Monday, November 16, 2009

H1N1 bukan B1N1

3 4 hari lepas, hidung ni asyik meleleh je. Macam budak-budak. Tapi pada masa tertentu je. Bila camni, teringat tentang H1N1. Update tentang H1N1 boleh didapati di laman KKM, tidak lagi disiarkan dalam media kecuali ada kes kematian. Rasanya belum terlambat untuk saya kupaskan hal ni.

Emh..sebelum tu nak dedikasi tima kasih kat Kedah State Epidemiologist yang berjaya memberi input baru tentang benda ini suatu masa dulu. Saya suka benar input-input baru camtu. Rasa macam bercampah sikit fikiran. Bila sebut camtu, teringat kat Prof Zabidi, bekas Dekan Sains Perubatan USM. Kalu dia bercakap, sedap betul dengar. Banyak benda baru boleh belajar. Tabik la Prof. Nak sangat jadi hebat camtu. Mudah-mudahan…

H1N1…kali ini..

Ia bermula dengan  penemuan kes Influenza-like Illness (ILI) di Mexico pada 18 Mac 2009. Semenjak itu, kes ILI semakin meningkat dengan kes pneumonia atipikal turut dikesan dan meningkat.

Pada awalnya ia dikenali sebagai selesema babi (Swine flu). Ia merupakan penyakit pernafasan yang senang berjangkit pada babi (takpe ke sebut babi ni? kalu panggil oinl oink ok tak? Selesema Oink oink) yang disebabkan oleh virus Influenza A.

Lazimnya babi akan mendapat sakit jika dijangkiti dengan virus itu, namun amat jarang mati kerana itu. Hanya 1 – 4% babi sahaja yang mati disebabkan virus itu.

Virus Influenza A sentiasa berubah secara berterusan sama seperti virus selesema lain. Influenza A mempunyai 16H subtype dan 9N subtype. 4 jenis subtype utama yang telah diisolasi dalam babi iaitu H1N1, H1N2, H3N1, dan H3N2.

H1N1 biasanya menjangkiti babi. Namun kekadang ia merentasi spesis dengan menjangkiti manusia juga. Selain virus itu, babi juga boleh dijangkiti oleh virus Avian (virus selesema burung), virus manusia bermusim (human seasonal influenza).

Oleh sebab babi boleh dijangkiti oleh lebih dari satu jenis virus pada satu-satu masa, ia telah menyebabkan berlakunya pengubahsuaian genetik (gene mixing – reassortment) yangmenghasilkan subtype baru yang berbeza dari virus induk.

Selepas 30 April 2009, nama selesema babi telah ditukar kepada Infuenza A H1N1. Ia sememangnya virus yang baru yang berbeza kerana ia mengandungi gen dari virus selesema babi, burung dan manusia.

Cara jangkitan adalah secara ‘person to person’ melalui partikel besar cecair pernafasan (large particle respiratory droplet transmission). Maknanya jangkitan daripada orang yang berpenyakit hanya akan berlaku pada jarak kurang 1 meter. Ini kerana droplet itu tidak kekal lama dalam udara dan bertaburan pada jarak dekat kurang 1 meter. Droplet lebih berat berbanding udara. Ianya bukan penyakit air-borne seperti penyakit batuk kering. Namun jangkitan boleh berlaku jika permukaan yang tercemar disentuh. Buat masa sekarang, semua cecair respiratori dan bendalir badan lain dianggap sebagai boleh berjangkit.

Gejala dan symptom penyakit H1N1 lebih kurang sama seperti selesema bermusim yang lain iaitu demam, batuk, sakit kepala, sakit kerongkong, muntah, sakit otot, menggigil, letih, dan cirit-birit

Banyak kes kematian adalah berkaitan dengan kegagalan pernafasan, pneumonia dan ARDS. Kes kronik / kematian dilaporkan berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kesihatan yang lain iaitu penyakit peparu / jantung kronik, kencing manis, penyakit kelemahan sistem imun, obesiti. (Susah nak guna bahasa Melayu explanation saintifik)

Jika coretan sejarah dikorek kembali, sebenarnya penyakit ini bukan benda baru dalam dunia ini. Ia berlaku suatu masa dulu.
  • 1918 - Spanish flu, oleh H1N1 (40 - 50 juta mati)
  • 1957 - Asian flu, oleh H2N2 (1 – 4 juta mati)
  • 1968 - Hong Kong flu, oleh H3N2 (1- 4 juta mati)
  • 1977 - Russia flu, oleh H1N1

No comments: