Saturday, November 7, 2009

Jalan apa ni?

10.30 am
Nov 7, 2009

Sebenarnya lama dah saya nak hamburkan hal ni. Kalu pendam, rasa semacam je. Hampir setiap hari saya akan melalui jalan itu. Dan hampir setiap hari juga la saya rasa sakit hati. (Kenapa hati asyik sakit je ni? Harapnya bukan liver disease). Jalan yang paling teruk yang pernah saya guna setakat ni sepanjang saya hidup ialah jalan kat simpang Dato’ Wan Mohd Saman (Kenal tak? Sila rujuk buku sejarah ye) ke pekan Simpang Kuala. Geram betul rasanya. Kalau la berlaku accident kat situ, saya yakin factor besar adalah jalan yang teruk melampau-lampau. Lubang sana, lubang sini, tak rata, akar pkok timbul, sempit dan macam-macam lagi la. Nama je Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Tapi memalukan sultan je kalu jalan teruk camtu. Kena tulah sultan baru tau. Lagipun tidak layak guna nama lebuhraya kalu maintenance jalan tu fail. Siapa yang bertanggunjawab ni? Bukan salah ibu mengandung, ok.

Bila sebut pasal jalan ni, nak kongsi sikit tentang jalan raya. Apa benda sebenarnya. Setiap tahun, bila musim perayaan, akan ada Ops Sikap kan. Bila sebut Ops sikap, maka mesti keluar statistic kemalangan, kematian dan lain-lain. Dan kalau kita perasan, akan tertera istilah ‘lebuh raya’, ‘jalan persekutuan’, ‘jalan negeri’, dan ‘jalan bandaran’. Perasan tak ni?!!

Pertama, yang dimaksudkan dengan jalan raya ialah ia perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
  • Digunakan untuk kenderaan bermotor
  • Digunakan untuk orang awam
  • Dibiayai oleh badan awam
  • Penggunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan

Dan….bukan semua jalan yang dilalui kenderaan bermotor adalah jalan raya. Di Malaysia tersayang kita ni, jalan raya yang sah perlu diwartakan oleh pihak berkuasa.

Kedua, jalan di Malaysia ni juga boleh terbahagi kepada 5 kategori iaitu;
  • Lebuh raya – jalan raya utama berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4 lorong (2 bagi setiap arah laluan) yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya boleh dicapai melalui persimpangan bersingkat.
  • Jalan persekutuan – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan
  • Jalan negeri – jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara sepenuhnya oleh kerajaan negeri
  • Jalan bandaran – juga dikenali sebagai jalan taman
  • Lain-lain jalan

Sebenarnya peruntukan jalan adalah dari kerajaan pusat kerana hal ehwal jalan adalah dalam skop Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya. Ia diperuntukan melalui geran yang dikeluarkan kepada negeri-negeri. Rekod terperinci tentang jalan yang ada di Negara kita ni ada dalam Sistem Matlumat Rekod Jalan raya Malaysia (Malaysian Road Records Information System – MARRIS)

Ketiga, macam nak kenal jalan tu jenis jalan apa? Kita boleh kenalpasti melalui kod yang diberi seperti;
  • Lebuh raya – akan bermula dengan huruf E, dan disusuli dengan nombor (contohnya E2)
  • Jalan persekutuan – bermula terus dengan nombor (contohnya 5)
  • Jalan negeri – bermula dengan kod huruf negeri (contohnya K utk Kedah, T – Terengganu, dan disusuli dengan nombor)

Biasanya kita boleh jumpa kod-kod ni kat lebuh raya dan persimpangan utama. Perasan ke tak agaknya.

Keempat, di Malaysia, panduan dan garis panduan rekabentuk / kriteria rekabentuk untuk lebuhraya dan jalan-jalan utama telah disediakan dan perlu dipatuhi. Kebanyakan garis panduan / kriteria ini disediakan oleh JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Manakala kebanyakan jalan-jalan untuk kampung dan luar bandar serta taman ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan atau Pejabat Daerah

So, nak jadi ceritanya, Lebuhraya Sultan Abdul Halim adalah berkod 1. so maknanya merupakan jalan persekutuan. Geram punya pasal, dapat la tau asal usul jalan. Kekadang bagus juga geram-geram ni. Rasa nak tau je…

No comments: