Thursday, November 26, 2009

Air...komoditi paling berharga. Berjimatlah...

Tahukah kita semua bahawa air merupakan salah satu nutrien. Bahasa mudahnya...zat makanan. Ramai yang terlupa akan fakta ini. Tanpa air, kita tak mampu bertahan lama. Air juga merupakan komoditi yang berharga. Walaupun kita mungkin dihujani dengan air yang mencurah-curah sampai banjir, kita masih tetap perlu jimatkan air. Bahkan dalam hadith, nabi pernah bersabda supaya jimatkan air ketika wuduk meskipun berwuduk di sungai. (Eh...dah lama tak ceramah ni!)


Jadi, jangan bazirkan air tak tentu pasal. Langkah-langkah penjimatan yang boleh kita lakukan…

Tandas
·         Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya yang berisipadu 6 liter atau ke bawah) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan
·         Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari
·         Sentiasa melakukan pemeriksaan untuk kenalpasti sebarang kebocoran
Bilik mandi
·         Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah
·         Letakkan sebuah baldi berhampiran ketika mandi untuk mengumpul air lebihan. Ia boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram pokok
·         Tutup pancuran mandian ketika bersabun
Taman
·         Siram pokok ketika senja atau awal pagi untuk elakkan kehilangan air melalui sejatan
·         Jangan siram pokok secara berlebihan
·         Elakkan siram pokok di musim hujan
·         Elakkan baja berlebihan. Gunakan baja nitrogen berasaskan air
·         Pastikan rumput lebih kurang 6 cm krana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air lebih berkesan
·         Gunakan penyapun untuk bersihkan sampah, bukannya menyimbahnya dengan air
·         Gunakan air tadahan untuk siram pokok
Dapur
·         Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan mangkuk. Gunakan air yang ditadah di dalam sinki
·         Pastikan paip sentiasa ditutup bagi elakkan air menitis
·         Cuci sayur dan buah di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
·         Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunaakan air yang sama walaupun pakaian sikit
Garaj
·         Gunakan baldi untuk mencuci kkenderaan dan kurangkan penggunaan salur getah
·         Elakkan tumpahan minyak kerana minyak perlukan lebih air dan sabun untuk mencucinya
Sinki
·         Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi, atau bercukur. Seeloknya gunakan air di dalam bekas
·         Baiki sebarang paip yang bocor atau menitiskan air
Lain-lain
·         Cakna terhadap bil air anda dan wang yang dijimatkan boleh disimpan
·         Maklumkan sebarang kerosakan paip kepada pihak berkenaan dengan segera
·         Periksa system paip anda bagi mengelakkan pembaziran
·         Gunakan air tadahan hujan untuk tujan di garaj, taman, mungkin di tandas juga

Rujukan:
Berita Harian Nov 24, 2009

No comments: