk kalu ada apa-apa. Maklumlah duk berjauhan dengan famili ni. Uhu uhu. So dedikasi tima kasih sangat-sangat kat my junior Safwan, juga Makcik Arina dan keluarganya yang sudi terima saya sebaik-baiknya bila saya di Alor Setar ni. Orang yang pernah bersama ‘membina saya’, akan saya kenang dan balas hingga ke akhirnya.

Pisang emas di bawa belayar (Kenapa pisang emas, bukan pisang lain?)
Masak sebiji di atas peti (Bukan peti sejuk. Dulu takda peti sejuk)
Hutang emas boleh ku bayar (Yeke boleh bayar?)
Hutang budi membawa mati (Betul!!!!)
Terima kasih…

Lagi sekali…tiada potret seindah kenangan…

Canin lupus

“Alangkah tak selesanya”. Pernah dengar ayat tu dalam iklan? Ntah..iklan apa ntah. Sungguh tak selesa!!. Dalam posting terduhulu saya pernah tulis ‘hidup dalam sampah’, tapi sekarang saya nak tambah lagi. Apa dia? Saya hidup dalam bandaraya manusia ke atau bandar komuniti Canin lupus? Canin lupus tu nama saintifik anjing la.

Saya kurang pasti la bandar-lain atau tempat-tempat lain camna. Tapi kat sini saya rasa tak selamat je. Ada la dulu sekali umah dimasuki pencuri. Tapi pasal anjing kat merata-rata tempat ni lagi tak selamat. (Walaupun belum pernah digigit anjing. Dikacau anjing pernah la).

Kenapa banyak anjing ni? Terbiar camtu je. (Bukan macam rumah terbiar). Kat kedai makan pun ada anjing duk lepak-lepak baring-baring gitu. Nak kata bersih tu, huh…geli tengoknya…kotor. Dan macam mana orang-orang kita boleh hidup dalam persekitaran beranjing camtu. Selesa camtu? Memang banyak la. Kalu waktu malam, lagi la banyak. Uuuuuu..takut!!!

Meh kita tengok apa prosedur tentang anjing ni. Nak bela kena lesen ok. Bukan main-main bela je. Pihak berkuasa tempatan tolong la amik tindakan yang patut. Boleh buat duit apa dengan anjing ni. Nak dapat status bandaraya kena la kreatif mencari duit. (Tengok posting saya tentang kriteria penarafan bandaraya). Apa kata pihak berkuasa tempatan dalam bab lesen anjing?

Jawapannya;

  1. Semua anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
  1. Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
  1. Bayaran lesen anjing adalah RM 10.00 bagi setiap seekor anjing.
  1. Lesen yang hilang tidak akan diganti. Tuan punya anjing hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
  1. Lencana logam yang dikeluarkan oleh Pihak Majlis hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Menyediakan tali gantung lencana logam adalah tanggungjawab tuan punya anjing.
  1. Semua anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP + PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doktor veterinar yang berdaftar.
  1. Rumah anjing hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih daripada najis anjing.
  1. Tuan punya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak dengan berterusan, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
  1. Anjing hendaklah sentiasa diikat dan memakai sarung mulut (muzzle) apabila dibawa keluar daripada tempat ia biasa dipelihara / disimpan.
  1. Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
  1. Hanya 2 ekor anjing sahaja dibenarkan dipelihara pada satu-satu masa.
  1. Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kekacauan, menganggu orang awam atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
  1. Tuan punya anjing dikehendaki menyediakan dan mempamirkan papan tanda "ADA ANJING DI SINI " di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
  1. Tuan punya anjing yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500.00 atau denda RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
  1. Mengemukakan Salinan Kad Pengenalan serta Gambar Pemohon Berukuran Pasport sebanyak sekeping
Kalau la peraturan semua tu dikuatkuasakan, baru la aman. Tambahan pulak, ni kan Kedah Darul Aman. Kesedaran kita semua pun sama penting. Biarlah kita hidup aman sikit. Mari kita Membangun Bersama Kedah!! (Mentang-mentang la duk sini sekarang kan)

H1N1 bukan B1N1

3 4 hari lepas, hidung ni asyik meleleh je. Macam budak-budak. Tapi pada masa tertentu je. Bila camni, teringat tentang H1N1. Update tentang H1N1 boleh didapati di laman KKM, tidak lagi disiarkan dalam media kecuali ada kes kematian. Rasanya belum terlambat untuk saya kupaskan hal ni.

Emh..sebelum tu nak dedikasi tima kasih kat Kedah State Epidemiologist yang berjaya memberi input baru tentang benda ini suatu masa dulu. Saya suka benar input-input baru camtu. Rasa macam bercampah sikit fikiran. Bila sebut camtu, teringat kat Prof Zabidi, bekas Dekan Sains Perubatan USM. Kalu dia bercakap, sedap betul dengar. Banyak benda baru boleh belajar. Tabik la Prof. Nak sangat jadi hebat camtu. Mudah-mudahan…

H1N1…kali ini..

