“Alangkah tak selesanya”. Pernah dengar ayat tu dalam iklan? Ntah..iklan apa ntah. Sungguh tak selesa!!. Dalam posting terduhulu saya pernah tulis ‘hidup dalam sampah’, tapi sekarang saya nak tambah lagi. Apa dia? Saya hidup dalam bandaraya manusia ke atau bandar komuniti Canin lupus? Canin lupus tu nama saintifik anjing la.
Saya kurang pasti la bandar-lain atau tempat-tempat lain camna. Tapi kat sini saya rasa tak selamat je. Ada la dulu sekali umah dimasuki pencuri. Tapi pasal anjing kat merata-rata tempat ni lagi tak selamat. (Walaupun belum pernah digigit anjing. Dikacau anjing pernah la).
Kenapa banyak anjing ni? Terbiar camtu je. (Bukan macam rumah terbiar). Kat kedai makan pun ada anjing duk lepak-lepak baring-baring gitu. Nak kata bersih tu, huh…geli tengoknya…kotor. Dan macam mana orang-orang kita boleh hidup dalam persekitaran beranjing camtu. Selesa camtu? Memang banyak la. Kalu waktu malam, lagi la banyak. Uuuuuu..takut!!!
Meh kita tengok apa prosedur tentang anjing ni. Nak bela kena lesen ok. Bukan main-main bela je. Pihak berkuasa tempatan tolong la amik tindakan yang patut. Boleh buat duit apa dengan anjing ni. Nak dapat status bandaraya kena la kreatif mencari duit. (Tengok posting saya tentang kriteria penarafan bandaraya). Apa kata pihak berkuasa tempatan dalam bab lesen anjing?
Jawapannya;
- Semua anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
|
- Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
|
- Bayaran lesen anjing adalah RM 10.00 bagi setiap seekor anjing.
|
- Lesen yang hilang tidak akan diganti. Tuan punya anjing hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
|
- Lencana logam yang dikeluarkan oleh Pihak Majlis hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Menyediakan tali gantung lencana logam adalah tanggungjawab tuan punya anjing.
|
- Semua anjing yang dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP + PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doktor veterinar yang berdaftar.
|
- Rumah anjing hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih daripada najis anjing.
|
- Tuan punya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak dengan berterusan, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
|
- Anjing hendaklah sentiasa diikat dan memakai sarung mulut (muzzle) apabila dibawa keluar daripada tempat ia biasa dipelihara / disimpan.
|
- Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
|
- Hanya 2 ekor anjing sahaja dibenarkan dipelihara pada satu-satu masa.
|
- Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kekacauan, menganggu orang awam atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
|
- Tuan punya anjing dikehendaki menyediakan dan mempamirkan papan tanda "ADA ANJING DI SINI " di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
|
- Tuan punya anjing yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM 500.00 atau denda RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.
|
- Mengemukakan Salinan Kad Pengenalan serta Gambar Pemohon Berukuran Pasport sebanyak sekeping
|
Kalau la peraturan semua tu dikuatkuasakan, baru la aman. Tambahan pulak, ni kan Kedah Darul Aman. Kesedaran kita semua pun sama penting. Biarlah kita hidup aman sikit. Mari kita Membangun Bersama Kedah!! (Mentang-mentang la duk sini sekarang kan)
No comments:
Post a Comment