Alor Setar merupakan bandaraya yang ke-8 selepas merdeka dimasyhurkan berstatus bandaraya, iaitu pada 21 Disember 2003. Pemasyhuran status bandaraya perlu melalui penganugerahan watikah yang ditandatangi oleh Yang Dipertuan Agong dan dilengkapi dengan cop mohor kerajaan persekutuan. (Sebab itulah Kota Bharu bukan betul-betul bandaraya – Kota Bharu Bandaraya Islam)
‘Alor Setar’ merupakan ejaan yang tepat setelah ditukar dari perkataan ‘Alor Star’ pada 14 Jan 2009. Istilah ‘Alor Star’ muncul kerana bandar ini dulunya dimasyhurkan dengan nama Bandaraya Alor Star, bukan Bandaraya Alor Setar. Kemudian ditukar semula pada nama asalnya. Ia bersempena nama sejenis pokok iaitu pokok setar.
Nak dapat ‘title’ sesuatu, mesti la ada sesuatu juga yang melayakkannya. Nak dapat status bandaraya perlu memenuhi criteria;
· Pusat pentadbiran negeri (kecuali Miri, dan Petaling Jaya diberikan ‘title’ tanpa criteria ini)
· Penduduk tidak kurang daripada 300 000 orang
· Berautonomi dari segi kewangan dengan hasil pendapatan tidak kurang dari RM 80 juta setahun (Apakah implikasinya? Cuba fikirkan dulu)
· Mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat
· Pusat perniagaan dan perindustrian serta mempunyai institusi kewangan yg kukuh
· Merupakan pusat pengajian tinggi yang lengkap dengan maktab, universiti, dan perpustakaan
· Mempunyai ciri-ciri istimewa dari segi sejarah yang panjang dan pusat aktiviti kebudayaan serta sukan yang penting
Namun kriteria di atas diperketatkan lagi pada 3 Jun 2008 iaitu; jumlah penduduk dinaikkan tidak kurang daripada 500 000 orang dan pendapatan tahunan tidak kurang dari 100 juta. Ini menyebabkan beberapa kerajaan negeri tidak dapat menaik taraf bandarnya sebagai bandaraya
No comments:
Post a Comment