Ia bermula dengan  penemuan kes Influenza-like Illness (ILI) di Mexico pada 18 Mac 2009. Semenjak itu, kes ILI semakin meningkat dengan kes pneumonia atipikal turut dikesan dan meningkat.

Pada awalnya ia dikenali sebagai selesema babi (Swine flu). Ia merupakan penyakit pernafasan yang senang berjangkit pada babi (takpe ke sebut babi ni? kalu panggil oinl oink ok tak? Selesema Oink oink) yang disebabkan oleh virus Influenza A.

Lazimnya babi akan mendapat sakit jika dijangkiti dengan virus itu, namun amat jarang mati kerana itu. Hanya 1 – 4% babi sahaja yang mati disebabkan virus itu.

Virus Influenza A sentiasa berubah secara berterusan sama seperti virus selesema lain. Influenza A mempunyai 16H subtype dan 9N subtype. 4 jenis subtype utama yang telah diisolasi dalam babi iaitu H1N1, H1N2, H3N1, dan H3N2.

H1N1 biasanya menjangkiti babi. Namun kekadang ia merentasi spesis dengan menjangkiti manusia juga. Selain virus itu, babi juga boleh dijangkiti oleh virus Avian (virus selesema burung), virus manusia bermusim (human seasonal influenza).

Oleh sebab babi boleh dijangkiti oleh lebih dari satu jenis virus pada satu-satu masa, ia telah menyebabkan berlakunya pengubahsuaian genetik (gene mixing – reassortment) yangmenghasilkan subtype baru yang berbeza dari virus induk.

Selepas 30 April 2009, nama selesema babi telah ditukar kepada Infuenza A H1N1. Ia sememangnya virus yang baru yang berbeza kerana ia mengandungi gen dari virus selesema babi, burung dan manusia.

Cara jangkitan adalah secara ‘person to person’ melalui partikel besar cecair pernafasan (large particle respiratory droplet transmission). Maknanya jangkitan daripada orang yang berpenyakit hanya akan berlaku pada jarak kurang 1 meter. Ini kerana droplet itu tidak kekal lama dalam udara dan bertaburan pada jarak dekat kurang 1 meter. Droplet lebih berat berbanding udara. Ianya bukan penyakit air-borne seperti penyakit batuk kering. Namun jangkitan boleh berlaku jika permukaan yang tercemar disentuh. Buat masa sekarang, semua cecair respiratori dan bendalir badan lain dianggap sebagai boleh berjangkit.

Gejala dan symptom penyakit H1N1 lebih kurang sama seperti selesema bermusim yang lain iaitu demam, batuk, sakit kepala, sakit kerongkong, muntah, sakit otot, menggigil, letih, dan cirit-birit

Banyak kes kematian adalah berkaitan dengan kegagalan pernafasan, pneumonia dan ARDS. Kes kronik / kematian dilaporkan berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang lain iaitu penyakit peparu / jantung kronik, kencing manis, penyakit kelemahan sistem imun, obesiti. (Susah nak guna bahasa Melayu explanation saintifik)

Jika coretan sejarah dikorek kembali, sebenarnya penyakit ini bukan benda baru dalam dunia ini. Ia berlaku suatu masa dulu.
  • 1918 - Spanish flu, oleh H1N1 (40 - 50 juta mati)
  • 1957 - Asian flu, oleh H2N2 (1 – 4 juta mati)
  • 1968 - Hong Kong flu, oleh H3N2 (1- 4 juta mati)
  • 1977 - Russia flu, oleh H1N1

Saturday, November 7, 2009

Bandaraya Alor Setar







Alor Setar merupakan bandaraya yang ke-8 selepas merdeka dimasyhurkan berstatus bandaraya, iaitu pada 21 Disember 2003. Pemasyhuran status bandaraya perlu melalui penganugerahan watikah yang ditandatangi oleh Yang Dipertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan. (Sebab itulah Kota Bharu bukan betul-betul bandaraya – Kota Bharu Bandaraya Islam)

‘Alor Setar’ merupakan ejaan yang tepat setelah ditukar dari perkataan ‘Alor Star’ pada 14 Jan 2009. Istilah ‘Alor Star’ muncul kerana bandar ini dulunya dimasyhurkan dengan nama Bandaraya Alor Star, bukan Bandaraya Alor Setar. Kemudian ditukar semula pada nama asalnya. Ia bersempena nama sejenis pokok iaitu pokok setar.

Nak dapat ‘title’ sesuatu, mesti la ada sesuatu juga yang melayakkannya. Nak dapat status bandaraya perlu memenuhi criteria;
·        Pusat pentadbiran negeri (kecuali Miri, dan Petaling Jaya diberikan ‘title’ tanpa criteria ini)
·        Penduduk tidak kurang daripada 300 000 orang
·        Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang dari RM 80 juta setahun (Apakah implikasinya? Cuba fikirkan dulu)
·        Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat
·        Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yg kukuh
·        Merupakan pusat pengajian tinggi yang lengkap dengan maktab, universiti, dan perpustakaan
·        Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting

Namun kriteria di atas diperketatkan lagi pada 3 Jun 2008 iaitu; jumlah penduduk dinaikkan tidak kurang daripada 500 000 orang dan pendapatan tahunan tidak kurang dari 100 juta. Ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri tidak dapat menaik taraf bandarnya sebagai bandaraya

Jalan apa ni?

10.30 am
Nov 7, 2009

Sebenarnya lama dah saya nak hamburkan hal ni. Kalu pendam, rasa semacam je. Hampir setiap hari saya akan melalui jalan itu. Dan hampir setiap hari juga la saya rasa sakit hati. (Kenapa hati asyik sakit je ni? Harapnya bukan liver disease). Jalan yang paling teruk yang pernah saya guna setakat ni sepanjang saya hidup ialah jalan kat simpang Dato’ Wan Mohd Saman (Kenal tak? Sila rujuk buku sejarah ye) ke pekan Simpang Kuala. Geram betul rasanya. Kalau la berlaku accident kat situ, saya yakin factor besar adalah jalan yang teruk melampau-lampau. Lubang sana, lubang sini, tak rata, akar pkok timbul, sempit dan macam-macam lagi la. Nama je Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Tapi memalukan sultan je kalu jalan teruk camtu. Kena tulah sultan baru tau. Lagipun tidak layak guna nama lebuhraya kalu maintenance jalan tu fail. Siapa yang bertanggunjawab ni? Bukan salah ibu mengandung, ok.

Bila sebut pasal jalan ni, nak kongsi sikit tentang jalan raya. Apa benda sebenarnya. Setiap tahun, bila musim perayaan, akan ada Ops Sikap kan. Bila sebut Ops sikap, maka mesti keluar statistic kemalangan, kematian dan lain-lain. Dan kalau kita perasan, akan tertera istilah ‘lebuh raya’, ‘jalan persekutuan’, ‘jalan negeri’, dan ‘jalan bandaran’. Perasan tak ni?!!

Pertama, yang dimaksudkan dengan jalan raya ialah ia perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
  • Digunakan untuk kenderaan bermotor
  • Digunakan untuk orang awam
  • Dibiayai oleh badan awam
  • Penggunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan

Dan….bukan semua jalan yang dilalui kenderaan bermotor adalah jalan raya. Di Malaysia tersayang kita ni, jalan raya yang sah perlu diwartakan oleh pihak berkuasa.

Kedua, jalan di Malaysia ni juga boleh terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
  • Lebuh raya – jalan raya utama berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4 lorong (2 bagi setiap arah laluan) yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bersingkat.
  • Jalan persekutuan – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan
  • Jalan negeri – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan negeri
  • Jalan bandaran – juga dikenali sebagai jalan taman
  • Lain-lain jalan

Sebenarnya peruntukan jalan adalah dari kerajaan pusat kerana hal ehwal jalan adalah dalam skop Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya. Ia diperuntukan melalui geran yang dikeluarkan kepada negeri-negeri. Rekod terperinci tentang jalan yang ada di Negara kita ni ada dalam Sistem Matlumat Rekod Jalan raya Malaysia (Malaysian Road Records Information System – MARRIS)

Ketiga, macam nak kenal jalan tu jenis jalan apa? Kita boleh kenalpasti melalui kod yang diberi seperti;
  • Lebuh raya – akan bermula dengan huruf E, dan disusuli dengan nombor (contohnya E2)
  • Jalan persekutuan – bermula terus dengan nombor (contohnya 5)
  • Jalan negeri – bermula dengan kod huruf negeri (contohnya K utk Kedah, T – Terengganu, dan disusuli dengan nombor)

Biasanya kita boleh jumpa kod-kod ni kat lebuh raya dan persimpangan utama. Perasan ke tak agaknya.

Keempat, di Malaysia, panduan dan garis panduan rekabentuk / kriteria rekabentuk untuk lebuhraya dan jalan-jalan utama telah disediakan dan perlu dipatuhi. Kebanyakan garis panduan / kriteria ini disediakan oleh JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Manakala kebanyakan jalan-jalan untuk kampung dan luar bandar serta taman ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Daerah

So, nak jadi ceritanya, Lebuhraya Sultan Abdul Halim adalah berkod 1. so maknanya merupakan jalan persekutuan. Geram punya pasal, dapat la tau asal usul jalan. Kekadang bagus juga geram-geram ni. Rasa nak tau je…